20/12/2025
20 Disember 2025, Sabtu.
ππππππ‘ π¦π¨π πππ‘πππ‘ ππππ¨ π¨π‘πππ’π₯π π£ππ₯π¦πππ’πππππ‘
Hayrat Relief Malaysia dengan kerjasama Ummah Relief Project hari ini telah menjalankan satu khidmat sosial melibatkan 134 orang pelajar yatim kategori asnaf (kematian bapa) bertempat di Dewan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu.
Turut hadir semasa sesi agihan tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Hayrat Relief Malaysia, Mohd Syafiq Shafii (Perwakilan Hayrat YardΔ±m Turkiye) bersama-sama Pengerusi Ummah Relief Project, Ustaz Muhammad Muzzammil Mokhetar.
Agihan ini merupakan agihan fasa ke-4 untuk tahun 2025 dan akan diteruskan di tahun-tahun akan datang. Pelbagai jenis barangan keperluan persekolah diagih bersama pek makanan.
Agihan tersebut menjadikan acara pada setiap 3 bulan ini akan terus dijalankan di masa akan datang. Hasrat kami supaya program ini akan memberi impak yang besar kepada masyarakat yang berilmu, berperikemanusiaan, menjadi modal insan terbaik dunia dan akhirat.