Badan Kebajikan Islam Kastam Cawangan Ibu Pejabat

Badan Kebajikan Islam Kastam Cawangan Ibu Pejabat Selamat Datang ke Page Rasmi Badan Kebajikan Islam Kastam (BAKISKA) Ibu Pejabat. Dapatkan pelbagai info tentang program anjuran Bakiska Ibu Pejabat di sini.

Sekitar program agihan bubur lambuk di Suasana PjH yang disempurnakan oleh Pen KPK
05/03/2025

Sekitar program agihan bubur lambuk di Suasana PjH yang disempurnakan oleh Pen KPK

Agihan Bubur LambukTarikh: 4 Mac 2025Surau Al Amin, Bakiska dan Surau As Saadah berganding bahu dan bekerjasama dalam pr...
05/03/2025

Agihan Bubur Lambuk

Tarikh: 4 Mac 2025

Surau Al Amin, Bakiska dan Surau As Saadah berganding bahu dan bekerjasama dalam program agihan bubur lambuk kepada warga JKDM Ibu Pejabat pada hari ini. Agihan bubur lambuk merupakan program tahunan yang dilakukan sejak 10 tahun yg lalu dan mendapat sambutan ramai.

Program hari ini. Edaran bubur lambuk. Moga bermanfaat buat semua warga.
05/03/2025

Program hari ini. Edaran bubur lambuk. Moga bermanfaat buat semua warga.

Program Tadarus Al-Quran Ramadan 1446H.Ramadan kali ini dihidupkan dengan pelbagai program yg telah dirancang antaranya ...
05/03/2025

Program Tadarus Al-Quran Ramadan 1446H.

Ramadan kali ini dihidupkan dengan pelbagai program yg telah dirancang antaranya tadarus bersepadu yg dilaksanakan di luar waktu pejabat. Program nilai2 murni ini diharap dot memupuk integriti, menambah pahala dan ukhwah sesama warga jabatan.

02/03/2025
26/01/2025

PROGRAM PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI SEMPENA HARI KEBESARAN ISLAM SIRI 1/2025- ISRAK MIKRAJ

Assalamualaikum & Salam Malaysia Madani

YBhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa BAKISKA Cawangan Ibu Pejabat dengan kerjasama bersama Unit Latihan, Cawangan Integriti dan Surau Al-Amin, Ibu Pejabat JKDM akan mengadakan Program Penerapan Nilai Murni Sempena Hari Kebesaran Islam Siri 1/2025- Israk Mikraj sebagaimana ketetapan berikut :

📆Tarikh : 27 Januari 2025/ Isnin
⏰Masa : 9.00 pagi
📋Tempat : Dewan Semarak Jati, Aras 2 Selatan, Ibu Pejabat JKDM, P2, Putrajaya

✒Penceramah - Slot 1: 9.00pg - 11.00pg
Al- Fadil Ustaz Roslan bin Mohamed
Mantan Pensyarah Kanan UM/ Pendakwah Bebas
IBRAH ISRAK MIKRAJ DALAM MEMBINA INSAN MUSLIM BERINTEGRITI

*✒Penceramah - Slot 2: 11.00pg - 1.00 ptg
Tuan Haji Zaidi bin Hussin
Penolong Kanan Pengarah Kastam I
KESALAHAN LAZIM TATATERTIB DALAM PERKHIDMATAN JKDM

Sehubungan itu, dijemput YBhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan untuk menyertai program yang dianjurkan ini sebagaimana ketetapan di atas.

Sekian, Terima kasih.

26/01/2025

*Salam Israk Mikraj 1446H*

*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ*

Dengan penuh kesyukuran kepada Allah SWT, *BAKISKA* mengucapkan *Selamat Menyambut Israk Mikraj 1446H*, peristiwa besar yang membawa pengajaran mendalam kepada umat Islam.

Israk Mikraj mengingatkan kita akan kebesaran Allah SWT dan pentingnya hubungan manusia dengan Allah melalui ibadah solat, yang menjadi tiang agama dan anugerah terbesar kepada umat Nabi Muhammad SAW. Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada perjalanan suci ini untuk terus meningkatkan amal ibadah, memperkukuh iman, dan menyemarakkan semangat berkhidmat dengan integriti dan amanah.

Sebagai penjawat awam yang berbakti kepada negara, marilah kita jadikan nilai-nilai murni dalam peristiwa ini sebagai pedoman untuk terus berkhidmat dengan ikhlas, adil, dan bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah kepada masyarakat dan negara.

Semoga keberkatan Israk Mikraj ini memberikan kita kekuatan dalam melaksanakan tanggungjawab dan menjadi insan yang sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

*Ikhlas Daripada,*
*Badan Kebajikan Islam* *Kastam (BAKISKA)*
*Malaysia*

Tahniah seluruh warga JKDM atas kejayaan cemerlang pada tahun 2024.
10/01/2025

Tahniah seluruh warga JKDM atas kejayaan cemerlang pada tahun 2024.

27/12/2024

TADABBUR JUZUK 17/30
Bersama: Ust Syaari Ab Rahman

Tarikh: 27/12/2024 (Juma'at)
Jam: 8-9 pagi

LINK ZOOM : TADABBUR 30 JUZ AL QURAN

https://us06web.zoom.us/j/85483119357?pwd=mIEdRg8rtsb9ou4jrPNZxpNFIZAgtr.1
Meeting ID: 854 8311 9357
Passcode: 537656

Jemput semua join pada pagi ni.

Zoom is the leader in modern enterprise video communications, with an easy, reliable cloud platform for video and audio conferencing, chat, and webinars across mobile, desktop, and room systems. Zoom Rooms is the original software-based conference room solution used around the world in board, confer...

Address

Presint 2
Putrajaya
62596

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Badan Kebajikan Islam Kastam Cawangan Ibu Pejabat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share