06/09/2026
ππ MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN KUDA LASAK TERBUKA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026 ππ
29 Ogos 2026 | 12.00 Tengah Hari
π KETC Stable, Bachok, Kelantan
Alhamdulillah, Majlis Perasmian Kejohanan Kuda Lasak Terbuka Peringkat Negeri Kelantan 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah di KETC Stable, Bachok, Kelantan dan telah disempurnakan oleh YB Dato' Mohd Syahbuddin bin Hashim, ADUN Galas.
Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan pertandingan bagi para penunggang dan kuda terbaik, malah turut menjadi platform untuk memperkenalkan serta mengembangkan sukan ekuestrian khususnya disiplin kuda lasak (endurance) di Negeri Kelantan.
Turut mengiringi YB Dato' Mohd Syahbuddin bin Hashim ialah :
πΉ Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
πΉ Datuk Mohd Azam bin Ismail
Ahli Majlis Sukan Negeri Kelantan
πΉ Dr. Naqib
Pengurus Besar Royal Terengganu Endurance Stable (RTES)
πΉ Ahmad Faiz bin Yusof
Pengurus KETC Stable
πΉ Ahmad Faris bin Yusof
Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru)
Merangkap Naib Presiden 4 Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (M.A.Y.C)
πΉ Yong Fariza bin Umar
Naib Presiden 2 Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru)
Merangkap Pengerusi Biro Kuda Lasak Negeri Kelantan
πΉ Asroy bin Azmi
Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (M.A.Y.C) Negeri Kelantan
π Kejohanan ini menjadi satu lagi langkah penting dalam usaha memperkasa sukan kuda lasak di Kelantan serta membuka ruang kepada golongan belia dan peminat ekuestrian untuk terus berkecimpung dalam sukan yang penuh cabaran, ketahanan dan disiplin ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan TERIMA KASIH diucapkan kepada Royal Terengganu Endurance Stable (RTES), para petugas veterinar, urus setia, petugas teknikal, peserta, penunggang, pemilik kuda, sukarelawan serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan kejohanan pada kali ini. ππ»β€οΈ
π Bersama Memartabatkan Sukan Kuda Lasak Negeri Kelantan!
π Penerus Legasi Ekuestrian Negeri Kelantan
πͺ Terus Melangkah, Terus Berjuang, Terus Menjana Juara!