17/10/2026
π π‘ππ¦π' πππ‘ππ’π¨π§ π¦ππ£π§ππ πππ₯ πππ‘ π’ππ§π’πππ₯ π£π₯³
Alhamdulillah, selesai sudah program NISA' HANGOUT yang berlangsung dengan penuh meriah dan ceria pagi tadi!
Masya-Allah, sambutan dan penyertaan kali ini memang sangat memberangsangkan! Terima kasih buat semua yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama mencipta kenangan indah bersama NISA' Kuala Terengganu. π«Άπ»
Program dimulakan dengan sedikit pengisian santai tetapi penuh makna daripada Ustazah Siti Rahayu yang berkongsi tentang erti sebuah persahabatan. Kerana sahabat yang baik bukan sekadar teman ketawa, tetapi juga teman yang membawa kita lebih dekat kepada Allah.
Daripada bowling nyor, lari dalam guni hinggalah ke permainan kain batik, semuanya berlangsung dengan penuh gelak tawa dan semangat kesukanan!
Memang sporting habis peserta kita! Ada yang laju, ada yang penuh strategi, ada juga yang pentingkan gelak dulu, menang kemudian!
Yang penting, semua enjoy dan ukhuwah makin erat!
Selesai berpeluh, tibalah masa untuk duduk santai dalam kumpulan kecil menerusi sesi pengisian dan sharing session.
Sambil menikmati kopi dan air coklat, masing-masing berpeluang berkongsi cerita, bertukar pandangan dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.
Kadang-kadang, daripada sembang-sembang santai inilah bermulanya sebuah persahabatan yang indah.
Tak lengkap NISA' Hangout kali ini tanpa sambutan ulang tahun kelahiran buat sahabat-sahabat yang lahir pada bulan September dan Oktober!
Barakallahu fi umrik!
Selamat hari lahir buat semua! Semoga Allah memberkati setiap pertambahan usia kalian, melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya serta menjadikan setiap detik kehidupan kita dipenuhi kebaikan dan ketaatan kepada-Nya. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.
Jutaan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program berlangsung.
Semoga pertemuan ini menjadi asbab bertautnya hati-hati kita dalam ukhuwah yang diredai Allah.
Terima kasih tahniah juga kepada urusetia yang telah bertungkus lumus merancang dan menjayakan hari ini.
Pergi ke pasar membeli selasih,
Singgah sebentar membeli kari;
Terima kasih daun keladi,
Lain kali jemput datang lagi!
Jumpa lagi dalam program NISA' Kuala Terengganu yang akan datang! Jangan serik datang tauuu! π€π