05/08/2026
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ฅ๐๐๐๐ก ๐๐๐ก๐๐๐ฅ๐ ๐๐ข๐ก๐ง๐๐ก๐๐๐ก ๐ฃ๐ฆ๐ฆ๐๐ ๐๐๐ช๐๐ก๐๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ข๐๐๐ก๐๐ก ๐ช๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐ ๐๐-๐ญ๐ญ
05 Ogos 2026
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Cawangan Negeri Kedah sebagai simbolik penyerahan amanah, tanggungjawab serta semangat perjuangan kepada barisan peserta yang bakal membawa nama Cawangan Negeri Kedah ke pentas Kejohanan Waja Diri Kali Ke-11.
Kontinjen Cawangan Negeri Kedah pada kejohanan kali ini diwakili oleh tiga pasukan, iaitu Pasukan Cawangan Negeri Kedah, Pasukan Puteri Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Pasukan Putera Kolej Vokasional Alor Setar(KVAS) yang telah menjalani persiapan serta latihan dengan penuh komitmen, disiplin dan kesungguhan bagi menghadapi cabaran kejohanan.
Penyerahan bendera kontinjen telah disempurnakan oleh Setiausaha Cawangan Negeri Kedah, En. Syed Muhammad Helmi Bin Syed Yasin. Penyerahan ini bukan sekadar simbolik membawa panji cawangan, bahkan menjadi satu amanah besar kepada seluruh anggota kontinjen untuk menjaga nama baik, maruah dan imej Cawangan Negeri Kedah sepanjang berlangsungnya kejohanan.
Semoga seluruh barisan peserta dapat menampilkan persembahan terbaik, mempamerkan disiplin yang tinggi serta membawa semangat persaudaraan, keberanian dan jati diri dalam setiap cabaran yang ditempuhi. Jadikan setiap latihan, pengorbanan dan usaha yang telah dicurahkan sebagai kekuatan untuk terus melangkah dengan penuh keyakinan.
Seluruh warga Cawangan Negeri Kedah mendoakan agar perjalanan dan urusan kontinjen dipermudahkan serta diberikan kekuatan untuk memberikan yang terbaik di Kejohanan Waja Diri Kali Ke-11.
Bawalah bendera ini dengan penuh kebanggaan. Galaslah amanah ini dengan penuh tanggungjawab. Berjuanglah dengan semangat, disiplin dan maruah demi nama Cawangan Negeri Kedah.
๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ท๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฒ๐น๐๐ฟ๐๐ต ๐๐ผ๐ป๐๐ถ๐ป๐ท๐ฒ๐ป ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐ต!
Semoga terus melangkah dengan satu tekad, satu semangat dan satu perjuangan.