12/03/2024
NOTA BERBUKA 1
Memulakan langkah memasuki bulan Ramadan dalam keadaan perut yang tidak sihat muntah dan Diarhea berterusan 2 hari, aku anggap sahaja perut ini sedang dibersihkan untuk sebulan Ramadan.
dalam keadaan tidak sihat bukan menjadi alasan untuk tidak berpuasa dengan semangat. Tahun ini Kerajaan Negeri Terengganu meletakkan Tema Ramadan "Bulan Perjuangan"
Semoga segala usaha kita semua berjuang menuju Allah SWT.
Doa diajarkan kita yang molek dibacakan bulan ramadan.
Ibn Abi Mulaikah menceritakan bahawa: Aku mendengar
Abdullah ibn 'Amr membaca setiap kali ingin berbuka doa ini:
اللهم اني اسالك برحمتك التي وسعت كل شيء ان تغفرلي
Allahumma inni as’aluka birahmatika llati wasi’at kulli shay’in an taghfira li
" Ya Allah, aku memohon dgn rahmatMu yang meliputi segala perkara agar mengampunkan dosa-dosaku. "
(Hadis riwayat Ibn Majah)