Perkim Bahagian Negeri Kedah

Perkim Bahagian Negeri Kedah "ISLAM ITU PERSAUDARAAN"

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พMalaysia MADANI: Kesejahteraan DinikmatiKemerdekaan bukan sekadar bebas dar...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi sebuah amanah untuk terus memelihara perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan yang telah dibina bersama.

Dalam kepelbagaian bangsa, agama dan budaya, kita tetap berdiri sebagai satu keluarga Malaysia. Begitu juga PERKIM Bahagian Negeri Kedah yang terus menyatukan masyarakat daripada pelbagai latar belakang melalui usaha dakwah, kebajikan, pendidikan dan kemasyarakatan.

Ayuh kita terus memelihara keharmonian yang terbina, saling menghormati dan berganding bahu demi Malaysia yang lebih sejahtera dan bersatu.

Berbeza latar belakang, tetap satu jiwa.
Berbeza bangsa, tetap Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Ikhlas daripada
PERKIM BAHAGIAN NEGERI KEDAH

28/08/2026
๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐‘๐Š๐ˆ๐Œ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡25 OGOS 2026 (SELASA) ...
25/08/2026

๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐‘๐Š๐ˆ๐Œ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡

25 OGOS 2026 (SELASA) โ€“ Sambutan Maulidur Rasul 1448H dan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat PERKIM Bahagian Negeri Kedah telah berlangsung dengan penuh meriah dan penghayatan, bertempat di Kompleks Darul Aitam Walmasakin Tunku Abdul Rahman Putra (DATAR).

Program bermula pada jam 8.30 pagi dengan perarakan dari Asrama Puteri menuju ke Dewan DATAR Asrama Putera. Perarakan tersebut turut diiringi dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang dialunkan dengan penuh penghayatan, sekali gus menyemarakkan rasa kecintaan terhadap Rasulullah SAW.

Setibanya di Dewan DATAR, majlis diteruskan dengan beberapa agenda yang telah disusun bagi menyerikan lagi sambutan pada hari ini. Majlis turut disemarakkan dengan kibaran Jalur Gemilang sebagai tanda semangat patriotisme, kecintaan kepada negara serta lambang perpaduan rakyat Malaysia, diikuti dengan nyanyian lagu-lagu kemerdekaan dan patriotik.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Dr. Ahmad Mujahid Bin Abdullah, Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis. Ceramah tersebut memberikan pengisian berkaitan penghayatan Maulidur Rasul, kecintaan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW serta kepentingan membentuk masyarakat yang bersatu padu dan berakhlak mulia.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Datoโ€™ Haji Abd Rahman Bin Haji Ismail, Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Kedah. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa sambutan seperti ini bukan sekadar acara tahunan, malah menjadi platform untuk menyemai nilai perpaduan, meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW serta memupuk semangat patriotisme dalam kalangan warga PERKIM dan anak-anak yatim DATAR.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Datin Hajah Mariah Binti Haji Hitam, Pengerusi Wanita PERKIM Bahagian Negeri Kedah, barisan Ahli Jawatankuasa PERKIM Bahagian Negeri Kedah, Ahli Jawatankuasa DATAR, saudara baru, kakitangan PERKIM dan DATAR serta anak-anak yatim Darul Aitam Walmasakin (DATAR).

Semoga sambutan ini dapat terus menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, memperkukuh ukhuwah dan perpaduan dalam kalangan warga PERKIM, di samping menyemai semangat cintakan negara serta menghargai nikmat kemerdekaan yang dikecapi.

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐Œ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐๐ฎ๐ซ ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ Marilah kita bersama-sama menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar ...
25/08/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐Œ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐๐ฎ๐ซ ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah perjuangan Baginda serta mencontohi akhlak mulia dan sunnah Rasulullah ๏ทบ dalam kehidupan seharian. Semoga kecintaan kepada Baginda menjadi sumber kekuatan untuk kita terus istiqamah melakukan kebaikan dan memperkukuhkan ukhuwah sesama umat Islam.

09/08/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ-๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—›

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, ucapan jutaan terima kasih dan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan penganjuran Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa (International Waqf Dakwah Convention - IWDC) 2026 yang telah berlangsung dengan penuh gemilang pada 27 Julai 2026 di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kejayaan konvensyen yang menghimpunkan lebih 1,500 peserta dari dalam dan luar negara ini merupakan satu manifestasi kesatuan fikrah, iltizam dan komitmen pelbagai pihak dalam memperkukuh agenda wakaf sebagai instrumen pembangunan dakwah, pendidikan, kebajikan dan kemajuan ummah.

Warga dan Kepimpinan Tertinggi PERKIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak Darul Ridzuan, atas perkenan mencemar duli menyempurnakan perasmian Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa (IWDC) 2026.

Sesungguhnya keberangkatan baginda telah menyerikan lagi konvensyen ini serta memberikan suntikan semangat kepada seluruh peserta untuk terus memperkasakan institusi wakaf demi kemaslahatan ummah.

Penghargaan yang tidak terhingga juga dizahirkan kepada RISEAP selaku rakan kerjasama strategik yang telah berganding bahu bersama PERKIM dalam merealisasikan penganjuran konvensyen bertaraf antarabangsa ini sehingga mencapai kejayaan yang membanggakan.

Pada masa yang sama, PERKIM merakamkan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas kepada semua Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM, PERKIM Bahagian Negeri-Negeri, kementerian, jabatan, agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi wakaf, badan korporat, para ilmuwan, tokoh agama, sukarelawan, petugas media serta seluruh urus setia yang telah memberikan komitmen tinggi sepanjang perancangan dan pelaksanaan konvensyen ini.

Penghargaan yang amat istimewa turut dizahirkan kepada semua organisasi yang telah memberikan sokongan, tajaan dan kerjasama iaitu:
โ€ข Kerajaan Negeri Sarawak
โ€ข Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
โ€ข Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)
โ€ข ToyyibPay
โ€ข Global Wakaf Al-Quran
โ€ข Wangsa Ultima
โ€ข PIIAM
โ€ข IKIMfm
โ€ข Bank Rakyat

Sokongan padu daripada rakan-rakan strategik dan para penaja ini telah memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran penganjuran konvensyen serta memperkukuh usaha memperkasa ekosistem wakaf dakwah di peringkat nasional dan antarabangsa.

PERKIM juga merakamkan penghargaan kepada setiap peserta yang hadir dari pelbagai latar belakang termasuk pemimpin masyarakat, pengamal industri wakaf, ahli akademik, penyelidik, mahasiswa, badan korporat, pertubuhan masyarakat sivil dan orang ramai yang telah menjadikan konvensyen ini sebagai wadah perkongsian ilmu, jaringan kerjasama serta percambahan idea ke arah memperkasakan wakaf sebagai pemangkin pembangunan ummah.

Satu lagi detik bersejarah dalam penganjuran IWDC 2026 ialah penyerahan Resolusi Wakaf Dakwah Antarabangsa oleh Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PERKIM, YAB Tan Sri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Penyerahan resolusi ini melambangkan komitmen bersama dalam memperkukuh agenda wakaf dakwah sebagai salah satu instrumen strategik pembangunan negara, memperkasa kesejahteraan ummah serta memperluaskan impak dakwah di peringkat nasional dan antarabangsa.

Resolusi tersebut menghimpunkan pelbagai cadangan, aspirasi dan hala tuju yang dipersetujui oleh para ilmuwan, cendekiawan, pengamal wakaf, institusi serta peserta konvensyen sebagai panduan dalam memperkukuh ekosistem wakaf yang lebih mampan, inovatif dan berimpak tinggi untuk generasi masa hadapan.

Sesungguhnya, kejayaan IWDC 2026 bukanlah milik PERKIM semata-mata, tetapi merupakan kejayaan bersama seluruh pihak yang berkongsi aspirasi untuk melihat institusi wakaf berkembang sebagai pemacu kesejahteraan umat Islam dan pembangunan negara.

Semoga segala usaha, sumbangan, tajaan, sokongan dan pengorbanan yang diberikan oleh semua pihak diterima oleh Allah SWT sebagai amal jariah yang berkekalan, dilimpahi keberkatan serta diberikan ganjaran yang berlipat ganda.

PERKIM yakin bahawa kejayaan penganjuran Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa (IWDC) 2026 akan menjadi titik tolak kepada era baharu pembangunan wakaf yang lebih progresif, berdaya saing dan lestari.

Melalui sinergi erat antara kerajaan, institusi agama, badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan, institusi pendidikan dan masyarakat, agenda wakaf dakwah diyakini mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi ummah, pemerkasaan pendidikan, kebajikan sosial serta penyebaran dakwah Islam yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

Jazakumullahu Khairan Kathira.

Ikhlas daripada,
Warga dan Kepimpinan Tertinggi PERKIM

๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐๐€๐ ๐€๐Š๐ˆ๐ƒ๐€๐‡ ๐’๐€๐”๐ƒ๐€๐‘๐€ ๐๐€๐‘๐” ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐€๐ƒ๐€๐๐† ๐“๐„๐‘๐€๐5 OGOS 2026 (RABU) โ€“...
05/08/2026

๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐๐€๐ ๐€๐Š๐ˆ๐ƒ๐€๐‡ ๐’๐€๐”๐ƒ๐€๐‘๐€ ๐๐€๐‘๐” ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐€๐ƒ๐€๐๐† ๐“๐„๐‘๐€๐

5 OGOS 2026 (RABU) โ€“ Seminar Keluarga Bahagia dan Pemantapan Akidah Saudara Baru Tahun 2026 Peringkat Daerah Padang Terap telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Utama, Pejabat Agama Daerah Padang Terap bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Seminar ini merupakan anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Padang Terap dengan kerjasama PERKIM Bahagian Negeri Kedah dan Lembaga Zakat Negeri Kedah. Program ini bertujuan memperkukuhkan institusi keluarga dalam kalangan saudara baru di samping meningkatkan kefahaman serta penghayatan akidah Islam sebagai panduan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.

minar dimulakan dengan Ceramah 1 bertajuk โ€œTeras Keluarga Bahagiaโ€ yang telah disampaikan oleh YBhg Ustazah Rosyadah Binti Ramli, Penolong Pengarah Kanan (Ukhuwah), Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. Ceramah ini memberi penekanan kepada pembentukan institusi keluarga yang harmoni berasaskan nilai-nilai Islam, kasih sayang, tanggungjawab serta pengukuhan hubungan kekeluargaan.

Pengisian diteruskan dengan Ceramah 2 bertajuk โ€œAsas Pemantapan Akidahโ€ yang telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Mohd Hamdi Farhan Bin Mohd Subhi, Penolong Pegawai Eksekutif, Divisyen Muallaf dan Dakwah Sosial, Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman. Ceramah ini memberi pendedahan mengenai asas-asas akidah yang sahih serta kepentingan istiqamah dalam menghayati ajaran Islam, khususnya kepada saudara baru.

Selepas selesai kedua-dua sesi ceramah, majlis diteruskan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh YBhg Tuan Syeikh Mohd Sayuthi Bin Haji Abdullah, Pegawai Agama Daerah Padang Terap. Seterusnya, majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Datin Hajjah Mariah Binti Haji Hitam, Pengerusi Wanita PERKIM Bahagian Negeri Kedah Darul Aman.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada para penceramah, sesi cabutan bertuah serta jamuan makan tengah hari yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh ukhuwah.

Diharapkan seminar seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa sebagai platform memperkukuhkan kefahaman agama, memantapkan akidah serta membina institusi keluarga yang bahagia dalam kalangan saudara baru. Semoga kerjasama erat antara agensi yang terlibat akan terus diperkasakan demi melahirkan masyarakat Islam yang berilmu, berakhlak mulia dan istiqamah dalam menghayati ajaran Islam.

๐Š๐Ž๐๐•๐„๐๐’๐˜๐„๐ ๐–๐€๐Š๐€๐… ๐ƒ๐€๐Š๐–๐€๐‡ ๐€๐๐“๐€๐‘๐€๐๐€๐๐†๐’๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”26 JULAI 2026 (AHAD) โ€“ Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 telah berlangs...
28/07/2026

๐Š๐Ž๐๐•๐„๐๐’๐˜๐„๐ ๐–๐€๐Š๐€๐… ๐ƒ๐€๐Š๐–๐€๐‡ ๐€๐๐“๐€๐‘๐€๐๐€๐๐†๐’๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

26 JULAI 2026 (AHAD) โ€“ Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 telah berlangsung dengan jayanya bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Konvensyen ini menghimpunkan tokoh-tokoh kepimpinan negara, ilmuwan, pakar wakaf serta pelbagai agensi bagi membincangkan usaha memperkukuh pembangunan wakaf demi kesejahteraan ummah.

Pada sesi pagi, konvensyen dimulakan dengan pembentangan kertas kerja bertajuk โ€œMembentuk Semula Wakaf: Keberkatan, Tadbir Urus dan Kelestarian Pembangunan Ummahโ€ yang mengetengahkan kepentingan tadbir urus yang baik serta pengurusan wakaf yang mampan dalam memacu pembangunan sosioekonomi umat Islam.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ketibaan YAB Tan Sri Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PERKIM Kebangsaan, sebelum disusuli keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah yang berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026.

Selepas majlis perasmian, konvensyen diteruskan dengan beberapa siri pembentangan kertas kerja, forum ilmiah serta sesi pertukaran pandangan yang menghimpunkan para pakar dan pengamal dalam bidang wakaf. Perbincangan tersebut bertujuan memperoleh idea, pandangan dan cadangan terbaik bagi memperkukuh pelaksanaan serta penubuhan dana wakaf yang lebih berkesan demi manfaat ummah.

Pada sebelah petang, Majlis Perasmian Penutup Konvensyen telah disempurnakan oleh YAB Datoโ€™ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Sebelum berakhirnya konvensyen, satu majlis penyerahan resolusi Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 kepada YAB Perdana Menteri Malaysia telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg selaku Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PERKIM Kebangsaan.

Turut hadir mewakili PERKIM Bahagian Negeri Kedah ialah YBhg. Datoโ€™ Abd Rahman Bin Haji Ismail, Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Kedah; YBhg. Datin Hajah Mariah Binti Haji Hitam, Pengerusi Wanita PERKIM Bahagian Negeri Kedah; Naib Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Kedah 1 dan 2; Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Kedah; Ahli Jawatankuasa PERKIM Bahagian Negeri Kedah; Ahli Jawatankuasa Wanita PERKIM Bahagian Negeri Kedah serta kakitangan PERKIM Bahagian Negeri Kedah dan PERKIM Cawangan Kuala Muda.

Konvensyen ini mendapat sokongan dan sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai pihak, sekali gus membuktikan komitmen bersama dalam memperkasakan institusi wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah. Diharapkan segala resolusi, cadangan dan dapatan yang dihasilkan menerusi konvensyen ini dapat diterjemahkan kepada tindakan yang berkesan serta menjadi pemangkin kepada pembangunan wakaf yang lebih progresif, mampan dan berimpak tinggi demi kesejahteraan masyarakat Islam di peringkat nasional dan antarabangsa.

27/07/2026

Address

No 1475 Lorong Seri Jalan Langgar
Alor Setar
05300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:30
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6047335124

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkim Bahagian Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perkim Bahagian Negeri Kedah:

Shortcuts

Share