02/09/2026
Pada 29 Ogos 2026, Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang Majlis Pelancaran Tadabbur Mushaf Malaysia Madani serta Perasmian Program Ma’idah Wanita Madani Peringkat Nasional bertempat di Tapak Khemah bersebelahan Masjid Al-Muhajirin Bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Majlis ini telah disempurnakan dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, dengan ucapan aluan daripada YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Sorotan & Aktiviti Utama Majlis:
📖 Sesi Tadabbur Al-Quran: Sesi keilmuan mengupas 8 Ayat – 8 Rezeki yang Dijamin Al-Quran untuk pengukuhan ekonomi keluarga, serta tadabbur Surah Al-Fatihah dan doa oleh Dr. Jasser Auda.
🤝 Majlis Perasmian & Gimik: Acara simbolik pelancaran serta penyerahan Cek Cura Tenaga Nasional Berhad.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak penganjur JAKIM, rakan kerjasama Food Institute of Malaysia (FIM), Restu International College dan rakan-rakan strategik yang lain serta seluruh tetamu dan jemputan yang menjayakan majlis ini.