Pertubuhan Warisan Pendekar Negeri Kedah Official

Pertubuhan Warisan Pendekar Negeri Kedah Official MEMERTABATKAN PERSILATAN WARISAN PENDEKAR MELAYU NEGERI KEDAH .

Syawal kembali menjelma membawa seribu rahmat. Di kesempatan ini, saya dan keluarga ingin menyusun sepuluh jari memohon ...
20/03/2026

Syawal kembali menjelma membawa seribu rahmat. Di kesempatan ini, saya dan keluarga ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala silap yang sengaja mahupun tidak sengaja.

_*Mekar melur di tengah taman,_
_Harum baunya di pagi hari,_
_Sebulan kita teguhkan iman,_
_Syawal disambut sucikan diri_

_Laju sampan di muara sungai,_
_Membawa dagangan ke hujung jeti,_
_Andai ada bicara yang melukai,_
_Ampunkan kami setulus hati.*_

*Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H. Maaf Zahir & Batin*. Semoga ukhuwah kita terus mekar seperti harumnya bunga di pagi Syawal. 🌺"

Al fatihah .Telah Kembalinya Ke Rahmatullah Sahabat Kami.Cikgu Ku Azmi Bin Ku Seman .Mantan AJK Pertubuhan Warisan Pende...
21/12/2025

Al fatihah .

Telah Kembalinya Ke Rahmatullah Sahabat Kami.Cikgu Ku Azmi Bin Ku Seman .Mantan AJK Pertubuhan Warisan Pendekar Negeri Kedah .Pada Tanggal 20-12-2025 .

Pihak Pertubuhan Warisan Pendekar Negeri Kedah Mengucapkan Takziah Buat Keluarga Cikgu Ku Azmi Dan Menghargai Sumbangan Serta Jasa Bakti Cikgu Ku Azmi Dalam Memertabatkan Seni Persilatan Melayu Negeri Kedah Dan Nusantara amnya .

17/11/2025
01/11/2025



Usah merasa terlalu hebat...
Ego & angkuh sifat nya dzulmat...

Sesiapa jua tak mampu renang & selam di segenap permukaan & di dasar lautan...

Dan, tiada seorang pun di antara kita yang mampu berjalan ke hujung bumi dan menceritakan perihal keadaan kaki langit.

Justeru itu...
Akui lah bahawa...
Diri ini adalah ciptaan...
Sebagai abdi kepada Al Khaliq...
Dan usah mengaku sebagai Tuhan...
Jangan rasa telah ‘bersatu’ dengan Nya...
ALLAH MAHA PENGUASA...
MAHA SUCI ALLAH DARI SEGALA SESUATU...

-Tokdee

Waktu hampir tiba❗Bergemalah wahai serunai!Berdentumlah wahai gendang!Biar setiap nafas pesilat membakar semangat bangsa...
09/10/2025

Waktu hampir tiba❗

Bergemalah wahai serunai!
Berdentumlah wahai gendang!
Biar setiap nafas pesilat membakar semangat bangsa, biar setiap mata yang memandang terasa gelora dalam dada.

Kerana di sini — di bawah langit Palmera —
kita bukan sekadar berjuang untuk menang,
tetapi untuk menyambung nyawa warisan yang menjadikan kebangkitan kita Nusantara.

Lihatlah — pewaris darah kesatria menjunjung warisan silam, berpakaian indah, bersulam makna. Mereka bukan sekadar bersilat, tetapi sedang mengangkat roh perjuangan nenek moyang ke pentas zaman moden. Tiap langkah mereka adalah doa, tiap hayunan tangan adalah janji: bahawa seni dan budaya bangsa ini tidak akan lenyap ditelan arus teknologi dunia moden.

Dewan Puteri Palmera ini bukan sekadar tempat — ia adalah medan jiwa, tempat di mana semangat persaudaraan, kasih sayang, dan cinta terhadap budaya bertemu dalam satu denyutan.

Allahu Akbar3x

09/10/2025

Waktu hampir tiba❗

Bergemalah wahai serunai!
Berdentumlah wahai gendang!
Biar setiap nafas pesilat membakar semangat bangsa, biar setiap mata yang memandang terasa gelora dalam dada.

Kerana di sini — di bawah langit Palmera —
kita bukan sekadar berjuang untuk menang,
tetapi untuk menyambung nyawa warisan yang menjadikan kebangkitan kita Nusantara.

Lihatlah — pewaris darah kesatria menjunjung warisan silam, berpakaian indah, bersulam makna. Mereka bukan sekadar bersilat, tetapi sedang mengangkat roh perjuangan nenek moyang ke pentas zaman moden. Tiap langkah mereka adalah doa, tiap hayunan tangan adalah janji: bahawa seni dan budaya bangsa ini tidak akan lenyap ditelan arus teknologi dunia moden.

Dewan Puteri Palmera ini bukan sekadar tempat — ia adalah medan jiwa, tempat di mana semangat persaudaraan, kasih sayang, dan cinta terhadap budaya bertemu dalam satu denyutan.

Allahu Akbar3x .

U N A F

Sukacita di maklumkan merujuk kepada agenda serta ketetapan berikut :Agenda - *Festival Seni Gayung Fatani Nusantara*Ber...
20/09/2025

Sukacita di maklumkan merujuk kepada agenda serta ketetapan berikut :

Agenda - *Festival Seni Gayung Fatani Nusantara*

Bertarikh : *17 Oktober - 20 Oktober 2025*

Bertempat : *Dewan Puteri Palmera Glass Hall, Langgar, Pokok Sena*

Anjuran : *Pertubuhan Seni Silat Gayung Fatani Bukit Singgora,Pokok Sena*

Rakan Strategik : *Pertubuhan Warisan Pendekar Negeri Kedah*

Dengan ini Pertubuhan Warisan Pendekar Negeri Kedah berbesar hati memaklumkan satu festival persilatan yang julung kalinya pada tahun ini akan berlangsung pada ketetapan seperti yang telah di nyatakan seperti diatas.

Satu usahasama untuk melestarikan seni persilatan Melayu telah termetri di antara perguruan perguruan Silat Gayung Fatani sekitar kedah untuk bersama sama menjayakan satu agenda yang di beri nama FESTIVAL SENI SILAT GAYUNG FATANI NUSANTARA .

Sebagai Rakan Strategik di dalam agenda menjayakan program ini , pihak Pertubuhan Warisan Pendekar Negeri Kedah menjemput semua PERGURUAN GELANGANG SILAT .PEMINAT DAN PENGAMAL PERSILATAN MELAYU UNTUK TURUT SERTA MENJAYAKANNYA .

Bagi menyemarakkan lagi festival ini .Dijemput semua perguruan persilatan untuk mengambil bahagian menyertai *PERTANDINGAN TARI SILAT SOLO* - (Yuran penyertaan 30 Ringgit Malaysia ) bagi tujuan mempamerkan kepelbagaian seni silat yang berada di Negeri Kedah kepada rakan rakan kita yang hadir daripada dalam dan luar negara. Peluang ini dibuka utk semua perguruan dan persilatan.

In Shaa Allah .Antara yang akan hadir terdiri daripada Negara Indonesia,Thailand.Singapura,Brunai dan lain lagi .

Sekian .

*Yang Mengundang* .

YDP PERTUBUHAN WARISAN PENDEKAR NEGERI KEDAH

AHLI JAWATANKUASA SERTA KESELURUHAN PENGERAK KERJA PROGRAM FESTIVAL SENI GAYUNG NUSANTARA 2025.

Sekalung ucapan TAHNIAH kepada Ayahda YM DATO DR RAJA ABDUL MAJID BIN YM RAJA MAT ISA di atas penganugerahan.Sebagai PEN...
17/09/2025

Sekalung ucapan TAHNIAH kepada Ayahda YM DATO DR RAJA ABDUL MAJID BIN YM RAJA MAT ISA di atas penganugerahan.Sebagai PENDEKAR UTAMA NEGARA .

Dari Pertubuhan Warisan Pendekar Negeri Kedah Official

05/09/2025
30-08-2025 .Terima Kasih kepada MAJLIS SAYAP KANAN.PERTUBUHAN MAJLIS AYAHDA AYAHDA KEDAH ( M A A K) Di atas jemputan pro...
30/08/2025

30-08-2025 .

Terima Kasih kepada MAJLIS SAYAP KANAN.PERTUBUHAN MAJLIS AYAHDA AYAHDA KEDAH ( M A A K) Di atas jemputan program SAMBUTAN MALAM SEMARAK PERJUANGAN KEMERDEKAAN.

Ahli jawatan kuasa Pertubuhan Warisan Pendekar Negeri Kedah hadir me'raikan jemputan .

Terima kasih kepada Pertubuhan Seni Silat Jawa Betawi Cawangan Penjara Pokok Sena di atas undangan ke majlis perasmian p...
22/08/2025

Terima kasih kepada Pertubuhan Seni Silat Jawa Betawi Cawangan Penjara Pokok Sena di atas undangan ke majlis perasmian pembukaan gelangang silat .

Turut hadir Pengarah dan Tim Pengarah penjara pokok sena serta YDP Pertubuhan Warisan Pendekar Negeri Kedah .

22 -08-2025 .

Address

Warisan Pendekar
Alor Setar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Warisan Pendekar Negeri Kedah Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share