Pertubuhan Bina Insan Soleh Malaysia

Pertubuhan Bina Insan Soleh Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Bina Insan Soleh Malaysia, Non-Governmental Organization (NGO), Putrajaya.

Matlamat utama penubuhan BINSOLEH adalah untuk mempromosikan Gaya Hidup Insan yang Soleh; Taat dan Patuh pada Allah S.W.T, mencontohi Rasulullah S.A.W, hormat pada ibu & bapa serta orang tua, kasih pada remaja dan anak-anak kecil serta berjiwa murni.

16/07/2025

Terima kasih Al Fadhil Ustaz Muhammad Saeed Al Yamani
Mudir Maahad Al Imam Al Adni bersama para pelajar yang hadir menjayakan Program Cinta Amal Cahaya sebuah Program Seni Generasi Mahabbah di Yayasan Restu Shah Alam anjuran dan disokong oleh Pertubuhan Bina Insan Soleh Malaysia dan Keluarga pada 12 Julai 2025. Jumpa lagi di Program CAC yang akan datang InsyaAllah!

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhSukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Bina Insan Sole...
03/07/2025

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Bina Insan Soleh Malaysia (Binsoleh Malaysia) dan Blackstone Productions, dengan kerjasama Yayasan Restu dan Shahwiyah akan menganjurkan sebuah program kebajikan meraikan anak - anak yatim dan pelajar - pelajar tahfiz bertemakan tajuk *"Cinta Amal Cahaya"*.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : *12 Julai 2025*
Tempat : *Kompleks Seni Islam Antarabangsa, Yayasan Restu Shah Alam*

Kami berbesar hati menjemput tuan / puan untuk bersama - sama memeriahkan program tersebut bersama anak - anak yatim dan pelajar - pelajar tahfiz jemputan kami dan mempersilakan seisi keluarga untuk datang bersama.

Kami juga amat mengalukan sumbangan / tajaan ikhlas tuan / puan untuk pelaksanaan program ini yang akan merangkumi tajaan bengkel kaligrafi dan seni kreatif, persembahan silat, bengkel nasyid dan perkusi, persembahan nyanyian lagu ketuhanan dan juga saguhati buat peserta - peserta program.

Program ini juga akan menaja makan tengahari dan minum petang buat anak - anak yatim, pelajar - pelajar tahfiz dan sukarelawan program pada hari tersebut yang dianggarkan seramai hampir 150 orang.

“Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.”
(Al-Baqarah : 220)

“Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.”
(Riwayat at-Tirmidzi)

Sebarang sumbangan boleh dibuat secara online transfer ke butiran berikut:

*BINSOLEH MALAYSIA*
*26601600024170*
*RHB BANK*
(Rujukan : Program CAC)

Segala sumbangan dan doa yang dititipkan untuk program ini amat kami hargai dan dahului dengan ucapan 'Jazakumullahu khairan wa barokallahu fiikum'.

Yang Berkhidmat,
Areezman bin Abdul Rahim
Pengerusi Binsoleh Malaysia

Address

Putrajaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Bina Insan Soleh Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share