Pekida Daerah Kuala Terengganu

Directions

Pekida Daerah Kuala Terengganu Gabungan Antara
ABKM - AWJ - ABC

KENYATAAN MEDIA RASMIPRESIDEN PEKIDA MALAYSIAPEKIDA MALAYSIA PERTAHANKAN KETEGASAN KETUA PENGARAH AKPS DI KLIAPEKIDA Mal...
02/10/2026

KENYATAAN MEDIA RASMI
PRESIDEN PEKIDA MALAYSIA

PEKIDA MALAYSIA PERTAHANKAN KETEGASAN KETUA PENGARAH AKPS DI KLIA

PEKIDA Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap ketegasan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan pintu masuk negara.

Bagi PEKIDA Malaysia, ketegasan terhadap sindiket, ‘ulat’ warga asing dan sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kawalan sempadan negara tidak seharusnya diputarbelitkan sehingga menjejaskan imej serta kredibiliti AKPS.

PEKIDA Malaysia turut memandang serius persoalan bagaimana rakaman yang dikatakan bukan daripada sumber asal CCTV itu boleh dirakam semula dan akhirnya tersebar kepada umum. Ketua Pengarah AKPS sendiri telah menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk siasatan.

PEKIDA Malaysia mendesak supaya disiasat secara menyeluruh: siapa yang merakam, bagaimana rakaman tersebut diperoleh, siapa yang menyebarkannya dan apakah motif sebenar di sebalik penyebaran tersebut.

Jika terdapat unsur cubaan untuk mencemarkan imej AKPS, melemahkan tindakan penguatkuasaan atau melindungi kepentingan mana-mana sindiket, perkara itu mesti dibongkar dan tindakan undang-undang hendaklah diambil.

PEKIDA Malaysia berdiri teguh mempertahankan ketegasan Datuk Seri Mohd Shuhaily. Jangan kerana satu rakaman yang dipotong dan tular, kita lupa bahawa tugas utama AKPS ialah menjaga pintu masuk, sempadan dan keselamatan negara. Ketegasan penguat kuasa jangan dilemahkan.

PEKIDA Malaysia turut merakamkan penghargaan dan pujian kepada Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain atas keberanian, ketegasan dan kesungguhan beliau dalam memikul amanah sebagai Ketua Pengarah AKPS. Dalam menghadapi cabaran mengawal pintu masuk negara yang begitu kompleks, kepimpinan yang berani mengambil pendirian tegas, tidak mudah tunduk kepada tekanan dan sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan serta kedaulatan negara sebagai keutamaan amat wajar dihargai.

PEKIDA Malaysia melihat ketegasan Datuk Seri Mohd Shuhaily sebagai satu pendirian yang mencerminkan kesungguhan seorang penjawat awam kanan dalam mempertahankan amanah negara dan memperkukuhkan kewibawaan penguatkuasaan di sempadan. Ketegasan beliau bukan sesuatu yang harus dilemahkan, sebaliknya hendaklah dihormati dan disokong selagi dilaksanakan dalam kerangka undang-undang serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau.

DATO' HJ. MOHD F**D BIN HJ. MAT ISA
Presiden
PEKIDA MALAYSIA

Alfatihah
28/09/2026

Alfatihah

Salam Takziah

إِنَّا لِلهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
"Sesungguhnya kami adalah milik Allah
dan kepada-Nya kami kembali."
(Surah Al-Baqarah : 156)

Dengan penuh rasa dukacita dan keinsafan, kami mengucapkan salam takziah atas pemergian

Allahyarhamah
TUN DR. SITI HASMAH
MOHD ALI
(1926-2026)

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

IKHLAS DARIPADA
Pengerusi,
Barisan Ahli Jawatankuasa
Serta
Seluruh Ahli PEKIDA NegeriTerengganu

23/09/2026
30/08/2026

Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi amanah untuk kita memelihara agama, bangsa dan tanah air agar kedaulatan yang diwariskan para pejuang terus kekal di bumi tercinta ini.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG 69 TAHUN

29/08/2026
JEMPUTAN KEPADA AHLI PEKIDA UNTUK MENYERTAI MAJLIS IJTIMAK UMAT ISLAMDengan segala hormatnya perkara di atas adalah diru...
26/08/2026

JEMPUTAN KEPADA AHLI PEKIDA UNTUK MENYERTAI MAJLIS IJTIMAK UMAT ISLAM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Madrasatul Quran Kubang Bujuk akan menganjurkan Majlis Ijtimak Umat Islam yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

27 hingga 29 Ogos 2026 (Khamis - Sabtu)

Masjid Taman Ilmu, Tembila, Besut, Terengganu.

Hadis:-

Sayyiduna Anas ibn Malik (radiyallahu ‘anhu) mengatakan bahwa Nabi (sallallahu‘ alayhi wa sallam) bersabda:

Sesungguhnya berada di jalan Allah sepagi atau sepetang adalah lebih baik daripada dunia dan isinya.

(Sahih Bukhari, Hadis: 2792 dan Sahih Muslim, Hadis: 1880)

Maulidur Rasul bukan sekadar mengingati tarikh kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, tetapi mengingatkan kita kepad...
25/08/2026

Maulidur Rasul bukan sekadar mengingati tarikh kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, tetapi mengingatkan kita kepada akhlak, kasih sayang dan perjuangan Baginda yang menjadi pedoman sepanjang zaman.

Semoga cinta kepada Rasulullah ﷺ tidak hanya terucap di bibir, tetapi diterjemahkan melalui akhlak dan kehidupan kita setiap hari.

Salam Maulidur Rasul ﷺ
Ikhlas daripada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa PEKIDA Daerah Kuala Terengganu.

😅😅
21/08/2026

😅😅

Keluarga Røhịngyⱥ buat laporan polis, dakwa diugut keluar dari Kg Kubang Parit Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 21 Ogos 2026: Baru sahaja mahu meneruskan kehidupan seperti biasa, sebuah keluarga Røhịngyⱥ di Kampung Kubang Parit di sini berdepan situasi tidak dijangka apabila didakwa didatangi sekumpulan penduduk tempatan yang meminta mereka meninggalkan kampung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki warga Røhịngyⱥ berusia 29 tahun itu di Balai Polis Chabang Tiga kira-kira jam 9.01 pagi, Isnin lalu.

Kira-kira jam 9.15 malam pada Ahad lalu pengadu yang bekerja sebagai buruh binaan mendäkwa sembilan penduduk tempatan datang ke rumah sewanya.

“Pengadu mendåkwa kumpulan lelaki itu meminta dia bersama isteri dan anaknya keluar dari rumah serta kampung berkenaan dengan segera.

“Dia turut mendãkwa diberi amaran penduduk akan datang semula untuk menghālⱥʉ mereka sekiranya enggan berpindah,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Azli berkata, lelaki berkenaan yang mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) sudah menetap di rumah sewa itu sejak enam tahun lalu dengan kadar sewa RM450 sebulan.

Katanya, tindakan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan kebimbangan penduduk susulan beberapa insidėn sebelum ini, termasuk kejadian di Kemaman serta pemasangan kain rentang membantah kehadiran Røhịngyⱥ di Durian Burung dan Kubang Parit.

“Pengadu bersama tuan rumah hadir membuat laporan polis kerana bîmbⱥng keselamatan diri dan keluarganya serta memohon përlindungⱥn dan pemantauan pihak berkuasa.

“Kejadian itu juga sudah dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kubang Parit, Haji Mansur,” katanya.

17/08/2026

SELESAI MESYUARAT AGUNG PEKIDA KUALA TERENGGANU YANG DIRASMIKAN OLEH AYAHANDA DAMAK SELAKU NAIB PRESIDEN PEKIDA MALAYSIA DAN PENGERUSI PEKIDA NEGERI TERENGGANU

26/06/2026

TAHNIAH ADIK HAKIM DANISH 🇲🇾🏆

PEKIDA Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Adik Hakim Danish atas kejayaan mencipta sejarah apabila berjaya meraih kemenangan sulung dalam Kejuaraan Dunia Moto3.

Kejayaan yang amat membanggakan ini membuktikan bahawa anak muda Malaysia mempunyai bakat, semangat juang serta kemampuan untuk bersaing di pentas dunia. Pencapaian ini bukan sahaja mengharumkan nama negara, malah menjadi inspirasi kepada seluruh generasi muda agar terus berusaha, berdisiplin dan berani mengejar impian.

Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. PEKIDA Negeri Terengganu mendoakan agar Allah SWT sentiasa memberikan kesihatan, keselamatan, kekuatan serta melimpahkan kejayaan buat Adik Hakim Danish dalam setiap perlumbaan yang disertai.

Syabas dan tahniah sekali lagi.
Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

MALAYSIA BOLEH 🇲🇾
PEKIDA Negeri Terengganu

Address

Kuala Terengganu
20###

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pekida Daerah Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share