Parti Pribumi Bersatu Kuala Kedah

Call Directions

Parti Pribumi Bersatu Kuala Kedah BERSATU BAHAGIAN KUALA KEDAH
DINAMIK l SEPAKAT | SEJIWA
Bersama rakyat • Memperkasa komuniti • Membangun masa depan

28/09/2026

PERGINYA SEORANG IBU, TINGGALLAH SERIBU KENANGAN

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Hari ini, Malaysia kehilangan seorang wanita yang begitu istimewa.

Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali kembali ke pangkuan Ilahi pada usia 100 tahun, membawa bersamanya kehidupan yang dipenuhi bakti, kasih sayang dan pengabdian.

Almarhumah bukan sekadar isteri kepada seorang negarawan, tetapi juga seorang doktor, seorang ibu, seorang tokoh wanita dan insan yang sepanjang hayatnya menyumbang begitu banyak kepada agama, bangsa dan watan ini.

Namun di sebalik segala gelaran dan penghormatan, saya akan sentiasa mengenang Allahyarhamah kerana kelembutan, kesederhanaan dan senyumannya yang menenangkan.

Kepada YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, kehilangan teman hidup yang telah bersama menempuh perjalanan begitu panjang tentunya sebuah kehilangan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.
Semoga Tun terus diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi saat yang amat berat ini. Kepada seluruh keluarga, anak-anak, cucu-cucu dan insan tersayang, saya merakamkan salam takziah sedalam-dalamnya.

Semoga Allah SWT mengampuni segala khilaf Allahyarhamah, menerima seluruh amal kebajikannya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beroleh syurga.

Selamat jalan, Tun Dr Siti Hasmah.
Budi dan bakti akan terus dikenang selama-lamanya.

Al-Fatihah (dibaca).

Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin

27/09/2026
15/09/2026

DIRGAHAYU MALAYSIAKU

Alhamdulillah, pada usia 63 tahun, negara tercinta kita ini telah melalui perjalanan yang panjang. Ada jatuh bangunnya, ada ujian dan cabarannya, namun Malaysia terus berdiri sebagai sebuah negara yang aman, berdaulat dan kini semakin hampir berada dalam kelompok negara maju.

Kita wajar mensyukuri semua ini, dan di sebalik berbangga dengannya, kita juga harus akur pada hakikat bahawa semuanya bukan datang bergolek, tetapi lahir daripada pengorbanan, kerja keras dan kebijaksanaan generasi terdahulu yang mewariskan kepada kita sebuah tanah air untuk terus dijaga.

Perlu juga diambil ingat bahawa dalam mengejar kemajuan, jangan sesekali kita lupa bahawa kekuatan sebenar Malaysia bukan hanya pada pembangunan fizikal atau pencapaian ekonominya. Kekuatan terbesar kita ialah keupayaan rakyat yang begitu pelbagai untuk terus hidup, bekerja dan membina masa depan bersama.

Perpaduan inilah antara warisan paling berharga yang mesti kita pertahankan. Kerananya kita berdiri tegak, kerananya kita menjulang megah. Bersama-samalah kita terus memeliharanya. Perbezaan bangsa, agama, budaya, negeri mahupun pandangan tidak seharusnya menjadi jurang yang memisahkan. Kita boleh berbeza dalam banyak perkara, tetapi jangan sampai kehilangan rasa hormat, toleransi dan kasih kepada tanah air yang sama.

Selamat Hari Malaysia ke-63.

Semoga nikmat keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan ini berkekalan.

DINAMIK | SEPAKAT | SEJIWA

Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin

15/09/2026
SATU DEKAD MEMACU TEKADSelamat Ulang Tahun ke-10 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).Semoga terus istiqamah membawa...
08/09/2026

SATU DEKAD MEMACU TEKAD

Selamat Ulang Tahun ke-10 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Semoga terus istiqamah membawa suara rakyat, terus teguh menggerakkan perjuangan dan terus menyumbang kepada pembinaan sebuah Malaysia yang lebih adil, makmur dan bermaruah.

Terima kasih kepada seluruh pimpinan, ahli dan pendukung yang terus bersama perjuangan ini.

Ikhlas daripada
BERSATU KUALA KEDAH






“LIMA bukan sekadar sebuah pameran. Ia telah menjadi sebahagian daripada identiti Langkawi dan memberikan limpahan ekono...
06/09/2026

“LIMA bukan sekadar sebuah pameran. Ia telah menjadi sebahagian daripada identiti Langkawi dan memberikan limpahan ekonomi kepada penduduk serta pemain industri pelancongan,”

KUALA KEDAH – Cadangan memindahkan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) ke Melaka dibimbangi menjejaskan limpahan ekonomi serta...

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kedah, Datuk Salleh Saidin menyifatkan cadangan untuk meneroka ...
06/09/2026

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kedah, Datuk Salleh Saidin menyifatkan cadangan untuk meneroka alternatif penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) di lokasi lain selain Langkawi sebagai 'membuang masa' dan tidak sepatutnya berlaku.

Cadangan untuk meneroka alternatif penganjuran LIMA di lokasi lain selain Langkawi disifatkan Exco Kedah sebagai 'membuang masa' dan tidak sepatutnya berlaku.

Cadangan untuk memindahkan penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) ke Melaka dikhuatiri...
06/09/2026

Cadangan untuk memindahkan penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) ke Melaka dikhuatiri memberi tempias kepada industri pelancongan dan ekonomi penduduk Langkawi.

Cadangan untuk memindahkan penganjuran LIMA ke Melaka dikhuatiri memberi tempias negatif kepada industri pelancongan dan ekonomi penduduk

24/08/2026

KEMBALI KEPADA NILAI YANG MEMBINA PERADABAN

Alhamdulillah, sekali lagi kita dipertemukan dengan Maulidur Rasul, satu kesempatan untuk kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menghayati kembali perjuangan dan risalah yang dibawa oleh Baginda.

Hari ini kita hidup dalam dunia yang jauh berbeza daripada zaman Baginda mula membawa cahaya ke bumi Makkah. Teknologi membolehkan manusia berhubung dalam sekelip mata, maklumat tersebar tanpa sempadan dan kehidupan bergerak begitu pantas. Namun dalam segala kemajuan itu, manusia masih berhadapan dengan persoalan-persoalan lama; persengketaan, ketidakadilan, prasangka, kerakusan, perpecahan dan hilangnya rasa hormat sesama manusia. Kita semakin mudah berbicara tetapi kadangkala semakin sukar mendengar, semakin mudah menghukum tetapi semakin kurang berusaha memahami.

Dalam keadaan inilah kita seharusnya melihat Maulidur Rasul daripada sudut yang lebih luas. Rasulullah SAW bukan sahaja membawa sebuah agama, tetapi membina manusia dan seterusnya membentuk sebuah peradaban. Baginda mengubah sebuah masyarakat yang berpecah kerana kabilah dan keturunan menjadi masyarakat yang dipersatukan oleh akidah, persaudaraan dan tanggungjawab. Baginda mengajar bahawa kekuatan tidak bererti kezaliman, kepimpinan bukan keistimewaan, kekayaan bukan ukuran kemuliaan dan perbezaan tidak semestinya membawa kepada permusuhan.

Apa yang lebih menarik untuk direnungkan ialah bagaimana Rasulullah SAW membina perubahan tersebut. Baginda membina manusia terlebih dahulu sebelum membina sebuah masyarakat yang kuat. Baginda menanam iman, membentuk akhlak, mengajar amanah, menegakkan keadilan dan menyuburkan kasih sayang. Daripada manusia-manusia yang dibentuk dengan nilai inilah akhirnya lahir sebuah masyarakat dan peradaban yang mengubah perjalanan sejarah dunia.

Dan nilai-nilai itu terus menjadi keperluan utama manusia, tidak kira pada zaman mana mereka hidup, dan sebesar mana perubahan yang mereka alami.

Semoga Maulidur Rasul 1448H menjadi ruang untuk kita bukan sahaja mengenang kelahiran seorang Rasul yang kita cintai, tetapi memperbaharui tekad untuk menjadikan setiap nilai dalam ajaran dan akhlak Baginda sebagai panduan untuk membina diri dan masyarakat.

Mudah-mudahan daripada usaha kecil memperbaiki diri, lahir keluarga yang lebih baik, masyarakat yang lebih harmoni dan akhirnya ummah yang benar-benar membawa rahmat kepada seluruh alam.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H

DINAMIK | SEPAKAT | SEJIWA

Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin

ZIARAH MENINJAU KEADAAN ANAK PUAN SHARIFAHAlhamdulillah, berkesempatan menziarahi dan meninjau keadaan Harul Wajdy Ridzu...
24/08/2026

ZIARAH MENINJAU KEADAAN ANAK PUAN SHARIFAH

Alhamdulillah, berkesempatan menziarahi dan meninjau keadaan Harul Wajdy Ridzuan, anak kepada Puan Sharifah, Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Kuala Kedah, yang baru sahaja keluar dari Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, selepas menjalani rawatan termasuk di ICU susulan kemalangan jalan raya pada 26 Julai 2026.

Syukur melihat keadaan beliau yang semakin positif dan beransur pulih. Semoga terus diberikan kekuatan, kesihatan dan kesembuhan sepenuhnya.

Ziarah ini turut disertai Encik Ridzuan Ramli, Setiausaha Bahagian Bersatu Kuala Kedah, dan Encik Ahmad Tajuddin, Jawatankuasa Bersatu Bahagian Kuala Kedah, mewakili YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin, Ketua Bahagian Bersatu Kuala Kedah.

Semoga Hazrul Wajdy terus kuat dan dipermudahkan segala urusan.






Address

KOMPLEKS PERNIAGAAN DELTAT, Jalan KUBANG ROTAN, KUALA SUNGAI, 06250 Alor Setar 06250 Kampong Kubang Rotan
Kuala
06600

Telephone

+60125699110

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Pribumi Bersatu Kuala Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby non profit organizations