MEDIA - Pertubuhan Amal Kebajikan Insan Muafakat - AMIN

Directions Contact the organization

MEDIA - Pertubuhan Amal Kebajikan Insan Muafakat - AMIN Badan kebajikan yang sah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾31 Ogos 2026 | Hari Kebangsaan MalaysiaDengan penuh rasa syukur dan bangga,...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

31 Ogos 2026 | Hari Kebangsaan Malaysia

Dengan penuh rasa syukur dan bangga, Pertubuhan Amal Kebajikan Insan Muafakat (A.M.I.N.) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia. 🇲🇾❤️
Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini adalah hasil perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu. Maka, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk terus memelihara keamanan, memperkukuhkan perpaduan dan menyemai semangat saling membantu tanpa mengira perbezaan.
Semoga semangat Malaysia MADANI terus menyatukan kita sebagai sebuah keluarga besar yang prihatin, saling menghormati dan sentiasa menghulurkan tangan kepada mereka yang memerlukan.
Bersama kita menjaga keamanan.
Bersama kita menyemai kasih sayang.
Bersama kita membina Malaysia yang lebih baik.
🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾

Ikhlas daripada,
Pertubuhan Amal Kebajikan Insan Muafakat (A.M.I.N.)







ALHAMDULILLAH, PEMERIKSAAN KDN SELESAI DILAKSANAKAN 🤲Alhamdulillah, pada 25 Ogos 2026, Pertubuhan Amal Kebajikan Insan M...
26/08/2026

ALHAMDULILLAH, PEMERIKSAAN KDN SELESAI DILAKSANAKAN 🤲

Alhamdulillah, pada 25 Ogos 2026, Pertubuhan Amal Kebajikan Insan Muafakat (A.M.I.N.) telah selesai menjalani pemeriksaan bernotis daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pemeriksaan telah dijalankan oleh En. Ghazali dan En. Hisyam yang meliputi aspek kepatuhan pertubuhan, dokumentasi pentadbiran serta laporan kewangan.

Hasil pemeriksaan mendapati semua dokumen dan rekod pertubuhan adalah lengkap dan teratur, manakala laporan kewangan pertubuhan juga berada dalam keadaan bersih, lengkap dan diurus dengan cekap.

Secara keseluruhannya, semua dokumentasi Setiausaha dan laporan kewangan Bendahari adalah lengkap serta berada dalam keadaan baik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua barisan AJK serta pihak yang telah memberikan kerjasama dalam memastikan urusan pentadbiran pertubuhan sentiasa teratur dan telus.

Alhamdulillah atas segala kelancaran. Semoga A.M.I.N. terus istiqamah dalam melaksanakan amanah dan memberi manfaat kepada masyarakat. 🤲❤️





🌙✨ SALAM AIDILADHA 1447H ✨🌙Pertubuhan Amal Kebajikan Insan Muafakat (A.M.I.N) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha ke...
26/05/2026

🌙✨ SALAM AIDILADHA 1447H ✨🌙
Pertubuhan Amal Kebajikan Insan Muafakat (A.M.I.N) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang yang dizahirkan pada hari mulia ini membawa keberkatan, mengeratkan silaturahim serta meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT.
🕋 Taqabbalallahu Minna Wa Minkum
Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima oleh-Nya.
💚 Mohon Maaf Zahir & Batin 💚



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana pada hari ini kami berkesempatan menghadiri majlis bacaan Yassin dan do...
11/04/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana pada hari ini kami berkesempatan menghadiri majlis bacaan Yassin dan doa selamat sempena pemergian bendahari Pertubuhan Amal Kebajikan Insan Muafakat (A.M.I.N) En.Hamidi Bin Ayob untuk menunaikan fardhu haji. 🕋🤲
Dalam suasana penuh kesyukuran dan ukhuwah, kami bersama-sama menadah tangan memohon agar segala urusan beliau dipermudahkan, diberikan kesihatan yang baik, perjalanan yang selamat, serta dikurniakan haji yang mabrur dan diterima segala amal ibadah, insya-Allah.
Semoga doa yang dipanjatkan bersama pada hari ini menjadi pengiring perjalanan beliau ke Tanah Suci dan mengeratkan lagi silaturahim sesama ahli Pertubuhan Amal Kebajikan Insan Muafakat (A.M.I.N) dalam meneruskan kerja-kerja kebajikan.
Mohon sahabat-sahabat semua turut sama mendoakan agar segala urusan dipermudahkan. 🤍

-09 April 2026-Alhamdulillah, baru-baru ini kami bersama team telah berkesempatan menyampaikan sumbangan sebuah kerusi r...
09/04/2026

-09 April 2026-
Alhamdulillah, baru-baru ini kami bersama team telah berkesempatan menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda kepada seorang pesakit strok. En Azhar Bin Mat yang tinggal bersama anaknya di Kg.Lorong Air Masin,Batas Paip Kuala Kedah.
Semoga sumbangan kecil ini dapat membantu memudahkan urusan harian beliau serta memberi sedikit kelegaan kepada keluarga yang menjaga. Kami amat bersyukur kerana diberi peluang untuk berkongsi rezeki dan menabur bakti kepada mereka yang memerlukan.
Terima kasih kepada semua ahli team yang turut sama menjayakan usaha murni ini. Semoga segala kebaikan dan keikhlasan kita semua mendapat keberkatan serta ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

🌙✨ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ✨🌙Alhamdulillah, setelah sebulan kita menunaikan ibadah di bulan Ramadan, kini Syawal me...
20/03/2026

🌙✨ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ✨🌙
Alhamdulillah, setelah sebulan kita menunaikan ibadah di bulan Ramadan, kini Syawal menjelma membawa sinar kegembiraan.
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua.
Ampun dan maaf dipohon atas segala salah dan silap, sama ada sengaja atau tidak sengaja.
Semoga Aidilfitri kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita 🤲
💚 Taqabbalallahu minna wa minkum 💚
Ikhlas daripada,
Pertubuhan Amal Kebajikan Insan Muafakat.



19/03/2026

-18 Mac 2026-
✨ Indahnya Berkongsi, Manisnya Memberi ✨
Semalam berkesempatan bersama team menyantuni anak-anak di rumah anak yatim ❤️
Kami bawa sedikit sumbangan berupa ketupat frozen dan ketupat rebus, rendang daging dan juga duit raya.
Walaupun tak seberapa, tapi melihat senyuman mereka sudah cukup memberi kebahagiaan yang tak ternilai 🤲
Semoga sedikit usaha ini memberi keceriaan buat mereka, dan semoga kita semua terus diberi peluang untuk berkongsi rezeki di masa akan datang.
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain.”

09/03/2026

-8 Mac 2026-
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk bersama-sama menjayakan Majlis Iftar Bersama Anak-Anak Yatim Darul Aitam.
Melihat senyuman dan kegembiraan mereka ketika berbuka puasa bersama benar-benar menyentuh hati. Walaupun mungkin kecil pada pandangan kita, namun bagi mereka ia membawa seribu makna.
Semoga sedikit usaha dan sumbangan ini dapat menceriakan mereka dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga setiap kebaikan yang dilakukan dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda oleh Allah SWT.
“Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.” 🤲✨

🌙 SALAM NUZUL AL-QURAN 1447H 🌙Salam Nuzul Al-Quran buat semua umat Islam.Semoga kita semua sentiasa diberi kekuatan untu...
07/03/2026

🌙 SALAM NUZUL AL-QURAN 1447H 🌙
Salam Nuzul Al-Quran buat semua umat Islam.
Semoga kita semua sentiasa diberi kekuatan untuk membaca, memahami dan mengamalkan isi Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Marilah kita mengambil keberkatan malam yang mulia ini dengan memperbanyakkan doa, zikir dan amal ibadah.
Semoga Al-Quran sentiasa menjadi panduan dan cahaya dalam hidup kita.
Salam Nuzul Al-Quran kepada semua.
Semoga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT. 🤲✨

Selamat menyambut bulan Ramadan yang suci! Semoga bulan ini menjadi kesempatan bagi kita untuk memperbaiki diri, meningk...
17/02/2026

Selamat menyambut bulan Ramadan yang suci! Semoga bulan ini menjadi kesempatan bagi kita untuk memperbaiki diri, meningkatkan keimanan, dan menumbuhkan rasa kasih sayang kepada sesama. Mari kita sambut Ramadan dengan hati yang penuh syukur dan kebahagiaan.

Address

No 30, Taman Perpaduan, Batas Paip, Kuala Kedah
Alor Setar
06600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MEDIA - Pertubuhan Amal Kebajikan Insan Muafakat - AMIN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MEDIA - Pertubuhan Amal Kebajikan Insan Muafakat - AMIN:

Shortcuts

Share