04/01/2026
"Ingatkan Lepas Maduro Kena Angkut Drama Dah Habis. Rupanya Naga Besar Dah Bangun Mengamuk. China Terus 'Banned' Orang Amerika!"
Ingatkan bila Amerika dah berjaya "bungkus" Nicolas Maduro kat Venezuela tu, drama dah habis.
Kita ingat lepas Trump umum nak sapu minyak Venezuela, dunia akan diam dan akur je dengan kuasa besar tu.
Rupa-rupanya, sangkaan kita meleset.
Itu baru intro je bos.
Sekarang ni, "Naga Besar" dari Timur iaitu China, dah mula hembus nafas api.
Tengok berita terkini ni, China secara rasminya mengumumkan larangan sepenuhnya atau total ban ke atas pelancong dari Amerika Syarikat untuk masuk ke negara dorang.
Ini bukan merajuk biasa-biasa ni.
Ini adalah tindak balas diplomatik level tertinggi.
Presiden China, Xi Jinping sendiri yang turun padang mengecam tindakan ketenteraan Donald Trump kat Venezuela dan penahanan Maduro tu.
Kenapa China melenting sampai macam ni sekali?
Adakah sebab dorang sayang sangat kat pelancong Amerika? Tak ada maknanya.
China buat macam ni sebab dorang nampak tindakan Amerika menculik Presiden negara berdaulat adalah satu duluan atau precedent yang sangat berbahaya.
Bagi Beijing, kalau hari ni Amerika boleh s**a hati langgar kedaulatan Venezuela, culik Presiden dan isytihar nak ambil minyak orang, esok lusa tak mustahil Amerika buat benda yang sama kat sekutu China yang lain.
Silap-silap dorang cuba buat kat wilayah China sendiri.
Jadi, larangan pelancong ni adalah satu isyarat atau "warning shot".
Xi Jinping dah bagi amaran pasal "kesan diplomatik yang serius".
Maksudnya, hubungan dua gergasi ekonomi ni dah retak menanti belah.
Bila China banned pelancong AS, ini akan pukul ekonomi syarikat penerbangan dan agensi pelancongan Amerika.
Tapi yang lebih menakutkan, ini mungkin permulaan kepada Perang Dingin fasa baru yang lebih agresif.
Dunia sekarang nampaknya dah betul-betul terbelah dua.
Satu blok geng Amerika yang tengah mabuk kuasa rasa dorang polis dunia.
Satu lagi blok China (dan mungkin Rusia) yang tengah menyusun langkah nak lawan balik ketamakan Barat ni.
Keadaan sekarang makin genting.
Bila gajah sama gajah dah mula bertembung secara terbuka macam ni, kita yang negara-negara kecil kat tengah-tengah ni lah yang paling risau.
Takut nanti bila dorang bergaduh, ekonomi dunia yang jadi mangsa dan kita pelanduk ni yang mati tersepit kat celah-celah tu.
Apa pun, tindakan China ni membuktikan satu benda.
Amerika mungkin rasa dorang paling kuat lepas berjaya "kendurikan" Venezuela, tapi China baru je hantar mesej yang dorang takkan duduk diam tengok Amerika buat ses**a hati.
Gelanggang dah dibuka dan pusingan seterusnya ni nampak gaya lagi ganas.
MasyaAllah, lihatlah betapa rapuhnya keamanan dunia apabila dua gergasi mula menunjukkan taring masing-masing demi mempertahankan ego dan kuasa.
Hari ini satu negara tumbang, esok lusa mungkin ekonomi dunia p**a bergegar akibat pertembungan dua benua ini.
Ketegangan ini menjadi peringatan keras buat kita bahawa tiada kuasa yang kekal abadi melainkan kekuasaan Allah SWT.
Di saat gajah sama gajah berjuang dan dunia semakin tidak menentu, kita sebagai hamba yang kerdil ini perlulah sentiasa bersujud memohon perlindungan-Nya, agar tanah air kita tidak terheret sama ke dalam kawah kehancuran yang dicipta oleh tangan-tangan manusia yang rakus.
___
Korang dah ada ke buku saya ni?
Buku Keajaiban-Keajaiban Dunia membawa pembaca mengembara ke tujuh bahagian menakjubkan yang menggabungkan sains, sejarah dan keindahan alam. Dari keajaiban bumi purba hingga teknologi moden, setiap bab ditulis dengan gaya santai yang mudah difahami tetapi sarat ilmu. Dapatkan buku ini di Shopee: https://s.shopee.com.my/2g24zyvuWB
Sumber : Mazlan Syafie
.