02/10/2026
Aku jarang berkongsi kisah tentang orang lain di FB aku. Kali ini aku rasa terpanggil untuk bantu dia.
Sewaktu melawat tok di wad, firasat aku mengatakan ada orang dalam wad ini mengenali aku. Ada yang memerhati pergerakkan aku.
Aku kembali ke katil tok. Mengurus tok, suap makan. Tiba-tiba mesej masuk. Bagitahu ada orang nampak aku dalam wad yang sama.
Gambar di hantar.
Allah jentik hati aku untuk pergi ziarah pesakit katil hujung. Mula-mula aku rasa was-was. Betul ke dia ni?? 2 kali pergi intai, terbaca nama di katil beliau. Ye, memang dia.
Junior aku sewaktu belajar di MDQ dulu. Rakan gelak ketawa bersama, lepak di koridor setiap malam. Dan kami pernah sebilik.
Nur Saidatul Sakinah Bt Abd Ropar . Lama dah aku tak dengar khabar tentang dia. Semasa awal balik haritu, terlintas dalam fikiran untuk berjumpa , bertanya khabar. Teruja nak jumpa sebab dia berkahwin dengan orang kampung sebelah.
Tak sangka Allah aturkan pertemuan pertama kami setelah sekian lama dengan cara begini.
Terkejut bila melihat keadaan dia sekarang. Sakinah disahkan menghidap penyakit kanser limfoma tahap 4. Sekejap je ia merebak.
Dapat kesan bulan 5 haritu. Tanda-tanda hanya batuk yang berpanjangan dari bulan 1-4. Tiada demam katanya.
Sakinah sudah berkahwin dan mempunya 2 orang cahaya mata berumur 4 & 3 tahun. Si abang bersekolah Pasti, si adik p**a hanya di rumah. Sakinah seorang suri rumah, suaminya p**a berkerja sendiri. Pendapatan tidak menentu.
Bila ditanya berkaitan kos bagaimana, termenung jauh dia untuk jawab soalan aku. Rasa berat sangat soalan yang diaju.
Kisah ini berlaku minggu lepas, sebelum tok keluar wad. Sekarang tok dah berehat di rumah. Sakinah menyambung lagi, lepas ni keluar hospital kena buat rawatan di Putrajaya, itu pun perlu kos dalam Rm 1000.
Ada beberapa sesi kimo yang perlu dia selesaikan.
11hb nanti inshaAllah kimo cycle 6 p**a.
Aku tak berharap status ini dapat like banyak, cukup kalian kongsi beramai-ramai bagi meringankan beban Sakinah & keluarga.
Jazakumullah khair aku ucapkan bagi yang sudi membantu.
Sumbangan yang melalui status ws ituari, Sakinah ucap terima kasih kepada yang menyumbang.
Updated: Sakinah masih di wad. Antibiotik belum habis. Haritu masa hari tok balik, Sakinah bagitahu Doc tahan lagi 8 hari sebab demam tiba-tiba.
Kredit : FB Hanis Shafe