Islamic Socioeconomic Development Foundation

Islamic Socioeconomic Development Foundation Foundation

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ”Daging dan darah binatang korban ...
26/05/2026

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ
”Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan daripada kamu.” — (Surah Al-Hajj, Ayat 37)

Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir & Batin diucapkan kepada seluruh para penyumbang yang budiman, rakan strategik yang dihargai serta semua penyokong setia ISDEF.

Aidiladha bukan sekadar sambutan, malah ia adalah simbolik keikhlasan dan pengorbanan yang tiada sempadan. Di ISDEF, impak pembangunan sosioekonomi ummah yang kita bina hari ini adalah hasil daripada pengorbanan, sumbangan dan kepercayaan berterusan anda semua.

Semoga ibadah korban dan amalan kita pada tahun ini diterima oleh Allah SWT sebagai amalan soleh serta menjadi pemacu semangat untuk kita terus membantu mereka yang memerlukan.

🤝Ikhlas daripada,
Pengurusan & Warga Kerja
Islamic Socioeconomic Development Foundation (ISDEF)

Selamat Hari Guru 2026 buat semua pendidik di Malaysia. Terima kasih atas segala ilmu, pengorbanan dan dedikasi yang dic...
16/05/2026

Selamat Hari Guru 2026 buat semua pendidik di Malaysia.

Terima kasih atas segala ilmu, pengorbanan dan dedikasi yang dicurahkan demi mendidik anak bangsa. Tanpa guru, mungkin kami tidak mampu menjadi insan yang berilmu dan berkeyakinan seperti hari ini.

Jauh jauhari singgah makan,
Makanan kesukaan jadi tarikannya,
Selamat Hari Guru diucapkan,
Tanda penghargaan ilmu dicurahkannya.

Cantik bahasa si gadis desa,
Jinak merpati perilakunya,
Guru berjasa mendidik bangsa,
Hormati, taati, dan muliakan dirinya.

Jasa cikgu akan sentiasa dikenang. Terima kasih cikgu ❤️

Selamat Hari Pekerja 2026 🇲🇾Terima kasih atas segala usaha, dedikasi dan pengorbanan anda.Setiap titik peluh membawa mak...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja 2026 🇲🇾

Terima kasih atas segala usaha, dedikasi dan pengorbanan anda.

Setiap titik peluh membawa makna besar buat negara.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.Sempena kehadiran Syawal yang mulia ini, saya ingin merakamkan seting...
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Sempena kehadiran Syawal yang mulia ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam. Semoga hari kemenangan ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan dan kesejahteraan dalam kehidupan kita semua.

Marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan ini untuk memperkukuhkan hubungan silaturrahim, memupuk nilai kasih sayang serta terus menyemai semangat perpaduan dalam masyarakat.

Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadan diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

Ikhlas daripada,
Mohd Najib Bin Haji Mohd Noor
Pengerusi
Islamic Socioeconomic Development Foundation

Program Ramadhan Iftar ISDEFAlhamdulillah, semalam ISDEF berkesempatan menganjurkan Program Ramadhan Iftar bersama 25 or...
08/03/2026

Program Ramadhan Iftar ISDEF

Alhamdulillah, semalam ISDEF berkesempatan menganjurkan Program Ramadhan Iftar bersama 25 orang anak asnaf dari Bandar Sungai Buaya.

Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada anak-anak untuk bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa dalam suasana yang penuh kegembiraan dan kebersamaan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia.

Senyuman dan keceriaan yang terpancar jelas di wajah mereka menjadi kenangan yang amat bermakna buat semua yang terlibat.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada penyumbang yang budiman dan semua pihak yang telah menyokong pelaksanaan program ini. Semoga setiap kebaikan yang disumbangkan menjadi asbab keberkatan dan ganjaran yang berpanjangan.

🤍 Setiap kebaikan yang disemai, pasti membuahkan senyuman

Salam Nuzul Quran 1447H. Semoga Al-Quran sentiasa menjadi peneman setia, petunjuk, dan cahaya dalam hidup kita. Mari kit...
07/03/2026

Salam Nuzul Quran 1447H.

Semoga Al-Quran sentiasa menjadi peneman setia, petunjuk, dan cahaya dalam hidup kita. Mari kita tingkatkan tadabbur dan amalan.

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam yang penuh keberkatan.”
📖 (Surah ad-Dukhan: 3)

Marilah kita mengambil peluang di bulan mulia ini untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan tilawah, tadabbur, dan amalan soleh yang berterusan. Mudah-mudahan, kita tergolong dalam golongan yang mencintai dan mengamalkan al-Quran hingga ke akhir hayat.

Salam 17 Ramadan!

✨ Sambungan Program Kasih Ramadhan ISDEF X SENIMAN 2026Selepas selesai sesi pemilihan baju raya, anak-anak seterusnya di...
02/03/2026

✨ Sambungan Program Kasih Ramadhan ISDEF X SENIMAN 2026

Selepas selesai sesi pemilihan baju raya, anak-anak seterusnya dibawa menikmati majlis iftar di Volcano Shabu Shabu, Shaftsbury Putrajaya.

Pengalaman ini amat bermakna buat mereka. Ada yang pertama kali makan steamboat…Ada yang pernah datang dulu, bersama ibu atau ayah yang kini hanya tinggal doa.. Wajah-wajah kecil ini jelas memancarkan rasa teruja dan syukur sepanjang waktu berbuka.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian duit raya oleh ISDEF dan SENIMAN, juga bersama beberapa penyumbang yang hadir. Setiap huluran disambut dengan senyuman yang cukup tulus, kecil pada pandangan kita, tetapi besar ertinya buat mereka.

Penghargaan khusus kepada pihak Volcano Shabu Shabu atas layanan mesra dan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan majlis iftar ini. Keselesaan serta pengalaman yang diberikan benar-benar meninggalkan kenangan manis buat anak-anak.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah merealisasikan pengalaman indah ini.

🤍 Setiap kebaikan yang disemai, pasti membuahkan senyuman.

Program Kasih Ramadhan ISDEF X SENIMAN 2026Alhamdulillah, pada 1 Mac 2026, ISDEF dengan kerjasama SENIMAN telah berjaya ...
02/03/2026

Program Kasih Ramadhan ISDEF X SENIMAN 2026

Alhamdulillah, pada 1 Mac 2026, ISDEF dengan kerjasama SENIMAN telah berjaya melaksanakan Program Pembelian Baju Raya melibatkan 53 orang anak yatim dan asnaf daripada:
🏠 Rumah Kasih Harmoni, Sungai Buloh
🤲 Anak asnaf dari Bandar Sungai Buaya
🏡 Pertubuhan Kebajikan Ulul Azmi

Program ini memberi peluang kepada anak-anak untuk memilih sendiri pakaian raya dalam suasana yang ceria, teratur dan penuh bermakna.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Zed Zaidi selaku Presiden SENIMAN, Puan Rina Tan, Timbalan AJK serta wakil lain yang turut hadir memeriahkan program dan bersama-sama menyantuni anak-anak yang diraikan.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua para penyumbang budiman. Keprihatinan dan sokongan anda bukan sahaja merealisasikan program ini, malah telah menghadirkan senyuman dan kegembiraan Syawal buat anak-anak yang disantuni. Semoga setiap sumbangan diberkati dan diberi ganjaran sebaik-baik balasan.

Penghargaan khusus juga kepada Tuan Azmi dan Puan Nooraini serta para pengiring rumah anak yatim atas komitmen tinggi memastikan anak-anak dibawa hadir dan pulang dengan selamat. Dedikasi berterusan tuan/puan dalam menjaga dan membimbing anak-anak yang memerlukan kasih sayang ibu bapa dan keluarga amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Penghargaan khas juga kepada Tuan Azman, Pengurus Parkson Alamanda Putrajaya atas sokongan dan kerjasama yang sangat luar biasa. Layanan mesra serta komitmen staf dalam membantu anak-anak sepanjang sesi pemilihan benar-benar memberikan pengalaman yang indah dan tidak dapat dilupakan.

✨ Taja, hadir, dan saksikan sendiri senyuman mereka ✨

🌙 Ramadan Mubarak 1447HAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bu...
18/02/2026

🌙 Ramadan Mubarak 1447H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Saya dan seluruh warga ISDEF ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam.

Semoga Ramadan ini menjadi medan untuk kita memperkukuh ukhuwah, mempertingkat keikhlasan dalam setiap amal, serta memperbanyakkan usaha kebajikan demi kesejahteraan ummah. Mudah-mudahan setiap sumbangan dan pengorbanan yang dilaksanakan pada bulan mulia ini diterima dan digandakan ganjarannya oleh Allah SWT.

Marilah kita bersama-sama menghidupkan Ramadan dengan semangat memberi, menyantuni dan membina masa depan yang lebih sejahtera.

31/12/2025

✨ Selamat Tahun Baru 2026 ✨�Daripada Islamic Socioeconomic Development Foundation (ISDEF)

Semoga tahun 2026 membawa kemajuan yang berterusan, memperkukuh kerjasama strategik serta memperluaskan impak pembangunan sosioekonomi ummah.

ISDEF merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan kepercayaan semua pihak.�
Bersama, kita terus komited membina masa depan yang mampan dan berintegriti.

✨ Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar FRSB 2025 ✨Alhamdulillah, hari ini berlangsungnya Majlis Apresiasi Kecemerlanga...
28/11/2025

✨ Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar FRSB 2025 ✨

Alhamdulillah, hari ini berlangsungnya Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar FRSB yang meraikan pencapaian cemerlang para pelajar sepanjang sesi akademik 2024/2025.

Terima kasih di atas jemputan dan ISDEF berbesar hati menaja Hadiah Reka Bentuk Madani, satu penghargaan yang mengiktiraf idea, kreativiti dan inovasi dalam melahirkan karya rekabentuk yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi ISDEF, Tuan .mohd.noor sebagai simbol sokongan berterusan kami terhadap pembangunan bakat muda dalam bidang seni bina, rekabentuk dan perindustrian.

Tahniah kepada semua penerima anugerah! Teruskan berkarya, terus mencipta nilai, dan terus memberi impak.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Address

Jalan Diplomatik, Presint 15
Putrajaya
62050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Islamic Socioeconomic Development Foundation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Islamic Socioeconomic Development Foundation:

Share