18/10/2022
Alhamdulillah! Tahniah diucapkan kepada Ustaz Zul Ramli M.Razali, Pendakwah Bebas merangkap Pengerusi Dewan Dakwah, Majlis Dakwah Negara. Beliau telah diumumkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul Negeri Pahang.
Ustaz Zul Ramli menerima wang tunai sebanyak RM10,000, plak dan sijil penghargaan. Penyampaian anugerah sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1444H/2022M peringkat negeri disempurnakan oleh Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ikhlas daripada,
Pengurusan dan Wargakerja Galeri Ilmu Media Group
Kredit: BH Online