28/06/2026
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2025/2026 PERSATUAN PEGAWAI-PEGAWAI TADBIR NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Mesyuarat Agung Tahunan 2025/2026 Persatuan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan pada 28 Jun 2026 (Ahad) bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Aras 6, Blok E, Wisma Darul Aman.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Radzuan bin Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA) merangkap Presiden Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Kedah. Hadir bersama adalah Encik Yazlan Sunardie bin Che Yahaya, Pegawai Daerah Baling merangkap Timbalan Presiden dan Puan Mastura binti Sapifee, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah) Padang Terap selaku Bendahari serta barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman.
Mesyuarat Agung Tahunan ini menjadi platform penting untuk membentangkan laporan tahunan persatuan, penyata kewangan serta membincangkan hala tuju dan perancangan program bagi memperkukuh profesionalisme, kebajikan dan jaringan kerjasama dalam kalangan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Haji Muhamad Arof bin Darus, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Tuan Syeikh Mohamad Subhi bin Abdullah, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Pegawai-Pegawai Daerah, Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan serta Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah yang merupakan ahli Persatuan.