Puspanita Cawangan KPDN

Directions Contact the organization

Puspanita Cawangan KPDN PUSPANITA CAWANGAN KPDN PUTRAJAYA

🌸 PROGRAM ADVOKASI KEPENGGUNAAN: KENALI TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA (TTPM) 🌸PUTRAJAYA, 30 Oktober 2026 – PUSPANI...
30/10/2026

🌸 PROGRAM ADVOKASI KEPENGGUNAAN: KENALI TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA (TTPM) 🌸

PUTRAJAYA, 30 Oktober 2026 – PUSPANITA Cawangan KPDN dengan kerjasama Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) telah berjaya menganjurkan Program Advokasi Kepenggunaan: Kenali TTPM. Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran ahli PUSPANITA mengenai hak-hak pengguna, di samping memberikan pendedahan tentang peranan dan fungsi TTPM sebagai platform penyelesaian tuntutan pengguna secara mudah, cepat dan pada kos yang minimum.

Para peserta turut berpeluang melawat Mahkamah TTPM bagi melihat dengan lebih dekat suasana dan kemudahan yang ada serta mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai proses pendengaran dan pengendalian tuntutan pengguna. Pengalaman ini pastinya memberikan pendedahan yang menarik dan bermanfaat kepada para peserta.

Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat memperkasakan ahli PUSPANITA sebagai pengguna yang lebih berpengetahuan, bijak dan berdaya upaya dalam mempertahankan hak serta kepentingan mereka.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak TTPM atas kerjasama dan perkongsian ilmu yang diberikan serta semua peserta yang telah menjayakan program ini.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan dikongsikan bersama keluarga serta masyarakat.

💖 Wanita Bijak, Pengguna Cakna, Hak Terpelihara!





PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN BAKUL RAHMAH SEMPENA SAMBUTAN DEEPAVALI 2026 ANJURAN PUSPANITA CAWANGAN KPDN DENGAN KERJASA...
24/10/2026

PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN BAKUL RAHMAH SEMPENA SAMBUTAN DEEPAVALI 2026 ANJURAN PUSPANITA CAWANGAN KPDN DENGAN KERJASAMA GDP HULU LANGAT, KPDN KAJANG

Program Penyerahan Sumbangan Bakul Rahmah Sempena Sambutan Deepavali 2026 anjuran PUSPANITA Cawangan KPDN dengan kerjasama GDP Hulu Langat, KPDN Kajang telah berjaya dilaksanakan pada 23 Oktober 2026 (Jumaat), bertempat di Pusat Kebajikan Yesuvin Mahligai (YM) Selangor, Kajang.

Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Seri Zuraida binti Dahari, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPDN. Turut hadir memeriahkan program ialah YBhg. Datin Raja Noralis binti Raja Honram, Timbalan Pengerusi II PUSPANITA Cawangan KPDN, Puan Selvi Shanmugam, Ketua Biro Usahawan dan Kepenggunaan, serta pegawai-pegawai GDP Hulu Langat, KPDN Kajang.

Penganjuran program ini merupakan manifestasi keprihatinan dan komitmen PUSPANITA Cawangan KPDN dalam menyemarakkan semangat kebersamaan, perpaduan dan amalan saling membantu melalui inisiatif kebajikan, khususnya dalam menyantuni golongan yang memerlukan.

Diharapkan agar sumbangan Bakul Rahmah yang disampaikan dapat membawa keceriaan, memberikan manfaat serta meringankan beban para penerima dalam membuat persiapan menyambut perayaan Deepavali yang bakal tiba.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini terus menyemai nilai kasih sayang, keprihatinan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Ikhlas daripada PUSPANITA Cawangan KPDN.

🎳 KEJOHANAN BOLING PIALA YDP PUSPANITA SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026 🎳21 Oktober 2026 | U-Bowl X, Alamanda, PutrajayaPU...
22/10/2026

🎳 KEJOHANAN BOLING PIALA YDP PUSPANITA SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026 🎳

21 Oktober 2026 | U-Bowl X, Alamanda, Putrajaya

PUSPANITA Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) telah menyertai Kejohanan Boling Piala YDP PUSPANITA sempena Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung pada 21 Oktober 2026 bertempat di U-Bowl X, Alamanda, Putrajaya. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Puan Sri Datuk Maheran binti Jamil, Yang Dipertua PUSPANITA.

Penyertaan PUSPANITA Cawangan KPDN diwakili oleh lima orang pemain, iaitu Pn. Khatijah binti Abdul Rajah, Pn. Nor Haslin binti Yusop, Pn. Nor Suriani binti Razali, Pn. Zulaina binti Harun dan Pn. Dira Shahira Begum binti Doulath Sharif. Kejohanan ini menyaksikan penyertaan sebanyak 22 pasukan daripada pelbagai kementerian dan agensi.

🏆 Pencapaian Membanggakan PUSPANITA Cawangan KPDN

Pasukan KPDN Bowling telah berjaya memperoleh tempat ke-10 daripada 22 pasukan, dengan jumlah pungutan sebanyak 1,984 mata bagi tiga permainan.

Lebih membanggakan, Pn. Nor Haslin binti Yusop turut menyerlah apabila berjaya menduduki tempat kelima dalam senarai skor individu dengan pungutan sebanyak 511 mata menerusi tiga permainan, masing-masing mencatatkan 156, 165 dan 190 mata.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain atas komitmen, semangat kesukanan dan usaha yang ditunjukkan sepanjang kejohanan. Pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan serta menjadi pemangkin semangat untuk terus meningkatkan prestasi pada masa hadapan.

Turut hadir memberikan sokongan moral kepada pasukan ialah Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPDN, YBhg. Datin Seri Zuraida binti Dahari, bersama Puan Salina binti Mat, Setiausaha PUSPANITA Cawangan KPDN, dan Puan Siti Juriani binti Jalaludin, Ketua Biro Sukan dan Rekreasi PUSPANITA Cawangan KPDN.

Kehadiran barisan kepimpinan ini mencerminkan sokongan berterusan terhadap penglibatan ahli dalam aktiviti sukan dan rekreasi, di samping menyemarakkan semangat kebersamaan, mengeratkan silaturahim serta membudayakan gaya hidup aktif dan sihat.

Semoga penyertaan ini terus menyuntik inspirasi kepada ahli PUSPANITA Cawangan KPDN untuk kekal aktif, berdaya saing dan bersemangat dalam menjayakan pelbagai aktiviti pada masa akan datang.

Tahniah PUSPANITA Cawangan KPDN! Teruskan kecemerlangan dan semangat kesukanan! 💪🎳

22/10/2026

MAKLUMAN KEMATIAN DAN UCAPAN TAKZIAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

اِنَّا لِلّهِ وَاِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarhamah Puan Roshanita binti Md Akhir, Pembantu Tadbir (P/O) N2 TBK dari Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), KPDN Putrajaya, telah kembali ke rahmatullah pada pukul 1.00 pagi, 22 Oktober 2026 (Khamis).

Allahyarhamah juga merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Biro Agama dan Kebajikan PUSPANITA Cawangan KPDN. Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan buat keluarga, rakan sekerja serta warga PUSPANITA Cawangan KPDN.

Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya.

Sehubungan dengan itu, PUSPANITA Cawangan KPDN merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Semoga mereka dikurniakan ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.

Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Surah al-Fatihah dan berdoa agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah segala kesalahannya. Lapangkanlah kuburnya, terangilah tempat persemadiannya dan tempatkanlah rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kurniakanlah ketabahan dan kesabaran kepada seluruh ahli keluarganya dalam menghadapi kehilangan ini.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Al-Fatihah.

Semoga Allah SWT merahmati roh Allahyarhamah dan menempatkannya dalam kalangan penghuni syurga-Nya. آمين يا رب العالمين.

PROGRAM “JOM PETIK ROCK MELON” SERTA MAJLIS RAMAH MESRA PUSPEN DENGKIL7 Oktober 2026 | Bloom Haven PUSPEN DengkilPUSPANI...
07/10/2026

PROGRAM “JOM PETIK ROCK MELON” SERTA MAJLIS RAMAH MESRA PUSPEN DENGKIL

7 Oktober 2026 | Bloom Haven PUSPEN Dengkil

PUSPANITA Cawangan KPDN telah mengadakan Program “Jom Petik Rock Melon” serta Majlis Rahmah Mesra PUSPEN Dengkil pada 7 Oktober 2026 bertempat di Bloom Haven PUSPEN Dengkil.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Seri Zuraida binti Dahari, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPDN, YBhg. Datin Raja Noralis binti Raja Honram, Timbalan Pengerusi II, PUSPANITA Cawangan KPDN serta YBhg. Datin Nazira binti Abdul Hamid, Pengerusi PUSPANITA Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selaku tuan rumah yang turut menyambut kehadiran rombongan PUSPANITA Cawangan KPDN.

Program dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Puan Norkumala binti Abdul Rahman, Pengarah PUSPEN Dengkil, yang memberikan penerangan mengenai peranan, kemudahan serta aktiviti pemulihan dan pembangunan yang dilaksanakan di PUSPEN Dengkil.

Ahli-ahli PUSPANITA turut berpeluang melawat asrama PUSPEN lelaki dan melihat sendiri kemudahan serta persekitaran yang disediakan untuk para penghuni. Lawatan ini memberikan gambaran yang lebih dekat mengenai kehidupan serta aktiviti yang dijalankan dalam usaha menyokong proses pemulihan dan pembangunan sahsiah penghuni PUSPEN.

Selain itu, ahli-ahli PUSPANITA berpeluang berinteraksi serta melihat sendiri pelbagai aktiviti pertanian dan tanaman yang diusahakan oleh warga PUSPEN. Hasil tanaman tersebut turut dijual kepada ahli-ahli PUSPANITA sebagai salah satu bentuk sokongan dan galakan terhadap usaha produktif yang dilaksanakan oleh warga PUSPEN.

Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan, PUSPANITA Cawangan KPDN turut menyampaikan sumbangan sebanyak 10 Bakul Rahmah kepada 10 orang pegawai AADK. Sumbangan turut disampaikan kepada PUSPEN lelaki dan PUSPEN wanita sebagai tanda kasih, keprihatinan serta sokongan PUSPANITA terhadap warga PUSPEN.

Kemuncak program ialah aktiviti “Jom Petik Rock Melon” yang memberikan pengalaman menarik kepada ahli-ahli PUSPANITA untuk melihat serta memetik sendiri hasil tanaman rock melon yang diusahakan di Bloom Haven PUSPEN Dengkil.

Program ini bukan sahaja menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara PUSPANITA Cawangan KPDN dan PUSPANITA AADK, malah turut mencerminkan semangat rahmah, prihatin, kebersamaan dan kesukarelawanan dalam menyokong usaha pemulihan serta pembangunan diri warga PUSPEN.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga AADK atas sambutan mesra, kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.

KUNJUNGAN HORMAT PUSPANITA CAWANGAN KPDN KEPADA YBHG. PUAN SRI DATUK MAHERAN BINTI JAMIL, YANG DIPERTUA PUSPANITAPUSPANI...
07/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT PUSPANITA CAWANGAN KPDN KEPADA YBHG. PUAN SRI DATUK MAHERAN BINTI JAMIL, YANG DIPERTUA PUSPANITA

PUSPANITA Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengadakan Sesi Kunjungan Hormat kepada YBhg. Puan Sri Datuk Maheran binti Jamil, Yang Dipertua PUSPANITA, di PUSPANITAPURI, Putrajaya pada 5 Oktober 2026.

Kunjungan ini menjadi wadah penting dalam memperkukuh hubungan strategik, mempererat jaringan kerjasama serta membuka ruang perkongsian pandangan dan pengalaman ke arah memperkasa peranan PUSPANITA melalui pelaksanaan program dan inisiatif yang lebih berimpak.

Pertemuan ini turut membuka ruang kepada penerokaan kolaborasi yang berpotensi diterjemahkan kepada inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada warga PUSPANITA. Antara fokus kerjasama yang diketengahkan ialah cadangan pelaksanaan Jualan RAHMAH & Back to School, yang dirangka bagi membantu warga PUSPANITA mendapatkan barangan keperluan harian serta kelengkapan persekolahan pada harga yang lebih berpatutan, khususnya dalam membuat persediaan menjelang sesi persekolahan akan datang.

PUSPANITA Cawangan KPDN amat menantikan peluang untuk merealisasikan kolaborasi ini bersama PUSPANITA Kebangsaan sebagai satu usaha bersama yang bukan sahaja memperkukuh jaringan strategik, malah memberi manfaat langsung kepada warga PUSPANITA serta keluarga.

PUSPANITA Cawangan KPDN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sambutan mesra serta kesudian YBhg. Puan Sri menerima kunjungan ini. Semoga hubungan yang terjalin terus diperkukuh menerusi kerjasama yang lebih erat, progresif dan berimpak, seterusnya diterjemahkan kepada pelbagai inisiatif yang memberi manfaat bermakna kepada warga PUSPANITA.

Nantikan program dan inisiatif menarik hasil jalinan kerjasama ini yang bakal dilaksanakan.

PROGRAM “JOM SAYANGI DIRI, JAGA KESIHATAN” SEMPENA BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERAPUSPANITA Cawangan KPDN dengan kerjasam...
30/09/2026

PROGRAM “JOM SAYANGI DIRI, JAGA KESIHATAN” SEMPENA BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA

PUSPANITA Cawangan KPDN dengan kerjasama Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Putrajaya telah menganjurkan Program “Jom Sayangi Diri, Jaga Kesihatan” sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera.

Program yang telah berlangsung pada 29 September 2026 (Selasa) bertempat di Dewan Serbaguna, Aras G, KPDN ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Penganjuran program ini merupakan salah satu inisiatif dalam memperkasa kesedaran serta amalan penjagaan kesihatan dalam kalangan warga kerja KPDN, khususnya warga wanita. Pelbagai perkhidmatan dan kemudahan berkaitan kesihatan telah disediakan, antaranya:

Saringan HPV DNA melalui kaedah ujian kendiri (self-sampling);
Khidmat nasihat berkaitan perancangan keluarga; dan
Pemberian baucar percuma bagi pemeriksaan mammogram.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan PUSPANITA Cawangan KPDN dalam menyokong usaha KPDN untuk memperkukuh aspek kebajikan, kesihatan dan kesejahteraan warga kerja, khususnya dalam kalangan warga wanita.

Bagi PUSPANITA Cawangan KPDN, usaha memelihara kebajikan dan kesejahteraan warga kerja bukan sekadar melalui penganjuran program, malah merupakan satu komitmen untuk sentiasa menyantuni, menyokong dan bergerak seiring bersama warga KPDN dalam mewujudkan persekitaran kerja yang sihat, sejahtera dan prihatin.

Semoga inisiatif seumpama ini dapat terus diperkasakan dan dilaksanakan secara berterusan sebagai sebahagian daripada usaha bersama dalam membudayakan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan diri.

PUSPANITA Cawangan KPDN
Bersama Menyantuni, Memperkasa Kesejahteraan Warga KPDN

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 🇲🇾16 September kembali lagi! Hari untuk kita meraikan kepelbagaian yang menyatukan kita, daripa...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 🇲🇾

16 September kembali lagi! Hari untuk kita meraikan kepelbagaian yang menyatukan kita, daripada Perlis hinggalah ke Sabah & Sarawak.

Kami di PUSPANITA Cawangan KPDN mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia. Sebagai sebahagian daripada agenda negara, marilah kita terus memainkan peranan dalam memperkasa komuniti, menyokong agenda kepenggunaan yang adil, dan menyuburkan rasa cinta kepada tanah air. Kekal bersatu, kekal harmoni! 🕊️✨

SESI PERJUMPAAN DAN RAMAH MESRA PUSPANITA KPDN BERSAMA MyIPO20 Ogos 2026 | Khamis | 1.00 tengah hariPada 20 Ogos 2026, t...
03/09/2026

SESI PERJUMPAAN DAN RAMAH MESRA PUSPANITA KPDN BERSAMA MyIPO
20 Ogos 2026 | Khamis | 1.00 tengah hari

Pada 20 Ogos 2026, telah berlangsung sesi perjumpaan dan makan tengah hari antara PUSPANITA Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) iaitu Puan Yusnieza Syarmila binti Yusoff.
Sesi tersebut telah dihadiri oleh YBhg. Datin Seri Zuraidah binti Dahari, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPDN, bersama lima (5) orang Ahli Jawatankuasa (AJK) PUSPANITA Cawangan KPDN.

Pertemuan santai ini turut menjadi platform untuk membincangkan usaha dan peluang warga MyIPO untuk turut serta menjadi ahli PUSPANITA Cawangan KPDN. Perbincangan ini diharap dapat memperluaskan jaringan keahlian serta menggalakkan penglibatan warga MyIPO dalam aktiviti dan program PUSPANITA.

Selain itu, sesi makan tengah hari ini turut memberi ruang untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh hubungan kerjasama serta mewujudkan jaringan komunikasi yang lebih erat antara PUSPANITA KPDN dan pihak MyIPO.
Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini terus diperkukuh dan memberi manfaat kepada semua pihak dalam merealisasikan aspirasi PUSPANITA.

PUSPANITA KPDN
Memperkasa Wanita, Memperkukuh Keluarga

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69! Semoga perpaduan dan kesejahteraan terus dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia...
30/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69! Semoga perpaduan dan kesejahteraan terus dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia tercinta. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Address

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN)
Putrajaya
62623

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita Cawangan KPDN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Puspanita Cawangan KPDN:

Shortcuts

Share

Nearby non profit organizations