Surfing Malaysia

Directions Website Contact the organization

Surfing Malaysia Persatuan Luncur Ombak Malaysia (PLOM)
National governing body for surfing in Malaysia

DAY 03: Perjuangan diteruskan di Jepun!Pertandingan terpaksa dihentikan sementara pada Sabtu berikutan keadaan ombak yan...
27/09/2026

DAY 03: Perjuangan diteruskan di Jepun!

Pertandingan terpaksa dihentikan sementara pada Sabtu berikutan keadaan ombak yang terlalu kecil, sebelum aksi Round 2 disambung semula pada Ahad. Atlet negara kembali turun dengan fokus dan semangat tinggi dan kedua-duanya berjaya menampilkan aksi cemerlang untuk mara ke Round 3. ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ„โ€โ™€๏ธ๐Ÿ„โ€โ™‚๏ธ

Moena Moena Rashid berjuang habis-habisan dalam aksi Round 3 menentang wakil Jepun. Walaupun perjalanannya terhenti di situ, pencapaian ini tetap menjadi satu detik yang membanggakan buat Malaysia.

Kini, perjuangan diteruskan oleh Lucas Lucas Santiago Wehle untuk aksi Round 3 pada Hari Ke-4. Teruskan beri sokongan dan semangat kepada Team Malaysia! ๐ŸŒŠ๐Ÿ”ฅ

Nantikan perkembangan seterusnya!

DAY 1 DONE โ€” THE FIGHT CONTINUES! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ:Moena dan Lucas telah memberikan aksi terbaik mereka pada hari pertama untuk sukan ...
25/09/2026

DAY 1 DONE โ€” THE FIGHT CONTINUES! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ:

Moena dan Lucas telah memberikan aksi terbaik mereka pada hari pertama untuk sukan luncur ombak Sukan Asia 2026 dan kini bersedia untuk meneruskan perjuangan di Pusingan 2! ๐Ÿ’ช๐Ÿ„โ€โ™€๏ธ๐Ÿ„โ€โ™‚๏ธ

Ayuh terus beri sokongan dan sorakan positif untuk Team Malaysia melangkah lebih jauh ke pusingan seterusnya!

Terus berjuang, Moena Rashid dan Lucas Santiago Wehle Malaysia tetap bersamamu!

DAY 1 SURF HEAT: LETโ€™S GO MALAYSIA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ„โ€โ™€๏ธ๐Ÿ„โ€โ™‚๏ธJom kita gegarkan sokongan untuk Team Malaysia Moena Rashid dan Lucas Sant...
24/09/2026

DAY 1 SURF HEAT: LETโ€™S GO MALAYSIA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ„โ€โ™€๏ธ๐Ÿ„โ€โ™‚๏ธ

Jom kita gegarkan sokongan untuk Team Malaysia Moena Rashid dan Lucas Santiago Wehle!

Stay tuned di IG Stories PLOM untuk live updates sepanjang pertandingan! ๐ŸŒŠ

24/09/2026

1 DAY COUNTDOWN to Sukan Asia 2026 Aichi-Nagoya: At luncur ombak negara kini meneruskan persiapan di Jepun, memastikan mereka bersedia untuk memberikan yang terbaik di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Segala usaha dan cabaran yang ditempuhi kini membawa mereka beraksi di pentas Asia. All the best, Team Malaysia! ๐Ÿ’ช๐Ÿ„โ€โ™‚๏ธ๐Ÿ„โ€โ™€๏ธ

Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-63! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSeluruh warga Persatuan Luncur Ombak Malaysia ingin mengucapkan selamat menyamb...
16/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-63! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Seluruh warga Persatuan Luncur Ombak Malaysia ingin mengucapkan selamat menyambut hari Malaysia! Semoga hari bersejarah ini mengingatkan kita untuk sentiasa memupuk perpaduan antara satu sama lain & saling hormat-menghormati tidak kira bangsa dan agama.

๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ Dari India, kini terus membawa cabaran ke Jepun! ๐Ÿ‡ฏ๐Ÿ‡ตSelepas berjuang di kejohanan di India, dua atlet luncur ombak neg...
14/09/2026

๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ Dari India, kini terus membawa cabaran ke Jepun! ๐Ÿ‡ฏ๐Ÿ‡ต

Selepas berjuang di kejohanan di India, dua atlet luncur ombak negara, Lucas Wehle dan Mona Rasidah kini berada di Jepun sebagai persediaan terakhir menjelang Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ„โ€โ™‚๏ธ๐Ÿ„โ€โ™€๏ธ

Perjalanan ke pentas Asia ini bukan datang dalam sekelip mata. Lucas dan Mona telah melalui persiapan yang intensif dengan sesi latihan di Cimaja dan Bali, mengasah teknik, dan ketahanan sebelum berangkat ke Jepun. Antara pencapaian yang membanggakan, Lucas berjaya meraih top 4 di Grom Patrol Bali. Satu lagi langkah penting dalam membina momentum menuju Sukan Asia.

Setiap sesi latihan, setiap kejohanan dan setiap ombak yang ditempuhi adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk tampil lebih bersedia, lebih kuat dan lebih yakin apabila membawa Jalur Gemilang ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ di pentas Asia.

Good luck Lucas Lucas Santiago Wehle & Mona Moena Rashid ! Teruskan semangat juang, percaya pada persiapan yang telah dilakukan dan berikan yang terbaik untuk Malaysia.

Mari kita sama-sama beri sokongan dan semangat kepada mereka dalam perjalanan menuju Aichi-Nagoya 2026!

Sesi latihan intensif Mona di Cimaja, Indonesia.

Lucas beraksi di Kejohanan Grom Patrol Bali dan meraih tempat ke-4 untuk kategori U18.

13/09/2026

COUNTDOWN KE SUKAN ASIA AICHI-NAGOYA 2026! 5 Hari lagi!

Detik semakin hampir untuk Kontinjen Malaysia membawa cabaran negara ke pentas Asia!

Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 telah berlangsung minggu lalu di Majlis Sukan Negara Malaysia. Penyerahan Jalur Gemilang ini menjadi simbol semangat patriotisme dan amanah besar yang bakal digalas oleh setiap atlet dalam membawa nama Malaysia di persada Asia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Bagi sukan luncur ombak, edisi kali ini cukup istimewa. Selepas berjaya meraih kelayakan menerusi Kejohanan Luncur Ombak Asia 2025, pasukan luncur ombak negara bakal mencipta sejarah dengan penampilan sulung di Sukan Asia, bersama kontinjen Malaysia daripada 30 disiplin sukan lain. ๐Ÿ„โ€โ™‚๏ธ๐ŸŒŠ

Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 akan berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Terus bersama kami dan nantikan lebih banyak perkembangan Road to Asian Games 2026!

A huge congratulations to Nurain Mat Isa, who has been selected as one of only 8 women worldwide and the only Asian repr...
07/09/2026

A huge congratulations to Nurain Mat Isa, who has been selected as one of only 8 women worldwide and the only Asian representative to be part of the prestigious ISA Womenโ€™s Judging Program!

The initiative is part of the International Surfing Associationโ€™s ongoing commitment to promoting gender equality in surfing and increasing the number of female technical officials across the sport. โ€จ
Nurain is currently in El Salvador, gaining invaluable international experience while judging at the ISA World Junior Surfing Championship, taking place from 4โ€“13 September.

This achievement is more than a personal milestone. It is a proud moment for Malaysia showing that our presence in the sport continues to grow not only through athletes in the water, but also through technical officials contributing at the highest international level. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

We are incredibly proud to see her representing Malaysia on the world stage, building experience, expanding opportunities and inspiring the next generation of women in surfing! ๐Ÿ„โ€โ™€๏ธ ๐ŸŒŠ

Selamat menyambut hari kebangsaan yang ke-69 buat seluruh warga Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พDengan hari yang bersejarah ini, marilah kit...
31/08/2026

Selamat menyambut hari kebangsaan yang ke-69 buat seluruh warga Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Dengan hari yang bersejarah ini, marilah kita memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara serta mengharumkan nama negara di setiap usaha yang kita lakukan demi negara kita.

Semoga kemerdekaan ini terus membawa keamanan & kemakmuran buat seluruh rakyat Malaysia.

Ikhlas daripada seluruh warga Persatuan Luncur Ombak Malaysia.

DIRGAHAYU TUANKU Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah Takzim Daripada,
Seluruh Warga Persatuan Luncur Ombak Malaysia.

Address

Putrajaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surfing Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Surfing Malaysia:

Shortcuts

Share