PSA Malaysia

Directions Website Contact the organization

PSA Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PSA Malaysia, Non-Governmental Organization (NGO), Jabatan Akauntan Negara, Putrajaya.

PSA Malaysia terdiri daripada penjawat-penjawat awam yang berkhidmat sebagai Akauntan di agensi Kerajaan Persekutuan, negeri, badan berkanun dan syarikat korporat milik kerajaan di seluruh Malaysia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,PSA Malaysia sedang mendapatkan pandangan ahli bagi membantu perancangan NAPSAC 2027...
12/09/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

PSA Malaysia sedang mendapatkan pandangan ahli bagi membantu perancangan NAPSAC 2027, susulan penangguhan penganjuran NAPSAC 2026.

Tinjauan ringkas ini bertujuan mendapatkan pandangan ahli mengenai kesesuaian penganjuran pada Februari 2027 serta lokasi pilihan antara Kuching, Kota Kinabalu dan Kuantan.

Mohon jasa baik tuan/puan meluangkan sedikit masa untuk menjawab tinjauan melalui pautan berikut:

🔗 https://forms.gle/DVTiL1ym8mQAMmtz8

Tinjauan ini hanya mengambil masa sekitar 1–2 minit untuk dijawab.

Maklum balas tuan/puan amat dihargai dan akan membantu PSA Malaysia dalam merancang penganjuran NAPSAC 2027 yang lebih sesuai dengan keperluan ahli.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan tuan/puan.

Susulan penangguhan penganjuran NAPSAC 2026 ke tahun 2027, PSA Malaysia ingin mendapatkan pandangan ahli berhubung kesesuaian bulan penganjuran dan lokasi pilihan bagi NAPSAC 2027. Maklum balas ahli akan digunakan sebagai input dalam perancangan penganjuran NAPSAC 2027.

Selamat Menyambut Hari Maulidurrasul 1448H/ 2026M!Hari ini kita memperingati insan agung, junjungan besar Nabi Muhammad ...
24/08/2026

Selamat Menyambut Hari Maulidurrasul 1448H/ 2026M!

Hari ini kita memperingati insan agung, junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Penghayatan sempena hari kebesaran ini, marilah kita bersama-sama meneladani akhlak mulia, peribadi agung, serta kepimpinan junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Semoga kecintaan kita kepada Baginda diterjemahkan melalui integriti, ketekunan, dan sifat ihsan dalam setiap tugasan serta kehidupan seharian.

Madani Dihayati, Ummah Diberkati.

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Encik Zainuddin bin Manaf atas pelantikan sebagai Pengarah Bahagian Akaun Kementerian Kew...
16/07/2026

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Encik Zainuddin bin Manaf atas pelantikan sebagai Pengarah Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA M*F), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) berkuat kuasa 15 Julai 2026.

Selamat Menjalankan Tugas!

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Puan Faziyatun binti Mohamed Yahya atas pelantikan sebagai Pengarah Bahagian Perkhidmatan...
15/07/2026

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Puan Faziyatun binti Mohamed Yahya atas pelantikan sebagai Pengarah Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat Dan Agensi (BPOPA), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) berkuat kuasa 15 Julai 2026.

Selamat Menjalankan Tugas!

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Puan Nurhuda binti Harun atas pelantikan sebagai Timbalan Akauntan Negara (Korporat), Jab...
15/07/2026

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Puan Nurhuda binti Harun atas pelantikan sebagai Timbalan Akauntan Negara (Korporat), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) berkuat kuasa 15 Julai 2026.

Selamat Menjalankan Tugas!

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Encik Ayub bin Haji Zaidin atas pelantikan sebagai Timbalan Akauntan Negara (Operasi), Ja...
15/07/2026

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Encik Ayub bin Haji Zaidin atas pelantikan sebagai Timbalan Akauntan Negara (Operasi), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) berkuat kuasa 15 Julai 2026.

Selamat Menjalankan Tugas!

Roundtable Discussion (RTD) PSA Bersama BPPP JANMAlhamdulillah, Persatuan Akauntan Sektor Awam (PSA) telah mengadakan se...
09/07/2026

Roundtable Discussion (RTD) PSA Bersama BPPP JANM

Alhamdulillah, Persatuan Akauntan Sektor Awam (PSA) telah mengadakan sesi Roundtable Discussion (RTD) bersama Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) pada 8 Julai 2026.

Sesi libat urus ini merupakan platform perkongsian pandangan secara konstruktif dalam usaha memperkukuh profesion Akauntan Sektor Awam agar terus relevan, berdaya saing dan bersedia menghadapi keperluan masa hadapan.

PSA diwakili oleh:
▪️ Puan Gloria Angela James Noah (Timbalan Presiden)
▪️ Puan Ruzinah Binti Rukun (Setiausaha Kehormat)
▪️ Encik Yuhasnan Bin Dollah (Ketua Biro Profesional)
▪️ Cik Azliana Azlin Binti Lamakasauk (Penolong Setiausaha Kehormat 2)
▪️ Puan Norleen Binti Ibrahim (AJK Biro Profesional)
▪️ Encik Muhammad Elias Bin Abu Bakar (AJK Biro Profesional)

Antara fokus utama perbincangan adalah berkaitan pembangunan laluan kerjaya yang lebih jelas, pengukuhan kompetensi profesional, penempatan strategik, pembangunan bakat Akauntan Sektor Awam serta penambahbaikan ekosistem latihan.

PSA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Tarmizi Bin Tamby Chik, Pengarah BPPP JANM serta seluruh pasukan BPPP JANM atas kesudian menerima kunjungan dan mengadakan sesi perkongsian pandangan secara terbuka bersama PSA.

Semoga kerjasama strategik ini terus diperkukuh dalam usaha bersama memperkasa pembangunan kerjaya dan profesion Akauntan Sektor Awam.

"Bersama Memperkasa Profesion Akauntan Sektor Awam"

Biro Profesional PSA



PSA Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H / 2026M.“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”
16/06/2026

PSA Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H / 2026M.

“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Persatuan Akauntan Sektor Awam (PSA) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan da...
03/06/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Persatuan Akauntan Sektor Awam (PSA) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli PSA atas setiap idea, pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan.

Segala maklum balas yang diberikan amat bermakna dan menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan profesion Akauntan Sektor Awam serta penambahbaikan skim perkhidmatan yang lebih progresif, kompetitif dan relevan dengan keperluan semasa.

Terima kasih atas komitmen dan sokongan berterusan daripada semua ahli.

“Idea anda, membawa perubahan.”

Biro Profesional PSA

DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-P...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim, PSA Malaysia.

Address

Jabatan Akauntan Negara
Putrajaya
62594

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSA Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PSA Malaysia:

Shortcuts

Share