Ustaz Zul Fadzli Hassan

Ustaz Zul Fadzli Hassan Pengajian Fardhu Ain dan Fadhu Kifayah peringkat Dewasa oleh Ustaz Zul Fadzli Hassan

Azab Terhadap Orang Kafir Di AkhiratBismillaah . Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :Ertinya : ‘ Gigi atau tar...
27/02/2026

Azab Terhadap Orang Kafir Di Akhirat

Bismillaah . Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

Ertinya : ‘ Gigi atau taring orang kafir penghuni Neraka itu sebesar bukit Uhud dan kulitnya setebal tiga hari perjalanan dengan kenderaan yang kencang ’ . R.Muslim dari Abu Hurairah .

Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

Ertinya : ‘ Tebal kulit orang kafir penghuni Neraka adalah empat puluh dua hasta dan gigi gerahamnya sebesar bukit Uhud . Tempat duduknya di Neraka Jahannam seperti jarak antara Mekah dan Madinah . R. At Tirmidzi . Hadits tersebut hasan shahih gharib dari hadits Al A’masy .

Dalam riwayat lain dikatakan ; Pahanya sebesar gunung dan tempat duduknya dari api Neraka yang besarnya tiga rabzah . Diriwayatkan dari Shali budak At Tauamah dari Abu Hurairah . Hadits tersebut hasan gharib . Ia berkata ; Ar Rabzah jaraknya seperti antara Mekah dan Madinah .

Ibnu Al Mubarak meriwayatkan dari Yunus dari Az Zuhri dari Sa‘id Ibnu Al Musaiyyib dari Abu Hurairah, ia berkata ; Pada hari Qiyaamah, gigi geraham orang-orang kafir lebih besar dari bukit Uhud . Mereka dibesarkan supaya memenuhi Neraka dan merasakan azab .

Al Laits Ibnu Sa‘ad meriwayatkan dari Khalid Ibnu Yazid dari Sa‘id Ibnu Abu Hilal dari Sa ‘id Al Maqbari dari Abu Hurairah, ia berkata ; Geraham orang-orang kafir sebesar bukit Uhud, pahanya sebesar gunung, keningnya sebesar Al Wirqan, tempat duduknya seperti jarak aku dengan Ar Rabzah, tebal pundaknya ( bahunya ) tujuh puluh hasta dan perutnya sebesar gunung . Diriwayatkan oleh Al Jauhari .

Al Wirqan adalah sebuah gunung di Madinah sebagaimana diriwayatkan dari Anas Ibnu Malik. Ia mengatakan bahawa Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

Ertinya : ‘ Ketika Allah memunculkan gunung, Dia menjadikan enam bukit besar . Tiga di Mekkah ( Tsur, Tsubair dan Hira’ ) dan tiga di Madinah ( Uhud, Wirqan dan Radhwa ) ’ .

Ibnu Mubarak meriwayatkan dari Sufyan Ibnu ‘Uyainah dari ‘Amru Ibnu Dinar dari ‘Ubaid Ibnu ‘Umair, ia mengatakan bahawa Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

Ertinya : ‘ Kulit orang kafir tebalnya tujuh puluh hasta dan gigi gerahamnya sebesar bukit Uhud ’ .

‘Amru Ibnu Maimunah meriwayatkan, ia mendengar bahawa antara kulit orang kafir dengan tubuhnya satu teriakan seperti teriakan binatang liar .

At Tirmidzi meriwayatkan dari Abu Al Mukhairiq dari Ibnu Umar. Ia mengatakan bahawa Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

Ertinya : ‘ Orang kafir, lidahnya benar-benar diseret satu farsakh sampai dua farsakh yang akan diinjak oleh manusia’ . ( Satu farsakh lebih kurang lapan kilometer atau tiga batu setengah ) . Wallaahu a’lam .

Rujukan : Kitab At Tadzkirah Fii Ahwaalil Mauta Wa Umuuril Akhirah .

Niat Puasa Ramadhan Sebulan Pada Malam Yang PertamaBismillaah . Hukum talfiq ( mencampuradukkan hukum mazhab dalam satu ...
18/02/2026

Niat Puasa Ramadhan Sebulan Pada Malam Yang Pertama

Bismillaah . Hukum talfiq ( mencampuradukkan hukum mazhab dalam satu ‘ibadah ) secara umumnya adalah terlarang, ya’ni haram jika dilakukan semata-mata mengikut hawa nafsu untuk mencari yang ringan ( taysir ) namun talfiq dibenarkan sekiranya terdapat situasi dharurah, kesempitan ( masyaqqah ) atau bertujuan mengikut pendapat yang lebih kuat dalilnya .

Hukum Talfiq :
Talfiq Haram : Jika menggabungkan pendapat berbeza dalam satu ‘ibadah sehingga ‘ibadah tersebut tidak sah menurut pandangan mazhab-mazhab yang diikut seperti contohnya berwudhu΄ mengikut Imam Syafi'e ( tidak basuh semua rambut ) kemudian bersentuhan kulit wanita ( mengikut Imam Hanafi yang berpendapat tiada batal wudhu΄ ) lalu shalat .

Talfiq Harus : Dibenarkan jika dalam keadaan darurat atau sukar ( masyaqqah ) seperti ketika mengerjakan haji atau umrah, di mana seseorang perlu bertaklid kepada mazhab lain demi kesempurnaan ‘ibadah dan mengelakkan kesusahan .

Soal : Adakah berniat puasa mengikut madzhab Maliki itu kerana dharurah atau kerana mengikut hawa nafsu bagi mencari keringanan atau mengikut pendapat yang lebih kuat dalilnya sedangkan madzhab Syafie, Hanafi dan Hanbali wajib berniat tiap-tiap hari ??? Dan adakah diyakini akan sah puasa mengikut madzhab Maliki seandainya tidak mengetahui perkara-perkara yang membatalkan puasa menurut madzhab Maliki ??? Wallaahu a'lam .

Mati mengejut itu adakah kebajikan padanya atau tiada ?Bismillaah . Ya saudaraku ! Bermula mati mengejut itu ada orang y...
22/01/2026

Mati mengejut itu adakah kebajikan padanya atau tiada ?

Bismillaah . Ya saudaraku ! Bermula mati mengejut itu ada orang yang sukakan dia dan ada yang tiada sukakan dia, maka mati, ya’ni keluar jiwa dari tubuh itu, tetaplah ia satu penyakit yang sehabis-habis berat menanggungnya hingga setengah daripada orang yang didatang oleh maut itu mengeluar ia akan peluh di dahinya, maka dengan dialah Nabi kita bersabda menyebutkan keberatan menanggung maut itu iaitu kata Abu ‘Isa :

Diriwayatkan daripada seorang Shahabat Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam yang dipanggil orang dengan nama ‘Abdullah bin Mas‘ud, katanya : Telah aku dengar akan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, bersabda ia :

Bahawasanya nyawa seorang yang Mu΄min keluar ia dengan sehabis-habis payah dan sangat sakitnya sampai orang yang datang maut itu mengeluarkan peluh dari dahinya . Wallaahu a’lam .

20/07/2025

Bismillaah . Alhamdulillaah telah siap kitab yang terkandung di dalamnya :

1 : 'Ilmu tashawwuf yang melepasi tuntutan fardhu atas setiap mukallaf .

2 : Pelbagai 'ilmu yang dijadikan sebagai syarah bagi kitab Penawar Bagi Hati .

3 : Kemudahan bagi asatizah, bapa atau suami untuk mengajar 'ilmu tashawwuf ini kepada sekalian ahli .

4 : Syarah mengikut bahasa asal kitab dengan tulisan Rumi .

Sesungguhnya kitab ini sangat patut dimiliki dan dipelajari oleh setiap mukallaf dan sangat-sangat sesuai untuk diajarkan di masjid-masjid, surau-surau dan sebagainya . In syaa Allaah .

Barangsiapa yang berminat mendapatkan kitab ini, maka bolehlah hubungi admin Badan Ukhwah Darul Iman ( Budi Losong ) : 0146073123 . Sekian . Was Salaam .

Address

Jalan Masjid Losong Dato Amar
Kuala
DEWAN BADAN UKHWAH DARUL IMAN

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ustaz Zul Fadzli Hassan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ustaz Zul Fadzli Hassan:

Share