Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan

Call Directions Website

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan PPM-014-10-30052001-000001
Relief, Charity, Rehabilitation & Education perkhidmatan Amal Ambulans

Mesyuarat Bulanan - AJK Yayasan Amal Kelantan - 23 September 2026
24/09/2026

Mesyuarat Bulanan - AJK Yayasan Amal Kelantan - 23 September 2026

24/09/2026

🏃‍♂️🔥 𝙋𝙀𝙉𝘿𝘼𝙁𝙏𝘼𝙍𝘼𝙉 𝘼𝙈𝘼𝙇 𝙁𝙐𝙉 𝙍𝙐𝙉 @ 𝙇𝘼𝘽𝙊𝙃𝘼𝙉 𝘿𝘼𝙂𝘼𝙉𝙂 𝙆𝙄𝙉𝙄 𝘿𝙄𝘽𝙐𝙆𝘼! 🔥🏃‍♀️

Jom sertai larian santai bersama keluarga dan rakan-rakan sempena Karnival Labohan Dagang – Sambutan 25 Tahun Yayasan Amal Malaysia! 🎉

📅 Sabtu, 14 November 2026
⏰ 7.00 pagi – 9.00 pagi
📍 Kompleks Yayasan Amal Malaysia

🏁 Dua kategori larian:
✅ 3KM
✅ 5KM

🎁 Peserta turut berpeluang menyertai CABUTAN BERTUAH!

📲 DAFTAR AMAL FUN RUN SEKARANG:
https://amalmalaysia.org.my/karnival25tahun/

Sebarang pertanyaan, hubungi:
📞 017-6788930 — Encik Saifullah

Apa tunggu lagi? Daftar sekarang! 💪✨


Misi Bantuan Mangsa Banjir Afghanistan – September & Oktober 2026Banjir yang telah melanda Afghanistan telah menjejaskan...
23/09/2026

Misi Bantuan Mangsa Banjir Afghanistan – September & Oktober 2026

Banjir yang telah melanda Afghanistan telah menjejaskan kehidupan masyarakat setempat, menyebabkan kemusnahan kediaman, kehilangan harta benda serta menjejaskan akses kepada keperluan asas.

🇦🇫 2024 — Banjir besar, khususnya pada Mei, mengorbankan hampir 450 nyawa, selain menyebabkan ribuan kediaman rosak atau musnah dan lebih 5,000 keluarga terpaksa berpindah.

🇦🇫 2025 — Banjir dan kejadian cuaca ekstrem terus melanda beberapa wilayah Afghanistan, termasuk Khost, Logar, Laghman, Kapisa, Wardak dan Nangarhar, mengakibatkan kematian, kecederaan serta kemusnahan kediaman dan sumber mata pencarian.

🇦🇫 2026 — Sehingga tahun ini, banjir telah melanda puluhan wilayah. Dalam tempoh 12 hari pada Mac–April sahaja, banjir, hujan lebat dan tanah runtuh telah mengorbankan 93 orang, manakala banjir pada Julai di Nuristan turut meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa.

Melalui misi kali ini, kami akan menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, antaranya:

•𝘽𝙖𝙠𝙪𝙡 𝙢𝙖𝙠𝙖𝙣𝙖𝙣
•𝙋𝙚𝙧𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙝𝙖𝙙𝙖𝙥𝙞 𝙢𝙪𝙨𝙞𝙢 𝙨𝙚𝙟𝙪𝙠 (𝙨𝙚𝙡𝙞𝙢𝙪𝙩 𝙩𝙚𝙗𝙖𝙡)
•𝙎𝙖𝙣𝙩𝙪𝙣𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙣𝙩𝙪𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙖𝙣𝙖𝙠-𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙮𝙖𝙩𝙞𝙢.

Kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak yang ingin bersama-sama membantu meringankan beban saudara-saudara kita di Afghanistan.

🤲 Marilah sama-sama kita ringankan beban mereka dengan menghulurkan sumbangan melalui nombor akaun:

💳𝙔𝙖𝙮𝙖𝙨𝙖𝙣 𝘼𝙢𝙖𝙡 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 𝘾𝙖𝙬𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙡𝙖𝙣𝙩𝙖𝙣
*RHB Bank - 2530 1600 0084 98*
𝘙𝘶𝘫𝘶𝘬𝘢𝘯: 𝘔𝘪𝘴𝘪 𝘒𝘦𝘮𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢𝘢𝘯 𝘈𝘧𝘨𝘩𝘢𝘯𝘪𝘴𝘵𝘢𝘯

☎️ Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
wasap.my/+601131797067 (Admin Yayasan Amal Kelantan)



Sempena 25 Tahun Yayasan Amal Malaysia, kami bawakan kepada anda Karnival Labohan Dagang satu hari untuk berkumpul, bera...
22/09/2026

Sempena 25 Tahun Yayasan Amal Malaysia, kami bawakan kepada anda Karnival Labohan Dagang satu hari untuk berkumpul, beraktiviti dan mencipta kenangan bersama seluruh keluarga besar Yayasan Amal Malaysia serta komuniti setempat.

Daripada aktiviti santai hingga kemeriahan karnival, semuanya dihimpunkan dalam satu hari yang penuh warna. Nantikan pelbagai tarikan menarik untuk dinikmati bersama.

📅 14 November 2026 | Sabtu
⏰ 7.30 pagi – 9.00 malam
📍 Kompleks Yayasan Amal Malaysia, Kg. Labohan Dagang

Link penyertaan aktiviti:
https://amalmalaysia.org.my/karnival25tahun/

Jom bersama hadir meriahkan Karnival Labohan Dagang dan jadi sebahagian daripada kenangan 25 tahun Yayasan Amal Malaysia.






20/09/2026

𝗥𝗮𝘆𝘂𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗚𝗲𝗺𝗽𝗮 𝗕𝘂𝗺𝗶 𝗔𝗳𝗴𝗵𝗮𝗻𝗶𝘀𝘁𝗮𝗻 – 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 & 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Gempa bumi yang melanda Afghanistan telah meninggalkan kesan yang besar terhadap kehidupan masyarakat setempat, menyebabkan kehilangan nyawa, kemusnahan kediaman serta menjejaskan sumber kehidupan dan akses kepada keperluan asas.

Gempa Bumi bermagnitud 6.0 yang melanda Wilayah Kunar Afghanistan pada 31 Ogos 2025 telah mengorbankan 2,200 nyawa dan mencederakan 3,600 orang. Ribuan kediaman musnah, menyebabkan ribuan keluarga kehilangan tempat tinggal. Malah, sehingga Februari 2026 lebih 6,000 keluarga yang tinggal di Kunar masih dilaporkan tinggal di Kem sementara dan bergantung kepada khemah.

Pada 3 April 2026 gempa 5.8 magnitud yang berpusat kira-kira 35 km selatan Jurm, Afghanistan. Laporan daripada AP menyatakan gempa itu menyebabkan sekurang-kurangnya 12 kematian, beberapa rumah musnah/rosak dan sekitar 40 keluarga terjejas di beberapa wilayah termasuk Kabul, Panjshir, Logar, Nangarhar, Laghman dan Nuristan.

Pada 25 Ogos 2026, gempa bumi bermagnitud 4.9 berlaku berhampiran Jalalabad, Afghanistan. USGS merekodkan pusat gempa kira-kira 4 km di utara-timur laut Jalalabad, dengan gegaran maksimum sekitar intensiti VI (kuat).

Melalui misi kali ini, kami akan menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, antaranya:

•𝘽𝙖𝙠𝙪𝙡 𝙢𝙖𝙠𝙖𝙣𝙖𝙣
•𝙋𝙚𝙧𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙝𝙖𝙙𝙖𝙥𝙞 𝙢𝙪𝙨𝙞𝙢 𝙨𝙚𝙟𝙪𝙠 (𝙨𝙚𝙡𝙞𝙢𝙪𝙩 𝙩𝙚𝙗𝙖𝙡)
•𝙎𝙖𝙣𝙩𝙪𝙣𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙣𝙩𝙪𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙖𝙣𝙖𝙠-𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙮𝙖𝙩𝙞𝙢.

Kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak yang ingin bersama-sama membantu meringankan beban saudara-saudara kita di Afghanistan.

🤲 Marilah sama-sama kita ringankan beban mereka dengan menghulurkan sumbangan melalui nombor akaun:

💳𝙔𝙖𝙮𝙖𝙨𝙖𝙣 𝘼𝙢𝙖𝙡 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 𝘾𝙖𝙬𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙡𝙖𝙣𝙩𝙖𝙣
RHB Bank - 2530 1600 0084 98
𝘙𝘶𝘫𝘶𝘬𝘢𝘯: 𝘔𝘪𝘴𝘪 𝘒𝘦𝘮𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢𝘢𝘯 𝘈𝘧𝘨𝘩𝘢𝘯𝘪𝘴𝘵𝘢𝘯

☎️ Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
wasap.my/+601131797067 (Admin Yayasan Amal Kelantan)


𝗦𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝗔𝗥𝗠𝗔𝗟𝗔𝗛 – 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗕𝗛𝗔𝗥𝗨Alhamdulillah, pihak kami telah melaksanakan program Santuni Armalah dengan menyantuni 10 or...
20/09/2026

𝗦𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝗔𝗥𝗠𝗔𝗟𝗔𝗛 – 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗕𝗛𝗔𝗥𝗨

Alhamdulillah, pihak kami telah melaksanakan program Santuni Armalah dengan menyantuni 10 orang ibu tunggal di sekitar Kota Bharu.

Dalam program ini, setiap penerima telah menerima sumbangan sekampit beras serta sedikit cenderahati sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang.

Semoga sumbangan yang disampaikan ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan keperluan harian para penerima serta menceriakan mereka.

Terima kasih kepada semua pihak dan para penyumbang yang sentiasa menyokong usaha kebajikan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan.




𝗠𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮𝗶 𝗞𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗣𝗿𝗮𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗹 (𝗨𝗨𝗠)Hari ini, pihak Yayasan Amal Kelantan telah mengadakan satu majlis ringkas bag...
20/09/2026

𝗠𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮𝗶 𝗞𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗣𝗿𝗮𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗹 (𝗨𝗨𝗠)

Hari ini, pihak Yayasan Amal Kelantan telah mengadakan satu majlis ringkas bagi meraikan pelajar praktikal yang telah selesai menjalani latihan industri selama 2 bulan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Ain Nabilah, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial dengan Kepujian, Universiti Utara Malaysia (UUM) atas segala komitmen, usaha dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh menjalani latihan industri.

Sebagai tanda penghargaan, satu jamuan santai turut diadakan khas buat beliau sebagai kenang-kenangan serta tanda terima kasih.





🇦🇫 KEMPEN MISI KEMANUSIAAN AFGHANISTAN🤲 BANTUAN MANGSA BANJIR & GEMPA BUMISEPTEMBER – OKTOBER 2026“Mereka kehilangan rum...
10/09/2026

🇦🇫 KEMPEN MISI KEMANUSIAAN AFGHANISTAN

🤲 BANTUAN MANGSA BANJIR & GEMPA BUMI

SEPTEMBER – OKTOBER 2026

“Mereka kehilangan rumah, harta benda dan insan tersayang. Jangan biarkan mereka kehilangan harapan.”

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saudara-saudara kita di Afghanistan terus diuji dengan bencana banjir dan gempa bumi yang memusnahkan kediaman, meragut nyawa serta menyebabkan ribuan keluarga kehilangan tempat tinggal dan sumber kehidupan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, banjir besar telah melanda pelbagai wilayah Afghanistan, manakala gempa bumi turut meninggalkan kemusnahan besar. Ramai yang masih bergelut untuk membina semula kehidupan, khususnya keluarga miskin, golongan rentan dan anak-anak yatim.

Bayangkan…
🏚️ Rumah musnah.
🍚 Bekalan makanan terputus.
🧣 Musim sejuk semakin menghampiri.
👧🏻 Anak-anak kehilangan tempat bergantung.

Dalam keadaan sebegini, bantuan kita bukan sekadar wang — ia adalah tanda bahawa mereka tidak dilupakan.

Melalui Misi Kemanusiaan Afghanistan, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan akan berusaha menyalurkan bantuan kepada mangsa yang memerlukan, antaranya:

🍚 Bakul makanan & keperluan asas
🧣 Selimut dan persediaan menghadapi musim sejuk
🏠 Bantuan kepada keluarga yang terjejas
👧🏻 Santunan anak-anak yatim
❤️ Bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir & gempa bumi

🤲 AYUH, KITA BANTU MEREKA

RM10, RM50, RM100 atau mengikut kemampuan.

Mungkin kecil bagi kita, tetapi amat besar nilainya bagi sebuah keluarga yang sedang berdepan kesusahan.

💳 YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN KELANTAN
RHB BANK: 2530 1600 0084 98
📌 Rujukan: Misi Kemanusiaan Afghanistan

📲 Pertanyaan / Sumbangan:
011-3179 7067
(Admin Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan)

🤲 Hulurkan bantuan. Sebarkan kempen ini. Jadilah sebahagian daripada sinar harapan mereka.

«“Kita mungkin tidak mampu menghapuskan seluruh penderitaan mereka, tetapi kita mampu meringankan sebahagian daripadanya.”»

Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal soleh, sedekah yang diberkati dan asbab meringankan kesusahan saudara-saudara kita di Afghanistan.







09/09/2026

[ 𝐓𝐄𝐀𝐒𝐄𝐑 𝟐𝟓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 ]

Satu perjalanan yang penuh cerita. November ini, sebuah detik istimewa bakal tercipta. Bukan sekadar meraikan sebuah angka, tetapi meraikan 25 tahun perjalanan bersama dalam menyebarkan manfaat dan menyantuni masyarakat.

Dan… apa yang bakal berlangsung?

Nantikan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Yayasan Amal Malaysia dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan khas untuk anda!

Nantikan pengumuman kami yang seterusnya. Mungkin… sesuatu yang anda tidak mahu terlepas sedang menanti.

09/09/2026

Misi Bantuan Mangsa Banjir Afghanistan – September & Oktober 2026

Banjir yang telah melanda Afghanistan telah menjejaskan kehidupan masyarakat setempat, menyebabkan kemusnahan kediaman, kehilangan harta benda serta menjejaskan akses kepada keperluan asas.

🇦🇫 2024 — Banjir besar, khususnya pada Mei, mengorbankan hampir 450 nyawa, selain menyebabkan ribuan kediaman rosak atau musnah dan lebih 5,000 keluarga terpaksa berpindah.

🇦🇫 2025 — Banjir dan kejadian cuaca ekstrem terus melanda beberapa wilayah Afghanistan, termasuk Khost, Logar, Laghman, Kapisa, Wardak dan Nangarhar, mengakibatkan kematian, kecederaan serta kemusnahan kediaman dan sumber mata pencarian.

🇦🇫 2026 — Sehingga tahun ini, banjir telah melanda puluhan wilayah. Dalam tempoh 12 hari pada Mac–April sahaja, banjir, hujan lebat dan tanah runtuh telah mengorbankan 93 orang, manakala banjir pada Julai di Nuristan turut meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa.

Melalui misi kali ini, kami akan menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, antaranya:

•𝘽𝙖𝙠𝙪𝙡 𝙢𝙖𝙠𝙖𝙣𝙖𝙣
•𝙋𝙚𝙧𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙝𝙖𝙙𝙖𝙥𝙞 𝙢𝙪𝙨𝙞𝙢 𝙨𝙚𝙟𝙪𝙠 (𝙨𝙚𝙡𝙞𝙢𝙪𝙩 𝙩𝙚𝙗𝙖𝙡)
•𝙎𝙖𝙣𝙩𝙪𝙣𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙣𝙩𝙪𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙖𝙣𝙖𝙠-𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙮𝙖𝙩𝙞𝙢.

Kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak yang ingin bersama-sama membantu meringankan beban saudara-saudara kita di Afghanistan.

🤲 Marilah sama-sama kita ringankan beban mereka dengan menghulurkan sumbangan melalui nombor akaun:

💳𝙔𝙖𝙮𝙖𝙨𝙖𝙣 𝘼𝙢𝙖𝙡 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 𝘾𝙖𝙬𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙡𝙖𝙣𝙩𝙖𝙣
*RHB Bank - 2530 1600 0084 98*
𝘙𝘶𝘫𝘶𝘬𝘢𝘯: 𝘔𝘪𝘴𝘪 𝘒𝘦𝘮𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢𝘢𝘯 𝘈𝘧𝘨𝘩𝘢𝘯𝘪𝘴𝘵𝘢𝘯

☎️ Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
wasap.my/+601131797067 (Admin Yayasan Amal Kelantan)

Address

LOT 2358, LORONG TAMAN SARI 2
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 12:00 - 16:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+601131797067

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share