28/09/2026
INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIβUN
Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah yang setulus-ikhlasnya atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali ke rahmatullah pada Isnin, 28 September 2026.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa dan kesilapan, serta menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan solehah.
Marilah kita bersama-sama menyedekahkan bacaan Surah Al-Fatihah dan mendoakan agar roh Allahyarhamah ditempatkan di sisi Allah SWT dalam keadaan yang penuh rahmat dan keampunan.
Al-Fatihah.
Salam takziah ini dizahirkan dengan penuh ingatan tulus ikhlas daripada
YM Kolonel Kehormat (PA) Dr. Haji Md Radzi bin Haji Hanafi
Pewaris Mutlak Silat Cekak merangkap Presiden
Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia
bersama-sama Barisan Majlis Eksekutif Kebangsaan serta seluruh warga Pusaka Hanafi.