GPMS Kedah

GPMS Kedah Portal Rasmi Facebook Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Kedah

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Kedah adalah satu badan NGO yang bermatlamat untuk memperjuangkan kepentingan pendidikan orang Melayu khususnya di negeri Kedah. Video Korporat GPMS Negeri Kedah:
2011 - http://youtu.be/yAlTyYDe9RI
2014 - http://youtu.be/87StkS0uP-A

Sejarah GPMS Malaysia:
http://www.gpms.my/node/145

Lagu Rasmi GPMS:
http://youtu.be/z5AnQGM0AgY

Portal Rasmi Youtube:
https://www.youtube.com/channel/UCcMKL5AsXcO6Xco1L-C-50w

08/05/2026

Katanya, segala taktik memutar belit kenyataan demi menjaga kepentingan industri tertentu atau kelangsungan politik sempit mesti dihentikan serta-merta.

05/05/2026

BARISAN MAJLIS PRESIDEN GPMS SESI 2025–2028

Alhamdulillah, barisan kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi sesi 2025–2028 kini lengkap dengan gabungan tenaga muda, profesional dan berpengalaman dari seluruh negara.

Dipimpin oleh Pengerusi, Azwan Hussain (Kelantan) bersama Timbalan Pengurusi, Wan Muhammad Hafizzul (Pahang) barisan ini turut diperkuatkan oleh kepimpinan negeri, barisan korporat serta Felo Presiden yang akan menjadi tulang belakang kepada gerak kerja organisasi.

Ini bukan sekadar susunan nama tetapi satu amanah besar untuk:
✔ Memperkasa agenda pendidikan Melayu
✔ Memperjuangkan kebajikan pelajar
✔ Membina kepimpinan masa depan yang berdaya saing

GPMS mesti terus relevan, progresif dan menjadi suara pendidikan yang dihormati.

Selamat menjalankan amanah kepada seluruh barisan kepimpinan. Ayuh kita gerakkan GPMS ke tahap yang lebih tinggi.

RESULT ANAK MASIH MERAH? JANGAN TUNGGU SAMPAI SPM!Mak bapa di Alor Setar pening kepala tengok result ujian anak baru-bar...
04/05/2026

RESULT ANAK MASIH MERAH? JANGAN TUNGGU SAMPAI SPM!

Mak bapa di Alor Setar pening kepala tengok result ujian anak baru-baru ni? Masih banyak 'G' & 'E' dalam report card? Masa tak tunggu kita, SPM 2026 makin dekat!

Di Pusat Akademik GPMS Kedah, kami bukan sekadar tuisyen biasa. Kami fokus pusingkan result "GAGAL" ke "LULUS", yang "LULUS" ke "SKOR A"!

🚀 SUBJEK "PEMBUNUH" YANG KAMI PAKAR:
✅ Add Math | Fizik | Kimia | Biologi
✅ Ekonomi | Perakaunan | Perniagaan
✅ Subjek Teras (BM, BI, Math, Sains)

💡 KENAPA GPMS JADI PILIHAN?
✔️ Teknik Potong Kompas: Fokus pada topik yang keluar exam sahaja.
✔️ Modul 'Fast-Track': Tak payah hafal buku teks, kita ajar cara skor markah.
✔️ Cikgu Berpengalaman: Bukan sekadar mengajar, tapi mentor yang faham psikologi pelajar.
✔️ Lokasi Strategik: Tengah bandar Alor Setar (Selesa & Kondusif)

📍 Lokasi:
Pejabat Rasmi GPMS Negeri Kedah
1546 & 1546A, Tingkat 2, Jalan Sultan Badlishah,
05000 Alor Setar

🔥 TAWARAN TERHAD
Daftar minggu ini jangan biar anak hampa tertinggal. Bertindak sekarang sebelum kelas penuh!

📲 WhatsApp Terus:
[https://wa.me/60103217440]

09/04/2026

‼️𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍‼️

🗣 HEBAHAN BUAT PENDUDUK NEGERI KEDAH 🔰🔰🔰

📌 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐔𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐑𝐈𝐊𝐔𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐒𝐇𝐀𝐌𝐒 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐋𝐙𝐍𝐊 (𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔)

📝 LZNK dengan sukacitanya sedang mencari pelajar asnaf miskin lepasan SPM yang berkelayakan dan ingin melanjutkan pelajaran dengan tajaan ke peringkat Matrikulasi 𝐔𝐧𝐢𝐒𝐇𝐀𝐌𝐒 bagi sesi kemasukan 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔.

➡️ Apa kelebihan tajaan ini ❓

✅ Pelajar yang layak temuduga dan tapisan akan menerima tajaan seperti berikut :
✓ 𝐘𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧
✓ 𝐘𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐬𝐫𝐚𝐦𝐚
✓ 𝐄𝐥𝐚𝐮𝐧 𝐒𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩

✅Penerima tajaan ini juga berpeluang menerima Tajaan Pendidikan LZNK diperingkat Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS (Menunjukkan prestasi yang baik dalam pengajian diperingkat ASASI).

✅ Kemasukan ke UniSHAMS akan diuruskan oleh LZNK selepas lulus temuduga dan disahkan menerima Tajaan LZNK.

✅ Semua Bidang Pengajian diperingkat Asasi di UniSHAMS adalah layak untuk dipilih dengan memohon kemasukan ASASI seperti berikut :

𝐀𝐒𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐀𝐈𝐍𝐒, 𝐀𝐒𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 & 𝐀𝐒𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌.

Semak kelayakan anda di sini !!!
🔗https://bit.ly/MATRIKUNISHAMS2026LZNK

➡️ Bagaimana Cara untuk Memohon❓

👉 ▪Aplikasi atas talian (Melalui Pautan) berikut :⤵️
🔗 https://bit.ly/MATRIKUNISHAMS2026LZNK

Kepada seluruh ahli masyarakat, jika bertemu dengan golongan asnaf miskin yang berkelayakan, jom bantu mereka untuk dapatkan peluang tajaan pengajian dibawah asnaf miskin ini.

❗Peringatan❗
▪Setiap pemohonan dibuat secara atas talian

✅ Tarikh Tutup Permohonan?
📆 𝟑𝟏 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔

📍 Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga
📍 Kuota adalah terhad.

✅ Sebarang persoalan boleh hubungi :⤵️
Divisyen Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah

📞 1800-88-1740 sambungan ke Divisyen Pendidikan
Whatsapp : http://wasap.my/6013-4592071
📩Email : [email protected]
📲 Facebook : Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman
" Zakat Anda Merubah Asnaf "
Bantu kami Cari Asnaf !

▶ Panjangkan makluman ini, untuk kebaikan dan memastikan anak-anak asnaf tidak tercicir dan dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
-------------------------------
Semak dan bayar zakat anda disini :⤵️
🔗 https://jom.zakatkedah.com.my/

Sumber : Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman











KENYATAAN MEDIAGPMS KEDAH SERU PENDEKATAN HOLISTIK TINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN NEGERIGPMS Kedah merakamkan setinggi-ti...
08/04/2026

KENYATAAN MEDIA
GPMS KEDAH SERU PENDEKATAN HOLISTIK TINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN NEGERI

GPMS Kedah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada 24 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari negeri Kedah yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang semua A. Pencapaian ini mencerminkan potensi besar yang dimiliki oleh anak-anak Kedah serta hasil usaha gigih pelajar, guru dan ibu bapa dalam memastikan kecemerlangan akademik terus dicapai.

Namun demikian, GPMS Kedah berpandangan bahawa pencapaian ini perlu dinilai secara lebih menyeluruh. Perkara yang wajar diberi perhatian adalah Kedah masih ketinggalan dari segi peratusan keseluruhan kecemerlangan pelajar berbanding negeri-negeri lain. Keadaan ini menunjukkan bahawa kejayaan yang diraih masih belum bersifat inklusif dan belum mencerminkan peningkatan menyeluruh dalam sistem pendidikan negeri.

Sehubungan itu, GPMS Kedah menyeru agar semua pihak berkepentingan termasuk kerajaan negeri, pihak sekolah, guru, ibu bapa serta komuniti setempat memperkukuhkan kerjasama strategik dalam merangka pendekatan yang lebih komprehensif dan berimpak tinggi. Fokus perlu diberikan kepada usaha merapatkan jurang pencapaian, khususnya melibatkan pelajar di kawasan luar bandar dan berkeperluan sokongan tambahan.

GPMS Kedah komited untuk terus memainkan peranan sebagai rakan strategik dalam memperkasa agenda pendidikan negeri demi melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja cemerlang, tetapi juga berdaya saing dan holistik.

“Belajar Terus Belajar”

AMEERUL ZAFRAN BIN SAIFUL AMIR
KETUA PENERANGAN GPMS NEGERI KEDAH
7 APRIL 2026

07/04/2026

"Satu hari nanti bila Fakhrul berjaya, jangan lupa ayah dan mak yang memerah keringat hanya dengan hasil jualan pisang goreng," - Asyraf Wajdi

Rezeki tidak pernah salah alamat, Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkongsi bahawa MARA akan membantu Fakhrul Iman Zainudin yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2025 untuk melanjutkan pengajian ke Jordan.

Fakhrul sebelum ini menyatakan hasratnya untuk menyambung pengajian ke negara Timur Tengah dan bercita-cita menjadi pensyarah.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Asyraf berkata Fakhrul dan ibu bapanya hadir ke pejabatnya pada pagi tadi untuk meneroka peluang-peluang pembiayaan pelajaran MARA.

"Melihat slip keputusan beliau, saya amat teruja dan terus mencadangkan supaya beliau masuk dalam program khas ke Jordan yang MARA sediakan bagi pelajar-pelajar Tahfiz yang cemerlang untuk memperdalami bidang Syariah, pengkhususan dalam bidang Ekonomi dan Kewangan Islam," katanya.

Dalam pertemuan itu, Asyraf juga sempat 'menebuk' bacaan Al-Quran Fakhrul.

“Kalau berjaya ujian tebuk ni, baru MARA pertimbangkan untuk lulus permohonan Fakhrul," katanya berseloroh.

Sumber: Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Pejam celik dah hari kedua kami berkampung kat River Side Tandop! Panas lit-lit pun tak heran, janji jentera GPMS Negeri...
03/04/2026

Pejam celik dah hari kedua kami berkampung kat River Side Tandop!
Panas lit-lit pun tak heran, janji jentera GPMS Negeri Kedah “on fire” pastikan booth jualan laku keras dan urusan teknikal semua jalan lancar.

Paling gempak, jentera GPMS dah berjaya “tapau” 4 hadiah untuk sukan rakyat setakat ni! Memang padu ukhuwah jentera kita kali ni.

Terima kasih orang Loqstaq yang singgah borong barang jualan GPMS sampai tak menang tangan. Sapa yang belum mai, esok hari TERAKHIR! Jom pakat mai serbu booth GPMSNK dan meriahkan festival ni. Jumpa hampa esok!

“BELAJAR TERUS BELAJAR”

AnakKedahBoleh BelajarTerusBelajar GPMSNKOnTheMove

JOM SERBU: FESTIVAL SENI BUDAYA & CABARAN WAU KEDAH 2026! 🪁Kedah Mai Lagi! Kali ini GPMS Negeri Kedah turun padang memer...
02/04/2026

JOM SERBU: FESTIVAL SENI BUDAYA & CABARAN WAU KEDAH 2026! 🪁

Kedah Mai Lagi! Kali ini GPMS Negeri Kedah turun padang memeriahkan Festival Seni Budaya & Cabaran Wau Kedah Peringkat Kebangsaan 2026.

Hampa bosan duduk rumah? Nak tengok wau tercantik di Malaysia terbang tinggi? Nak rasa vibe 'Rare' budaya kita? Inilah masanya!

📍 Lokasi: River Side D Telok Bagan, Alor Setar (Batu 2 1/2 Tandop)
📅 Tarikh: 2 - 4 April 2026 (Khamis - Sabtu)
⏰ Masa: 7.30 Pagi - 7.00 Malam

Kenapa hampa WAJIB mai?
✅ Cabaran Wau: Saksikan kehebatan teknikal pemain wau dari seluruh negara.
✅ Jualan RAHMAH Madani: Barang dapur murah, ikan segar pun ada!
✅ Persembahan Non-Stop: Tarian Singa, Wushu, Silat, Sumazau & Puisi (Vibe Malaysia Madani habis!)
✅ Aktiviti Sukan Rakyat: Kayak, Mewarna, Kerabu Jantung Pisang & banyak lagi.
✅ Hadiah Utama: RM1,500 menanti pemenang!

GPMS Negeri Kedah komited menyokong usaha memartabatkan warisan seni budaya agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Ini platform terbaik untuk anak muda tengok sendiri betapa kayanya budaya kita.

Ajak mak ayah, kawan-kawan, dan jiran sebelah. Kita bagi penuh Telok Bagan hujung minggu ni!

“BELAJAR TERUS BELAJAR”

LOGISTIK & PERSIAPAN TAPAK: FESTIVAL SENI BUDAYA & CABARAN WAU KEDAH 2026Susulan Mesyuarat Penyelarasan pada 29 Mac lalu...
02/04/2026

LOGISTIK & PERSIAPAN TAPAK: FESTIVAL SENI BUDAYA & CABARAN WAU KEDAH 2026

Susulan Mesyuarat Penyelarasan pada 29 Mac lalu, GPMS Negeri Kedah semalam (1 April) telah turun padang bagi melakukan tinjauan tapak (site visit) di lokasi penganjuran Festival Seni Budaya dan Cabaran Wau Kedah 2026.

Tinjauan ini penting bagi memastikan:
📍 Laluah masuk dan pergerakan pengunjung serta peserta teknikal wau adalah efisien dan selamat.
⛺ Pihak kontraktor telah memberikan komitmen bahawa pemasangan khemah akan siap sepenuhnya menjelang esok bagi memudahkan urusan pendaftaran dan operasi.
🛠 Memastikan tapak “layangan” wau bebas daripada halangan teknikal demi keselamatan semua pihak.

Jawatankuasa Tertinggi GPMSNK sendiri hadir memantau bagi memastikan kebajikan sukarelawan dan kualiti penyertaan anak muda Kedah berada pada tahap terbaik. Kami mahu pastikan festival ini bukan sekadar gah pada nama, tetapi lancar dari segi pengurusan di lapangan.

Doakan urusan persiapan akhir kami dipermudahkan. Jumpa hampa esok di hari pertama festival! 🪁

“BELAJAR TERUS BELAJAR”

SeniBudaya PersiapanAkhir BelajarTerusBelajar

MESYUARAT PENYELARASAN: FESTIVAL SENI BUDAYA & CABARAN WAU KEDAH 202629 Mac 2026 - GPMS Negeri Kedah hadir memenuhi jemp...
02/04/2026

MESYUARAT PENYELARASAN: FESTIVAL SENI BUDAYA & CABARAN WAU KEDAH 2026

29 Mac 2026 - GPMS Negeri Kedah hadir memenuhi jemputan Mesyuarat Akhir Penyelarasan bagi menjayakan Festival Seni Budaya dan Cabaran Layang-Layang (Wau) Kedah 2026 yang akan berlangsung pada 2 hingga 4 April ini.

Sebagai NGO yang dekat dengan akar umbi pelajar dan belia, GPMS Negeri Kedah komited untuk memastikan penglibatan anak muda dalam memartabatkan khazanah seni budaya kita tidak terpinggir. Kehadiran kami bersama agensi keselamatan dan jabatan teknikal lain seperti PDRM, BOMBA, KKM, dan MARA adalah bagi memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang festival berlangsung.

Setiausaha Negeri (SUN) hadir memberikan input strategik, khususnya dalam aspek mobilisasi pelajar dan belia untuk memeriahkan acara berprestij ini.

Jumpa hampa di sana nanti! Ayuh kita meriahkan festival ini dengan semangat jati diri anak Kedah.

“BELAJAR TERUS BELAJAR”

SeniBudaya BelajarTerusBelajar GPMSNKOnTheMove

Address

Pejabat Rasmi GPMS Negeri Kedah, 1546 & 1546A. Jalan Sultan Badlishah
Alor Setar
05000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GPMS Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to GPMS Kedah:

Share