Pemuda PAS Terengganu

Directions

Pemuda PAS Terengganu Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Selamat Datang ke Laman Rasmi Facebook Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.

30/10/2026

*Kuliah Dhuha*
Masjid Rusila, Marang, Terengganu
📆30 Oktober 2026 _bersamaan_ 19 Jamadil Awal 1448H
⏰9:00 AM
🕌Masjid Rusila, Marang, Terengganu

Disampaikan oleh:
YB Dato' Ustaz Mohd Nor Hamzah

Boleh layari :
Facebook:

Youtube Channel:


Telegram:
https://t.me/Trgkini?livestream

Terima Kasih Like, Share dan Follow Page MasjidRusilaOfficial










HIBA MENGENANG POK YAMajlis malam ini diselubungi rasa hiba apabila montaj kenangan bersama Allahyarham Pok Ya ditayangk...
29/10/2026

HIBA MENGENANG POK YA

Majlis malam ini diselubungi rasa hiba apabila montaj kenangan bersama Allahyarham Pok Ya ditayangkan.

Pastinya, setiap yang hadir menyimpan seribu satu kenangan bersama beliau. Ada kisah s**a dan duka, ada gurau senda, ada nasihat dan teguran, serta momen-momen berharga yang akan terus terpahat dalam ingatan.

Pemergian beliau mungkin memisahkan kita di dunia, tetapi segala jasa, kebaikan dan kenangan yang ditinggalkan akan terus hidup dalam hati mereka yang pernah mengenalinya.

Dato' Pesuruhjaya turut menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang kepada wakil keluarga Almarhum dan majlis juga mengadakan kutipan derma untuk diserahkan kepada keluarga beliau.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Pok Ya, mengampuni segala dosanya, menerima segala amal kebaikannya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah. 🤲🏻

PJ PAS TERENGGANU TITIP PESAN: IKHLASKAN KHIDMAT, ISTIQAMAH BERAMALIkhlaskan niat dalam bekerja, elakkan sifat ujub dan ...
29/10/2026

PJ PAS TERENGGANU TITIP PESAN: IKHLASKAN KHIDMAT, ISTIQAMAH BERAMAL

Ikhlaskan niat dalam bekerja, elakkan sifat ujub dan sentiasa bersangka baik kepada Allah untuk terus istiqamah dalam perjuangan.

Itulah antara pesanan yang dititipkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu kepada anggota Jabatan Amal Malaysia di program Himpunan & Majlis Makan Malam Jabatan Amal Negeri Terengganu Bersama Dato' PJ.

Jangan pernah mengharapkan pujian manusia dalam beramal. Cukuplah Allah SWT menjadi saksi setiap keringat yang dicurahkan, setiap masa yang dikorbankan dan setiap kesusahan yang ditempuh demi membantu agama, masyarakat dan jemaah.

Jabatan Amal bukan sekadar pas**an yang hadir ketika diperlukan, tetapi barisan yang sentiasa bersedia berkhidmat dengan disiplin, akhlak dan jiwa pengorbanan.

Semoga setiap khidmat menjadi amal soleh, setiap pengorbanan dikira sebagai ibadah dan setiap langkah terus dipandu oleh keikhlasan kerana Allah SWT.

Beramal kerana Allah, berkhidmat untuk ummah.

PASTI adalah akronim kepada Pusat Asuhan Tunas Islam. Kami tak pasti siapa abang ni. Tapi ketahuilah, saat baju itu disa...
29/10/2026

PASTI adalah akronim kepada Pusat Asuhan Tunas Islam.

Kami tak pasti siapa abang ni. Tapi ketahuilah, saat baju itu disarungkan setiap pagi oleh kami ibu bapa, kami mengharapkan agar anak-anak kami tumbuh membesar dalam esosistem Islam.

Kami juga merasakan, mungkin abang ni hanya niat bergurau dan have fun. Tapi merasa kesal bila kerana abang peragakan dengan gaya yang tidak menggambarkan visi dan misi PASTI sebenarnya.

29/10/2026
29/10/2026

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar meminta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelaskan bagaimana parti itu berhasrat menggunakan logo PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Baca artikel di bawah

Kehadiran MP-MP PAS paling tinggi ke Parlimen.
29/10/2026

Kehadiran MP-MP PAS paling tinggi ke Parlimen.

Atas tajuk kehadiran Ahli Parlimen di Sidang Dewan Rakyat, Alhamdulillah PAS mencatat rekod paling baik. Sumber https://www.politicians.my/mps

Nota : Data ini disiarkan dengan penuh hormat kepada para agamawan dan tokoh-tokoh yang menyentuh isu ini.

28/10/2026

Rangkuman Ziarah Kebajikan Pemuda PAS Terengganu di Hulu Terengganu.

SEMENTARA ITU, DI TELEMONG...Sebenarnya rombongan Pemuda PAS Terengganu ke Hulu dipecahkan kepada dua pas**an. Satu ke A...
28/10/2026

SEMENTARA ITU, DI TELEMONG...

Sebenarnya rombongan Pemuda PAS Terengganu ke Hulu dipecahkan kepada dua pas**an. Satu ke Ajil dan satu lagi ke Telemong.

Rombongan yang turun Ziarah di Telemong diketuai oleh Pemangku Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Irsyad Syafiq bersama Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu, Ustaz Yusuf Abdullah.

Walaupun hujan lebat petang semalam, ziarah tetap diteruskan seperti biasa. Semoga Allah meninggikan kesabaran dan darjat mereka yang diuji.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.




ZIARAH KEBAJIKAN : PEMUDA PAS TURUN PADANGYB Ustaz Mohd Fadhli Rahmi bersama-sama rombongan Pemuda PAS Negeri Terengganu...
28/10/2026

ZIARAH KEBAJIKAN : PEMUDA PAS TURUN PADANG

YB Ustaz Mohd Fadhli Rahmi bersama-sama rombongan Pemuda PAS Negeri Terengganu menyantuni beberapa buah rumah di Ajil dalam lawatan kebajikan Pemuda ke Hulu Terengganu semalam.

Agenda kebajikan yang sentiasa berjalan ini merupakan aktiviti rutin dalam pemuda. Menyantuni secara langsung dan menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Antara rumah yang kami singgah semalam termasuk seorang pesakit kanser yang jarang berlaku (rare cancer), GERD, diabetes dan kemalangan.

Kami doakan agar semua yang diuji oleh Allah diberikan kekuatan dan ketabahan serta disembuhkan oleh Allah SWT.




Address

Kuala Terengganu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby non profit organizations