Pertubuhan Sahabat Jauhari Nadi Ilmu Terengganu

Directions Contact the organization

Pertubuhan Sahabat Jauhari Nadi Ilmu Terengganu NGO BERDAFTAR DI BAWAH ROS

12/10/2026

🌿 SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN STAM 2026 🌿

Setinggi-tinggi doa dan ucapan semoga berjaya kepada semua calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2026 yang bakal menduduki peperiksaan.

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan jiwa, kelapangan fikiran, kekuatan ingatan serta kemudahan dalam menjawab setiap soalan. Semoga segala usaha, pengorbanan dan penat lelah sepanjang menuntut ilmu membuahkan kejayaan yang membanggakan serta menjadi asbab kebaikan pada masa hadapan.

Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan, usaha dan tawakal. Semoga kejayaan yang diraih kelak menjadi permulaan kepada perjalanan yang lebih gemilang dalam menuntut ilmu dan membina masa depan ummah.

“Mencetak Generasi Sejahtera”

Ikhlas daripada,
Pertubuhan Sahabat Jauhari Nadi Ilmu Terengganu



𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍBaginda ﷺ ialah ...
24/08/2026

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Baginda ﷺ ialah qudwah hasanah yang menerangi jalan kehidupan dengan cahaya iman, akhlak, ilmu dan kasih sayang. Semoga kecintaan kepada Rasulullah ﷺ tidak hanya tersemat pada lisan, bahkan diterjemahkan melalui penghayatan sunnah, keindahan akhlak dan kesungguhan membina kehidupan yang diredai Allah SWT.

Semoga semangat meneladani Rasulullah ﷺ terus menyuburkan jiwa, menyatukan ummah dan menjadi asas dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak serta sejahtera.

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H.
Perbanyakkan selawat, semarakkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ dan hidupkan sunnah Baginda dalam setiap hela nafas kehidupan.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

“𝗠𝗲𝗻𝗰𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗚𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮”




🌙Salam Maal Hijrah 1448HAwal Muharram bukan la sekadar menandakan permulaan tahun baharu dalam kalendar Islam, bahkan me...
17/06/2026

🌙Salam Maal Hijrah 1448H

Awal Muharram bukan la sekadar menandakan permulaan tahun baharu dalam kalendar Islam, bahkan menjadi ruang untuk kita bermuhasabah serta memperbaharui azam dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW mengajar kita tentang erti pengorbanan, kesabaran dan keyakinan yang teguh terhadap pertolongan Allah. Semangat hijrah ini mengajak kita untuk meninggalkan perkara yang melalaikan, memperbaiki kelemahan diri dan melangkah ke arah kehidupan yang lebih diredai-Nya.

Semoga tahun 1448H membuka lembaran yang lebih indah, dipenuhi keberkatan, rahmat dan keampunan Allah SWT. Mudah-mudahan setiap langkah yang diatur menjadi asbab agar kita terus istiqamah dalam kebaikan serta meraih kejayaan di dunia dan akhirat.

"Mencetak Generasi Sejahtera"

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H Aidiladha mengingatkan kita tentang besarnya nilai ketaatan dan pengorbanan ...
27/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H

Aidiladha mengingatkan kita tentang besarnya nilai ketaatan dan pengorbanan dalam mencari reda Allah SWT. Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS menjadi pedoman buat seluruh umat Islam agar sentiasa meletakkan perintah Allah melebihi segala kepentingan dunia.

Semoga hari yang mulia ini mendidik hati kita untuk terus ikhlas dalam beribadah, sabar dalam menghadapi ujian serta istiqamah melakukan kebaikan. Mudah-mudahan setiap amal dan pengorbanan yang dilakukan menjadi bekalan menuju rahmat serta keampunan-Nya.

“Mencetak Generasi Sejahtera”

Salam Hari Arafah 1447H Hari Arafah merupakan antara hari yang paling mulia di sisi Allah SWT, hari yang penuh dengan ke...
26/05/2026

Salam Hari Arafah 1447H

Hari Arafah merupakan antara hari yang paling mulia di sisi Allah SWT, hari yang penuh dengan keampunan, rahmat dan doa yang mustajab. Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita agar memperbanyakkan zikir, doa, istighfar serta amalan kebaikan pada hari yang penuh keberkatan ini.

Semoga Hari Arafah menjadi ruang untuk kita bermuhasabah, memperbaiki diri dan mendekatkan hati kepada Allah SWT. Mudah-mudahan setiap doa yang dipanjatkan diterima, segala dosa diampunkan dan hati kita terus dipandu menuju kebaikan serta ketakwaan.

“Mencetak Generasi Sejahtera”

Tahniah Buat Calon SPM 2025Sahabat Jauhari Nadi Ilmu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon SPM 2025 atas...
31/03/2026

Tahniah Buat Calon SPM 2025

Sahabat Jauhari Nadi Ilmu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon SPM 2025 atas usaha dan kesungguhan yang telah dicurahkan sepanjang menghadapi peperiksaan ini.

Kejayaan yang diraih hari ini adalah hasil daripada pengorbanan, disiplin dan doa yang tidak putus-putus. Bagi yang memperoleh keputusan cemerlang, tahniah diucapkan, semoga terus melangkah lebih jauh dengan penuh istiqamah. Manakala bagi yang belum mencapai sasaran, jangan berputus asa kerana setiap perjalanan mempunyai hikmah dan ruang untuk bangkit dengan lebih baik.

Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kalian dan membuka jalan kejayaan yang lebih luas pada masa hadapan.

Aidilfitri bukan sekadar hari kemenangan selepas sebulan menahan lapar dan dahaga, tetapi hari untuk kita kembali kepada...
20/03/2026

Aidilfitri bukan sekadar hari kemenangan selepas sebulan menahan lapar dan dahaga, tetapi hari untuk kita kembali kepada fitrah sebagai hamba Allah. Ramadan mendidik kita dengan sabar, menundukkan nafsu dan membiasakan hati dengan ibadah. Maka Aidilfitri datang sebagai tanda syukur atas peluang yang Allah berikan untuk kita melalui madrasah Ramadan.

Allah SWT berfirman:

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangannya (puasa Ramadan), serta mengagungkan Allah atas petunjuk yang diberikan kepada kamu, dan supaya kamu bersyukur.”
(Surah al-Baqarah: 185)

Hari raya juga mengajar kita tentang makna kebersamaan saling bermaafan, mengeratkan silaturrahim. Kegembiraan Aidilfitri menjadi lebih bermakna apabila ia dikongsi bersama keluarga, jiran dan seluruh masyarakat.

Mudah-mudahan segala amal yang dilakukan sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT dan kita semua kembali kepada fitrah dengan hati yang lebih bersih.

Indahnya Hidup Bersyariat

Dalam sepuluh malam terakhir Ramadan, kita dianjurkan untuk menggandakan lagi ibadah kerana terdapat salah satu malam ya...
09/03/2026

Dalam sepuluh malam terakhir Ramadan, kita dianjurkan untuk menggandakan lagi ibadah kerana terdapat salah satu malam yang sangat istimewa, iaitu malam Lailatul Qadar. Malam yang penuh keberkatan ini menjadi peluang yang sangat besar bagi setiap hamba yang mengejar kelebihannya dalam bulan Ramadan.

Allah SWT berfirman:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 3)

Para ulama mengingatkan agar kita tidak mensia-siakan malam-malam terakhir Ramadan, kerana mungkin pada malam itulah Allah membuka pintu keampunan dan rahmat yang sangat luas.

Mudah-mudahan Allah mempertemukan kita dengan malam yang penuh kemuliaan ini, menerima segala amal yang dilakukan serta mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu.

"Mencetak Generasi Sejahtera"

Ada satu bulan yang Allah muliakan dengan turunnya kitab petunjuk untuk seluruh manusia. Itulah bulan Ramadan, bulan yan...
07/03/2026

Ada satu bulan yang Allah muliakan dengan turunnya kitab petunjuk untuk seluruh manusia. Itulah bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai cahaya yang memandu kehidupan.

Allah SWT berfirman:

﴿شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ﴾

Maksudnya: “Bulan Ramadan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia, serta penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara yang benar dan yang batil.” (Surah al-Baqarah: 185)

Para ulama menyatakan, hubungan seorang mukmin dengan al-Quran bukan sekadar membaca. Ia mesti sampai kepada memahami, menghayati dan menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam setiap keputusan hidup.

Sabda Nabi SAW:

«خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ»

Maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.” (Riwayat al-Bukhari)

Maka sempena memperingati peristiwa Nuzul al-Quran ini, marilah kita bertanya kepada diri sendiri: sejauh mana al-Quran benar-benar hidup dalam kehidupan kita?

Semoga Ramadan ini bukan sekadar bulan kita membaca al-Quran, tetapi bulan kita kembali menjadikan al-Quran sebagai cahaya yang memimpin langkah kehidupan.

"Mencetak Generasi Sejahtera"

Teramat rugi bagi seorang hamba yang melalui bulan Ramadan namun masih lalai dan tidak memaksimakan amalan dan ibadah. D...
25/02/2026

Teramat rugi bagi seorang hamba yang melalui bulan Ramadan namun masih lalai dan tidak memaksimakan amalan dan ibadah. Dengan kelebihan dan peluang yang amat besar dibentangkan oleh Allah kepada kita dalam bulan ini.

Dalam satu hadis Nabi SAW:

أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم صَعِدَ المِنْبَرَ فَقَالَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ إنَّكَ صَعِدْتَ المِنْبَرَ فَقُلْتَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ فَقَالَ إنَّ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِيْ فَقَالَ مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ وَمَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يَبِرَّهُمَا فَمَاتَ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ وَمَنْ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ فَأَبْعَدَهُ اللهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ ....

Maksudnya: Ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin , amin”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. .....

Oleh itu, rebutlah peluang walau ia teramat kecil pada pandangan kita. Kerana di bulan Ramadan kebaikan dan ganjarannya tiada had padanya.

Salam 7 Ramadan

"Mencetak Generasi Sejahtera"




Address

Kuala

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Sahabat Jauhari Nadi Ilmu Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Sahabat Jauhari Nadi Ilmu Terengganu:

Shortcuts

Share