Pertubuhan Kebajikan Harmoni Dan Jariah Kuala Nerus - HAJAR

Directions

Pertubuhan Kebajikan Harmoni Dan Jariah Kuala Nerus - HAJAR HAJAR adalah NGO yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang menjalankan kerja-kerja amal jariah secara sukarela.

Pertubuhan yang berkonsepkan harmoni dan jariah menyantuni masyarakat yang memerlukan bantuan.

لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍۢ فِى مَسْكَنِهِمْ ءَايَةٌۭ ۖ جَنَّتَانِ عَن يَمِينٍۢ وَشِمَالٍۢ ۖ كُلُوا۟ مِن رِّزْقِ رَبِّكُمْ وَ...
31/08/2026

لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍۢ فِى مَسْكَنِهِمْ ءَايَةٌۭ ۖ جَنَّتَانِ عَن يَمِينٍۢ وَشِمَالٍۢ ۖ كُلُوا۟ مِن رِّزْقِ رَبِّكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لَهُۥ ۚ بَلْدَةٌۭ طَيِّبَةٌۭ وَرَبٌّ غَفُورٌۭ ١٥

Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!.

As saba’ :15

Alhamdulillah selesai sudah program Malaysia Quran Hour pada 30 ogos 2026 hari Ahad, bertempat di Masjid Wakaf Tembesu, ...
30/08/2026

Alhamdulillah selesai sudah program Malaysia Quran Hour pada 30 ogos 2026 hari Ahad, bertempat di Masjid Wakaf Tembesu, Gong Badak.

Program bermula pada pukul 11.10 pagi yang dihadiri seramai 125 orang peserta.
Seramai 20 orang ahli Hajar telah menyertainya yang terdiri daripada 7 orang AJK. Program ini dipengerusikan oleh Ustaz Mahmud Jamaludin dan panel jemputan adalah pendakwah bebas iaitu Ustaz Amir Shakirin, pentadabbur oleh Ustaz Najmudin Hamdan iaitu Pegawai Agama Majlis Sukan Negeri Terengganu dan qari oleh Ustaz Muhamad Muslim.

Kempen Malaysia Quran Hour ini adalah merupakan kempen yang ke 12 dan juga merupakan kali ke 3 program Malaysia Quran Hour menjadi sisipan bersempena hari kemerdekaan yang bertemakan "Bingkas menuju Malaysia Sejahtera".

Kemuncak program, qari membacakan Surah Al Fatihah, kemudian surah Al Baqarah ayat 1 - 5 dan disusuli dengan surah Al Muzammil ayat 1 - 10 dan seterusnya surah Al Balad ayat 1 - 20.

Setiap insan tidak dapat lari dari menempuh cabaran dalam kehidupan ( kabad ). Apapun cabaran dan rintangan tidak dapat tidak, harus merujuk kepada apa yang telah disarankan di dalam Al quran.

Apapun kebaikan perlulah dilakukan dengan jujur dan ikhlas dan membantu apa sahaja baik dari segi tenaga ataupun wang ringgit. Golongan yang kurang bernasib baik dan juga anak yatim harus disantuni dan disayangi tanpa mengira apa pun keadaan.

Perbuatan yang buruk atau keji, umat Islam haruslah dijauhi sedaya mungkin dan harus mensyukuri segala nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.

Di akhir program para hadirin membaca ikrar yang dipimpin oleh adik Mohamad Anas Sharifallah bin Hamidi Al Hafiz iaitu Alumni dari Akademi Tahfiz Al Faizin Seberang Takir, Kuala Nerus Terengganu.

Program berakhir pada pukul 1.10 petang dan masing masing diberikan sebungkus makanan tengahari untuk dibawa pulang.


قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُور...
25/08/2026

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ ٣١

Katakanlah (wahai Muhammad):
"Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah Ali Imran ayat 31

Alhamdulillah selesai sudah dengan jayanya program Lawatan HAJAR 2.0 pada 12 Julai 2026, hari Ahad.Lawatan kami kali ini...
13/07/2026

Alhamdulillah selesai sudah dengan jayanya program Lawatan HAJAR 2.0 pada 12 Julai 2026, hari Ahad.

Lawatan kami kali ini ialah ke Maahad Tahfiz Qatrunnada & Pondok Warga Emas di Kampung Pondok Lalang, Tepoh, Kuala Nerus, Terengganu.

Kami seramai 25 orang berkongsi 5 buah kereta bertolak dari Masjid Wakaf Tembesu pada pukul 8.25 pagi menuju Maahad.

Kami disambut penuh meriah dengan ‘live tiktok’ dari pihak maahad.

Pada pukul 9.00 pagi hingga 10.30 pagi, kami mengikuti kuliah Dhuha oleh Ustaz Yusri bin Musa.

Seterusnya sesi ucapan wakil Pertubuhan Hajar , Puan Masita binti Abdullah selaku Setiausaha HAJAR dan kata aluan dari pengasas Maahad, Ustaz Yusri bin Musa.
Seterusnya sesi soal jawab bersama Ustazah Khairulina iaitu mudirah maahad , perkara yang berkaitan dengan aktiviti dan pengurusan maahad.

Acara diteruskan dengan penyampaian cenderamata dan sumbangan infak daripada Pertubuhan HAJAR kepada pihak Maahad.

Seterusnya kami dibawa melawat sekitar kawasan maahad & menziarahi pondok warga emas dan berkenalan dengan penghuninya.

Sesi terakhir ialah jamuan makan tengahari di kantin maahad tersebut. MasyaaAllah , hidangan yang ringkas tapi amat menyelerakan. Alhamdulillah.

Pukul 12.30 petang kami mintak izin untuk bergerak pulang dan bermaafan bagi mengakhiri ziarah kami.

Kami bertolak balik ke Masjid Wakaf Tembesu dan selamat sampai pada pukul 12.50 tengahari.

Daripada ziarah ini kami dapat melihat betapa gigihnya Ustaz Yusri, isteri dan pihak maahad mengurus dan membangunkan maahad.
Semoga Allah permudahkan urusan dan berkati usaha mereka dan diberikan ganjaran yang banyak atas kesungguhan mereka.

Semoga program seperti ini dapat memberi kenangan manis dan manfaat untuk semua ahli HAJAR.


Alhamdulillah selesai sudah Program memasak HAJAR pada 17 Jun 2026 , Rabu, sempena cuti awal Muharam.Penghargaan kepada ...
18/06/2026

Alhamdulillah selesai sudah Program memasak HAJAR pada 17 Jun 2026 , Rabu, sempena cuti awal Muharam.
Penghargaan kepada Puan Aina dan semua 30 orang peserta yang hadir.

Tidak lupa juga kepada pihak Dewan BKA, Masjid Wakaf Tembesu yang memberi kebenaran penggunaan tempat yang bagus & sesuai.
Terima kasih tidak terhingga juga kepada jawatankuasa perlaksana kelas memasak ini.

Sambutan sangat menggalakkan, 30 peserta diajar untuk memasak nasi beriani & ayam goreng berempah.
Pn Aina jugak menunjukkan cara membuat kek coklat kukus.

HAJAR juga mendapat keahlian baru semasa program memasak ini.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ianya memberi manfaat kepada semua ahli HAJAR.
InsyaaAllah.


Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan tahun baharu Hijrah. Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW bukan sekadar perpi...
16/06/2026

Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan tahun baharu Hijrah. Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi merupakan perubahan besar yang membawa kepada pembentukan masyarakat yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia.

Sempena Maal Hijrah, marilah kita mengambil peluang untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Hijrah bukan hanya mengubah kehidupan luaran, tetapi juga memperbaiki hati, pemikiran dan tindakan seharian.

Antara amalan hijrah yang boleh kita lakukan ialah:

1. Berhijrah daripada sikap lalai kepada sikap yang lebih berdisiplin.
2. Berhijrah daripada perpecahan kepada perpaduan.
3. Berhijrah daripada budaya menyalahkan kepada budaya saling membantu.
4. Berhijrah daripada ilmu yang sedikit kepada usaha menuntut ilmu sepanjang hayat.
5. Berhijrah menjadi insan yang memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Marilah kita bersama-sama menghayati tema:

“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati.”

Semoga tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita memperkukuhkan iman, memperbaiki akhlak dan membina masyarakat yang sejahtera.

Salam Maal Hijrah 1448H dari Pertubuhan HAJAR, Kuala Nerus, Terengganu.
Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah hijrah kita.


Hari Khamis 11 Jun 2026 bersamaan 25 Zulhijjah 1447H, jam 9.00 pagi.Alhamdulillah telah berlangsung program BENGKEL SURA...
11/06/2026

Hari Khamis 11 Jun 2026 bersamaan 25 Zulhijjah 1447H, jam 9.00 pagi.

Alhamdulillah telah berlangsung program BENGKEL SURAH LAZIM OHSEM (SuLOh) dengan jayanya bertempat di Dewan Serbaguna BKA Masjid Wakaf Tembesu, Kuala Nerus, Terengganu.

Sambutan sangat memberangsangkan dengan penyertaan 46 ahli HAJAR (Pertubuhan Kebajikan Harmoni dan Jariah Kuala Nerus) dan juga ahli Rumah Ngaji HAJAR .

Bengkel SuLOh adalah anjuran bersama HAJAR, Geng Ngaji Global dan Akademi Quran Al-Sya'rawi Terengganu.

📒Program ini adalah bengkel utk membaiki bacaan surah-surah lazim, agar dapat memperbaiki bacaan dan mengamalkan bacaan yg sebenar 📒

Kita kerapkali merasakan bacaan kita sudah betul sebab sudah hafal ayat-ayat lazim ini.

Bengkel ini menanam kesedaran bahawa kita perlu sentiasa semak bacaan surah lazim kita supaya bacaan kita adalah tepat dengan tajwid yang betul.

Bengkel ini disampaikan oleh Ustazah Nor Asyikin Ab Hamid.

Program ini adalah antara siri program ilmu yang disusun oleh Jawatankuasa HAJAR untuk melahirkan ahli-ahli yang bukan sahaja aktif dalam aktiviti kebajikan tetapi juga ahli yang menguasai ilmu al Quran.


Salam Aidiladha 10 Zulhijjah 1447H.Moga semangat pengorbanan dan keikhlasan terus subur dalam jiwa kita.
27/05/2026

Salam Aidiladha 10 Zulhijjah 1447H.
Moga semangat pengorbanan dan keikhlasan terus subur dalam jiwa kita.

Alhamdulillah.Telah berlangsung program Arafah Quran Hour pada hari isnin 25 Mei 2026 di Dewan BKA Masjid Wakaf Tembesu....
25/05/2026

Alhamdulillah.
Telah berlangsung program Arafah Quran Hour pada hari isnin 25 Mei 2026 di Dewan BKA Masjid Wakaf Tembesu.

Majlis yang dipengerusikan oleh Pn Norlida itu bermula pada pukul 10 pagi.

Bacaan Surah Al-Muzzammil dan Surah Al-Hajj dibacakan oleh Puan Muzayanah manakala sesi tadabbur kedua-dua surah disampaikan oleh Ustazah Khatijah Dibok.

Sesi tadabur tersebut menyentuh perkaitan antara surah al Muzzammil dan surah al Hajj serta penghayatan ibadah haji berdasarkan Surah al-Hajj.

Dihuraikan juga tentang perjalanan spiritual Nabi Ibrahim AS, sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mendekati al-Quran.


Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M anjuran NGO HAJAR telah berlangsung dengan meriah pada...
18/04/2026

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M anjuran NGO HAJAR telah berlangsung dengan meriah pada 17 April jam 2.30 petang di Balai Raya Tok Jiring, Kuala Nerus.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK yang bertungkus-lumus membuat persiapan, dermawan yang menaja menu utama, sahabat-sahabat yang membawa juadah potluck, serta semua ahli HAJAR dan ahli Ngaji HAJAR yang hadir memeriahkan majlis.

Mohon maaf zahir dan batin daripada kami di HAJAR.
Semoga ukhuwah terus erat dan diberkati.




Address

Jalan Wakaf Tembusu
Kuala Terengganu
21060

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan Harmoni Dan Jariah Kuala Nerus - HAJAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby non profit organizations