Persatuan Alumni Pelajar Yayasan Terengganu

Persatuan Alumni Pelajar Yayasan Terengganu PERSATUAN ALUMNI PELAJAR YAYASAN TERENGGANU (ALUMNI YT)

๐ŸŒ™ SELESAI SUDAH, TERPAHAT INDAH ๐ŸŒ™Alhamdulillah, Majlis Jalinan Kasih, Simpulan Budi Aidilfitri Alumni Yayasan Terengganu...
18/04/2026

๐ŸŒ™ SELESAI SUDAH, TERPAHAT INDAH ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, Majlis Jalinan Kasih, Simpulan Budi Aidilfitri Alumni Yayasan Terengganu Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah, harmoni dan sarat dengan nilai kekeluargaan.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Yang Berusaha Encik Kamsah @ Kamal bin Mohamed, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), serta Yang Berusaha Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusuf, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Terengganu, bersama seluruh alumni Yayasan Terengganu yang sentiasa komited dalam memperkukuh jaringan dan ukhuwah.

Pertemuan ini bukan sekadar sambutan Aidilfitri, tetapi menjadi platform mempererat hubungan, menyemai semangat kebersamaan serta mengukuhkan identiti kita sebagai warga alumni yang berdaya saing dan berjiwa besar.

Pihak penganjur juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penaja yang telah menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kelancaran majlis ini. Sokongan yang diberikan amat bermakna dan menjadi pemangkin kepada kejayaan penganjuran pada kali ini.

Semoga setiap detik yang dikongsi menjadi kenangan bermakna dan terus menjadi asas kepada jalinan yang lebih kukuh pada masa hadapan.

Jalinan Kasih terus mekar, Simpulan Budi kekal terikat โœจ

ยฎ๏ธ RASMI PERSATUAN ALUMNI PELAJAR YAYASAN TERENGGANU 2025 / 2027

01/04/2026
๐ŸŒ™MAJLIS JALINAN KASIH, SIMPULAN BUDI AIDILFITRI 2026 ๐ŸŒ™Dalam suasana penuh keindahan bertemakan Melayu Klasik, Alumni Yay...
01/04/2026

๐ŸŒ™MAJLIS JALINAN KASIH, SIMPULAN BUDI AIDILFITRI 2026 ๐ŸŒ™

Dalam suasana penuh keindahan bertemakan Melayu Klasik, Alumni Yayasan Terengganu akan menganjurkan sebuah majlis yang bukan sekadar pertemuan, tetapi ruang mengeratkan ukhuwah dan mengimbas kembali kenangan.

๐Ÿ“ Edani's River Cottage, Kampung Laut, Kuala Terengganu
๐Ÿ“… 18 April 2026 (Sabtu)
โฐ Jam 10.30 Pagi

Dengan konsep katering & potluck, setiap yang hadir membawa bukan sahaja juadah, tetapi juga cerita, pengalaman dan nilai kebersamaan yang menjadi identiti kita sebagai satu keluarga alumni Yayasan Terengganu.

Majlis ini eksklusif untuk Alumni Yayasan Terengganu yang berdaftar sahaja sebagai usaha memastikan jaringan yang lebih tersusun, berkualiti dan bermakna. Sekiranya anda belum berdaftar sebagai Ahli Alumni Yayasan Terengganu, boleh klik pada ruang Keahlian Alumni Yayasan Terengganu.

Ayuh hadir dengan busana tradisional terbaik anda, raikan Aidilfitri dalam suasana klasik yang penuh adab dan warisan.

Bagi memeriahkan majlis sambutan hari raya, pihak penganjur akan mengadakan pertukaran hadiah sesama Alumni YT, justeru itu semua diminta untuk membawa 1 doorgift setiap seorang, dengan nilaian minima RM30.00 untuk disampaikan pada hari tersebut.

Biar pertemuan ini menjadi simpulan budi yang terus terikat, dan jalinan kasih yang tidak pernah terlerai. โœจ

Sila Imbas QR code pada kad jemputan / Klik pautan di bawah untuk pengesahan kehadiran.

https://forms.gle/Ge7u84k9TXhpbpFz6

Sila beri maklum balas selewatnya 8 April 2026 / Jam 05.00 Petang

โœจMAJLIS JALINAN KASIH, SIMPULAN BUDI AIDILFITRI โœจDengan penuh rasa syukur dan semangat silaturahim, Persatuan Alumni Pel...
01/04/2026

โœจMAJLIS JALINAN KASIH, SIMPULAN BUDI AIDILFITRI โœจ

Dengan penuh rasa syukur dan semangat silaturahim, Persatuan Alumni Pelajar Yayasan Terengganu menjemput semua alumni yang berdaftar untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri dalam suasana penuh suasana riang gembira.

๐Ÿ“… *Tarikh : 18 April 2026 (Sabtu)*
๐Ÿ“ *Tempat : Edaniโ€™s River Cottage, Kampung Laut, Terengganu*
๐ŸŽจ *Tema : Melayu Klasik*
๐Ÿฝ๏ธ *Konsep : Katering & Potluck*

Ayuh hadir bersama dan kembali mengimbau kenangan indah dalam suasana Aidilfitri yang penuh makna. Kehadiran anda bakal menyemarakkan lagi majlis yang istimewa ini.

Bagi memeriahkan majlis sambutan hari raya, pihak penganjur akan mengadakan pertukaran hadiah sesama Alumni YT, justeru itu semua diminta untuk membawa 1 doorgift setiap seorang, dengan nilaian minima RM30.00 untuk disampaikan pada hari tersebut.

โœจ Jalinan Kasih Diperkukuh, Simpulan Budi Dikenang Selamanya. โœจ

ยฎ๏ธ RASMI PERSATUAN ALUMNI PELAJAR YAYASAN TERENGGANU 2025 / 2027

20/03/2026

Salam Aidilfitri daripada Persatuan Alumni Pelajar Yayasan Terengganu ๐ŸŒ™

Moga Syawal kali ini dipenuhi kegembiraan dan keberkatan bersama yang tersayang.

Ikhlas daripada:
Pengerusi dan seluruh barisan Jawatankuasa Persatuan Alumni Pelajar Yayasan Terengganu
Maaf Zahir & Batin ๐Ÿค

20/03/2026

Salam Aidilfitri daripada Persatuan Alumni Pelajar Yayasan Terengganu ๐ŸŒ™

Moga Syawal kali ini dipenuhi kegembiraan dan keberkatan bersama yang tersayang.

Ikhlas daripada:
Pengerusi dan seluruh barisan Jawatankuasa Persatuan Alumni Pelajar Yayasan Terengganu
Maaf Zahir & Batin ๐Ÿค

ยฎ๏ธ RASMI PERSATUAN ALUMNI PELAJAR YAYASAN TERENGGANU 2025 / 2027

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI Persatuan Alumni Pelajar Yayasan Terengganu dengan penuh rasa kesyukuran ingin merakamkan u...
20/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Persatuan Alumni Pelajar Yayasan Terengganu dengan penuh rasa kesyukuran ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga alumni Yayasan Terengganu, rakan strategik serta komuniti yang sentiasa menyokong perjalanan persatuan ini.

Semoga kehadiran Syawal yang mulia ini membawa sinar kegembiraan, ketenangan jiwa serta keberkatan yang berpanjangan kepada kita semua. Aidilfitri bukan sekadar sebuah perayaan, malah merupakan ruang untuk kita memperkukuh nilai-nilai murni, mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemai semangat kebersamaan dalam membina jaringan alumni yang lebih utuh dan berdaya saing.

Dalam kita meraikan kemenangan selepas sebulan menunaikan ibadah Ramadan, marilah kita terus mengekalkan semangat keinsafan dan keikhlasan terhadap masyarakat, sejajar dengan aspirasi untuk melahirkan alumni yang bukan sahaja cemerlang dalam kerjaya, malah berperanan aktif dalam pembangunan komuniti.

Pihak persatuan juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sokongan, komitmen dan kepercayaan dalam menjayakan setiap inisiatif serta program yang dilaksanakan. Semoga hubungan yang terjalin ini akan terus diperkukuh demi manfaat bersama pada masa hadapan.

Akhir kata, kami mendoakan agar sambutan Aidilfitri ini disambut dalam suasana penuh keceriaan bersama insan tersayang, serta dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan kejayaan yang berterusan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada,
Pengerusi dan seluruh barisan Jawatankuasa Persatuan Alumni Pelajar Yayasan Terengganu

ยฎ๏ธ RASMI PERSATUAN ALUMNI PELAJAR YAYASAN TERENGGANU 2025 / 2027

PROJEK SENYUM SYAWAL CERIAKAN ASNAF DAN ANAK YATIMKuala Terengganu, 15 Mac 2026 โ€” Kelab Yayasan Terengganu telah menganj...
17/03/2026

PROJEK SENYUM SYAWAL CERIAKAN ASNAF DAN ANAK YATIM

Kuala Terengganu, 15 Mac 2026 โ€” Kelab Yayasan Terengganu telah menganjurkan Projek Senyum Syawal sebagai inisiatif kebajikan menyantuni golongan asnaf dan anak yatim sempena persiapan menyambut Aidilfitri.

Program ini melibatkan seramai 20 orang pelajar asnaf dan anak yatim dari Sekolah Kebangsaan Paya Bunga. Setiap pelajar telah dipadankan dengan ibu dan bapa angkat dalam kalangan pegawai Yayasan Terengganu serta barisan Jawatankuasa Kelab Yayasan Terengganu, sekali gus mewujudkan hubungan yang lebih dekat, berteraskan kasih sayang dan keprihatinan.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pengarah Yayasan Terengganu, yang turut bersama-sama menyantuni pelajar dalam program pembelian baju raya sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Melalui projek ini, pelajar yang terpilih ini berpeluang untuk memilih sendiri kelengkapan Aidilfitri masing-masing dalam suasana yang ceria dan bermakna di Pasaraya Sogo, Mayang Mall.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Projek Senyum Syawal ini.

Sokongan yang diberikan bukan sahaja menceriakan Syawal anak-anak ini, malah mencerminkan komitmen berterusan terhadap nilai kemanusiaan dan kesejahteraan masyarakat serta diharapkan dapat memberi sinar kegembiraan kepada anak-anak yang diraikan.




๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐€๐’๐๐€๐… ๐ƒ๐€๐ ๐€๐๐€๐Š ๐˜๐€๐“๐ˆ๐Œ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐ˆ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐๐”๐€๐’๐€ & ๐ˆ๐๐…๐€๐ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐€๐‹๐”๐Œ๐๐ˆ ๐˜๐€๐˜๐€๐’๐€๐ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐— ๐—ฎ๐—ฐ ...
13/03/2026

๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐€๐’๐๐€๐… ๐ƒ๐€๐ ๐€๐๐€๐Š ๐˜๐€๐“๐ˆ๐Œ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐ˆ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐๐”๐€๐’๐€ & ๐ˆ๐๐…๐€๐ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐€๐‹๐”๐Œ๐๐ˆ ๐˜๐€๐˜๐€๐’๐€๐ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”

๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐— ๐—ฎ๐—ฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ

Alumni Yayasan Terengganu terus memperkukuh peranan sosial dan kemasyarakatan menerusi penganjuran Majlis Berbuka Puasa & Infaq Ramadan Alumni Yayasan Terengganu bersama Asnaf & Anak Yatim 1447H / 2026 yang berlangsung dengan penuh keberkatan di Delight Restaurant, di sini, hari ini.

Majlis berkenaan melibatkan seramai 100 orang asnaf dan anak yatim yang terdiri daripada pelajar SM IMTIAZ YT Kuala Nerus, SM IMTIAZ YT Marang, SM IMTIAZ YT Kuala Berang, PPYT Kuala Berang serta UCTATI. Penganjuran ini menjadi manifestasi komitmen berterusan alumni dalam menyantuni golongan memerlukan, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Nazri bin Muda, Timbalan Pengarah (Operasi) yang mewakili Pengarah Yayasan Terengganu. Turut hadir ialah Tuan Haji Mohd Rohaimi bin Yusof, Pengerusi Persatuan Alumni Pelajar Yayasan Terengganu bersama barisan Ahli Jawatankuasa Alumni.

Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan menjelang sambutan Aidilfitri, setiap penerima telah menerima sumbangan Hari Raya berjumlah RM100.00 di samping penyertaan dalam cabutan bertuah yang menambah keceriaan suasana majlis.

Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para penyumbang serta semua pihak yang telah menjayakan majlis ini. Diharapkan inisiatif seumpama ini dapat terus memupuk semangat kebersamaan, mengeratkan ukhuwah dan menyemai harapan dalam kalangan generasi penerus.




Pada hari ini berlangsung Majlis Berbuka Puasa & Infaq Ramadan Alumni Yayasan Terengganu Bersama Asnaf dan Anak Yatim 14...
13/03/2026

Pada hari ini berlangsung Majlis Berbuka Puasa & Infaq Ramadan Alumni Yayasan Terengganu Bersama Asnaf dan Anak Yatim 1447H / 2026M, sebuah program yang dianjurkan bagi menghimpunkan komuniti alumni dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan serta memperkukuh nilai kebersamaan dan keprihatinan sosial.

Majlis ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga alumni di samping meraikan golongan asnaf dan anak yatim dalam suasana berbuka puasa yang harmoni dan penuh makna.

Tarikh: 13 Mac 2026
Masa: 5.30 Petang
Tempat: Delight Restoran

Semoga penganjuran majlis ini berjalan dengan lancar serta membawa keberkatan kepada semua yang terlibat. โœจ

Address

Bangunan Yayasan, Jalan Sultan Ismail
Kuala
20200

Telephone

+60108714374

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Alumni Pelajar Yayasan Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Alumni Pelajar Yayasan Terengganu:

Share