Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah Facebook rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah. PPM Negeri Kedah. Official page for The Scouts Association of Malaysia State of Kedah

๐…๐ฎ๐ฅ๐ฅ ๐’๐œ๐š๐ฅ๐ž ๐„๐ฑ๐ž๐ซ๐œ๐ข๐ฌ๐ž ๐„๐ฑ ๐Œ๐š๐ก๐ฌ๐ฎ๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Pengakap Negeri Kedah yang diketuai oleh Majlis Pengakap Negeri Kedah akan terlibat s...
06/05/2026

๐…๐ฎ๐ฅ๐ฅ ๐’๐œ๐š๐ฅ๐ž ๐„๐ฑ๐ž๐ซ๐œ๐ข๐ฌ๐ž ๐„๐ฑ ๐Œ๐š๐ก๐ฌ๐ฎ๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Pengakap Negeri Kedah yang diketuai oleh Majlis Pengakap Negeri Kedah akan terlibat secara langsung dalam Full Scale Exercise EX Mahsuri 2026 yang dianjurkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 14 Mei 2026.

Latihan ini bukan sekadar simulasi biasa, tetapi merupakan latihan kecemasan berskala penuh berasaskan Aerodrome Emergency Plan (AEP) Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi bagi menguji keberkesanan koordinasi, komunikasi, tindak balas agensi serta pengurusan insiden pesawat di lapangan terbang.

Berdasarkan senario latihan, sebuah pesawat A320 yang membawa 62 penumpang dan 4 anak kapal mengalami kegagalan sistem hidraulik serta kebakaran enjin ketika melakukan pendaratan cemas sebelum terbabas keluar landasan. Operasi latihan akan melibatkan pengurusan mangsa, rescue & fire fighting, casualty management, disaster victim identification (DVI), pengaktifan Emergency Operation Centre (EOC) serta koordinasi pelbagai agensi penyelamat.

Latihan ini juga menjadi platform penting untuk menilai tahap kesiapsiagaan antara agensi selepas beberapa penemuan dalam latihan terdahulu menekankan keperluan penambahbaikan dari aspek komunikasi, masa tindak balas, penyelarasan operasi dan pengurusan kawasan bencana.

Penyertaan anggota Pengakap Negeri Kedah dalam latihan berimpak tinggi seperti ini memberi pendedahan sebenar terhadap operasi pengurusan bencana, bantuan kecemasan dan kerjasama antara agensi di peringkat lapangan.

โ€œSelalu Bersediaโ€ bukan sekadar slogan, tetapi diterjemahkan melalui latihan, disiplin dan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan.

โ€œTogether We Leadโ€
โ€œGemilang Pengakap Kedahโ€

ใ‚šviralใ‚ท

Tahniah Tuan Firdaus diatas pelantikan sebagai Pesuruhjaya Pengakap Daerah Baling.
04/05/2026

Tahniah Tuan Firdaus diatas pelantikan sebagai Pesuruhjaya Pengakap Daerah Baling.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
En Muhammad Firdaus Bin Omar Baki,
Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Baling atas pelantikan sebagai Pesuruhjaya Pengakap Daerah Baling.
Ikhlas daripada Majlis Pemimpin Pengakap Daerah Baling

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐”๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐’๐ž๐›๐ž๐ง๐š๐ซ ๐’๐ฎ๐ฅ๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐๐š๐กDaulat Tuanku!Setinggi-tinggi sembah tahniah dan ucapa...
30/04/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐”๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐’๐ž๐›๐ž๐ง๐š๐ซ ๐’๐ฎ๐ฅ๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐๐š๐ก

Daulat Tuanku!

Setinggi-tinggi sembah tahniah dan ucapan selamat menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Semoga Tuanku dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dilimpahi rahmat serta terus memayungi negeri Kedah dengan penuh kebijaksanaan dan keadilan.

Sembah takzim daripada seluruh warga Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah.

๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐  ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ค๐š๐ฉ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐ค๐ž ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐‹๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฐ๐ขLANGKAWI, 21 April - Sesi kunjung horma...
21/04/2026

๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐  ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ค๐š๐ฉ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐ค๐ž ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐‹๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฐ๐ข

LANGKAWI, 21 April - Sesi kunjung hormat Majlis Pengakap Negeri Kedah ke Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi telah berlangsung dengan penuh makna, diketuai oleh Ahli Majlis Pengakap Negara merangkap Naib Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Kedah, En. Muhamad Khuhazry bin Khuzaimi yang memacu hala tuju serta memperkukuh gerakan Pengakap di peringkat negeri dan daerah.

Turut bersama Setiausaha Majlis Pengakap Negeri Kedah, En. Aidil Awang dalam memperkemaskan agenda organisasi.

Delegasi telah disambut oleh Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi, Tuan Mohamad Fisol bin Mohd Salleh bersama Encik Hazwan dari Unit Bakat Murid, PPD Langkawi.

Perbincangan yang berlangsung bukan sekadar pertemuan rasmi, malah menjadi platform strategik dalam merangka penstrukturan semula serta mengaktifkan kembali Pengakap Daerah Langkawi secara lebih tersusun, dinamik dan berimpak tinggi.

Kepimpinan yang ditonjolkan oleh Majlis Pengakap Negeri Kedah jelas memperlihatkan komitmen, ketegasan dan kesungguhan dalam memastikan gerakan Pengakap terus diperkasa, relevan dan memberi impak kepada pembangunan generasi muda.

Turut hadir, Encik Ahmad bin Din, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah.

โ€œTogether We Leadโ€
โ€œGemilang Pengakap Kedahโ€

ใ‚šviralใ‚ท

๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐’๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข๐ค ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ค๐š๐ฉ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐€๐ข๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ ๐’๐๐ง. ๐๐ก๐LANGKAWI, 21 April - Majlis Pengakap N...
21/04/2026

๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐’๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข๐ค ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ค๐š๐ฉ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐€๐ข๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ ๐’๐๐ง. ๐๐ก๐

LANGKAWI, 21 April - Majlis Pengakap Negeri Kedah terus memperkukuh jaringan strategik melalui kerjasama bersama Malaysia Airports Sdn. Bhd. (Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi โ€“ LGK) dalam usaha memperkasa pembangunan belia secara holistik dan berimpak tinggi.

Kerjasama ini menjadi platform penting dalam memperluaskan jaringan di peringkat negeri hingga antarabangsa, selari dengan keperluan IR 4.0 yang menekankan kemahiran teknologi, inovasi dan pendedahan industri sebenar.

Pelbagai program telah dirangka merangkumi pendedahan kerjaya penerbangan dan maritim, latihan profesional, serta inisiatif STEM dan kepimpinan seperti lawatan ke hangar dan ATC, simulasi penerbangan, komunikasi radio serta pensijilan dron.

Sesi perbincangan telah dikendalikan oleh En. Muhamad Khuhazry Khuzaimi dan En. Muhammad Aidil Awang, serta dihadiri pengurusan tertinggi Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi termasuk En. Hj. Che Sulaiman Che Pa, Puan Hamidah Kamis, Pn. Zuliza dan En. Nur Firdaus.

Turut dirancang ialah program inovasi, khidmat komuniti, simulasi bencana, pembangunan kepimpinan, latihan industri serta penganjuran Langkawi Air & Sea Scout Camp sebagai kemuncak inisiatif.

Keseluruhan usaha ini menyokong agenda STEM dan SDG dalam melahirkan belia berdaya saing, berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi cabaran global.

โ€œTogether We Leadโ€
โ€œGemilang Pengakap Kedahโ€

ใ‚šviralใ‚ท

๐–๐จ๐ซ๐ฅ๐ ๐€๐ฆ๐š๐ญ๐ž๐ฎ๐ซ ๐‘๐š๐๐ข๐จ ๐ƒ๐š๐ฒ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah dengan bangganya menyokong sambutan World Amateur...
18/04/2026

๐–๐จ๐ซ๐ฅ๐ ๐€๐ฆ๐š๐ญ๐ž๐ฎ๐ซ ๐‘๐š๐๐ข๐จ ๐ƒ๐š๐ฒ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah dengan bangganya menyokong sambutan World Amateur Radio Day 2026 yang disambut pada 18 April 2026.

Bertemakan โ€œBridging Classic Ham Radio with Digital Innovationโ€, sambutan ini meraikan evolusi komunikasi radio amatur โ€” daripada penggunaan transceiver klasik dan kod Morse, sehinggalah kepada teknologi moden seperti software-defined radio dan mod digital. Ia melambangkan bagaimana dunia komunikasi terus berkembang, selari dengan kemajuan teknologi masa kini.

Sebagai sebuah gerakan yang menitikberatkan kemahiran, komunikasi dan kesediaan, Pengakap turut mengiktiraf peranan penting radio amatur dalam menghubungkan masyarakat, khususnya dalam situasi kecemasan dan aktiviti luar.

Marilah kita bersama-sama menghargai sumbangan komuniti radio amatur di seluruh dunia dalam menghubungkan manusia tanpa sempadan.

โ€œTogether We Leadโ€
โ€œGemilang Pengakap Kedahโ€

16/04/2026

๐๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ค๐š๐ฉ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐๐š๐ก (๐Œ๐๐๐Š) & ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ฌ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก๐ฃ๐š๐ฒ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ค๐š๐ฉ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐๐š๐ก

Video Perjumpaan Rasmi Majlis Pengakap Negeri Kedah (MPNK) & Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah bersama Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Yang Berusaha Tuan Abdul Rahim Bin Mat.

โ€œTogether We Leadโ€
โ€œGemilang Pengakap Kedahโ€

Terima kasih Yang Berusaha Tuan Abdul Rahim Bin Mat, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah at...
16/04/2026

Terima kasih Yang Berusaha Tuan Abdul Rahim Bin Mat, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah atas pertemuan dan perjumpaan yang bermakna dan bersejarah ini.

๐๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ค๐š๐ฉ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐๐š๐ก (๐Œ๐๐๐Š) & ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ฌ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก๐ฃ๐š๐ฒ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ค๐š๐ฉ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐ž...
16/04/2026

๐๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ค๐š๐ฉ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐๐š๐ก (๐Œ๐๐๐Š) & ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ฌ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก๐ฃ๐š๐ฒ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ค๐š๐ฉ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐๐š๐ก

SUNGAI PETANI, 16 April - Satu perjumpaan di antara Majlis Pengakap Negeri Kedah (MPNK) bersama Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Yang Berusaha Tuan Abdul Rahim Bin Mat telah diadakan bagi memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam memajukan aktiviti kepengakapan di Negeri Kedah.

Perbincangan ini memberi fokus kepada usaha membina jalinan yang lebih erat, di samping merancang pelaksanaan program, aktiviti dan latihan yang berimpak tinggi kepada pembangunan sahsiah serta kemahiran ahli-ahli Pengakap.

Perjumpaan rasmi ini telah dihadiri oleh YB Tan Sri Datoโ€™ Dr Johari Bin Abdul, Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Kedah dan Ahli Majlis Pengakap Negara.

Antara yang turut hadir dalam perjumpaan pada hari ini ialah Tuan Muhamad Khuhazry Bin Khuzaimi, Naib Pengerusi 1 Majlis Pengakap Negeri Kedah merangkap Ahli Majlis Pengakap Negara; Tuan Haji Hassan Bin Hasim, Naib Pengerusi 2 Majlis Pengakap Negeri Kedah; Tuan Muhammad Aidil Ashraf Bin Awang Itam, Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Negeri Kedah; Tuan Ahmad Bin Din, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah; Tuan Anuar Sadad Bin Md Noh, Timbalan Ketua Pesuruhjaya 1 Pengakap Negeri Kedah; Tuan Muhamad Fuad Bin Omar, Timbalan Ketua Pesuruhjaya 2 Pengakap Negeri Kedah merangkap Guru Besar SK Anak-Anak Angkatan Tentera, Kem Tok Jalai, Jitra; Tuan Mohamad Lutpi Bin Hj Abdul Ghani, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah (Antarabangsa) merangkap Guru Besar SK Iskandar; Tuan Chan Chin Chow, wakil Pengerusi Latihan Pengakap Negeri Kedah; serta Tuan Ahmad Taufiq bin Lt. Jen (B) Datoโ€™ Pahlawan Redzuan, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah Komunikasi Korporat dan Perhubungan Strategik (COMSTAR).

Diharapkan perjumpaan ini dapat menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih kukuh antara Majlis Pengakap Negeri Kedah, Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dalam merancang serta melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada ahli Pengakap dan masyarakat secara keseluruhannya. Usaha berterusan ini amat penting dalam melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berwibawa dan berdaya saing.

โ€œTogether We Leadโ€
โ€œGemilang Pengakap Kedahโ€

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐”๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฅ๐ญ๐š๐ง๐š๐ก ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐ƒ๐š๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐€๐ฆ๐š๐งDaulat TuankuMerafak sembah dan setinggi-t...
13/04/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐”๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฅ๐ญ๐š๐ง๐š๐ก ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐ƒ๐š๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐€๐ฆ๐š๐ง

Daulat Tuanku

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman.

Semoga Tuanku dikurniakan kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan, serta terus berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT dalam memayungi negeri Kedah Darul Aman dengan penuh kebijaksanaan dan keprihatinan.

Daulat Tuanku

Sembah Takzim daripada :
Majlis Pengakap Negeri Kedah &
Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah

Terima kasih YB Tan Sri Dato' Johari Abdul, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Kedah merangkap Ahli Majlis Pengakap Negara...
12/04/2026

Terima kasih YB Tan Sri Dato' Johari Abdul, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Kedah merangkap Ahli Majlis Pengakap Negara ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

Address

Lot 147, Lorong Sepat 5, Taman Wira Mergong
Alor Setar
05350

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah:

Share