DPMM Kelantan

Directions Website

DPMM Kelantan Organisasi NGO yang mewakili usahawan Melayu Kelantan.

Komited membina jaringan perniagaan, memperjuang hak ekonomi bumiputera & menyokong pertumbuhan perusahaan melalui program, seminar & kerjasama strategik dengan agensi kerajaan & swasta.

πŸ‡²πŸ‡Ύ DARIPADA NAMA KEPADA JENAMA: APA YANG BOLEH KITA PELAJARI DARIPADA DE.WAN 1958?Bagaimana sebuah nama boleh menjadi se...
26/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ DARIPADA NAMA KEPADA JENAMA: APA YANG BOLEH KITA PELAJARI DARIPADA DE.WAN 1958?

Bagaimana sebuah nama boleh menjadi sebuah jenama?

Dan bagaimana sebuah jenama p**a boleh menjadi sebahagian daripada sebuah LEGASI?

Ramai mengenali De.Wan 1958 by Chef Wan sebagai sebuah restoran yang membawa pengalaman masakan Melayu dalam suasana yang lebih moden dan premium.

Tetapi sebenarnya…

De.Wan 1958 bukan sekadar tentang kulinari.

It is about how Malaysian food is presented, positioned and experienced.

Kita semua ada kulinari Melayu.

Nasi.
Rendang.
Sambal.
Satay.
Masakan kampung.

Tetapi produk yang sama tidak semestinya mempunyai nilai yang sama.

Satu boleh dijual sebagai MAKANAN.

Satu lagi boleh dijual sebagai EXPERIENCE.

Dan di sinilah perkara menarik bermula.

🍽️ BAGAIMANA MAKANAN TRADISI BOLEH MENJADI PREMIUM?

Apa yang membuatkan pelanggan sanggup membayar lebih untuk sesuatu yang asalnya sudah biasa mereka makan?

Adakah kerana resipi?

Adakah kerana persembahan?

Adakah kerana suasana?

Atau…

ADAKAH KERANA JENAMA?

De.Wan 1958 memperlihatkan bagaimana masakan Malaysia boleh diketengahkan bukan sekadar melalui rasa, tetapi melalui identiti, persembahan, pengalaman dan cerita di sebalik makanan.

The food remains Malaysian.

But the experience is elevated.

Dan ini membawa kita kepada satu persoalan yang lebih besar:

Bagaimana seorang chef mengambil kepakaran kulinari yang dibina selama bertahun-tahun…

kemudian mengubahnya menjadi BRAND IDENTITY?

Bagaimana makanan tradisional boleh diberi nafas baharu tanpa kehilangan identiti?

Dan bagaimana sebuah nama yang dibina oleh seorang individu akhirnya boleh berkembang menjadi sebuah BUSINESS PLATFORM?

Itulah yang lebih menarik untuk kita fikirkan.

Kerana mungkin…

RESIPI SEBENAR BUKAN BERADA DI DALAM PINGGAN.

Ia berada pada cara kita BERFIKIR tentang produk, pelanggan, jenama dan nilai.

β€”---------------------

πŸ‡¬πŸ‡§ FROM FOOD TO BRAND.
FROM BRAND TO LEGACY.

And this is where the story gets interesting…

Bagaimana semua itu bermula?

Apakah cabaran yang dilalui?

Bagaimana sebuah nama dibina sehingga menjadi sebuah jenama yang mempunyai nilai?

Dan apakah yang boleh dipelajari oleh kita sebagai usahawan?

Jawapannya mungkin jauh lebih menarik jika kita mendengarnya sendiri daripada individu yang melalui perjalanan tersebut.

🎀 LEADER'S TALK
DATUK DR. CHEF WAN
β€œGastronomy, Business & Legacy”

πŸ“… 7 September 2026 | Isnin
πŸ“ H ELITE Boutique Hotel, Tunjung, Kota Bharu

🎟️ Tempat adalah TERHAD.

Kalau anda seorang usahawan, khususnya dalam bidang F&B…

ANDA MUNGKIN TIDAK MAHU TERLEPAS SESI INI.

πŸ‘‰ Pautan pendaftaran ada di ruangan komen.

Come for the story.
Stay for the lessons.
Leave with a different perspective.

Salam Maulidul Rasul 1448H πŸŒ™Semoga kita semua sentiasa meneladani akhlak mulia Rasulullah SAW dan memperbanyakkan selawa...
25/08/2026

Salam Maulidul Rasul 1448H πŸŒ™

Semoga kita semua sentiasa meneladani akhlak mulia Rasulullah SAW dan memperbanyakkan selawat ke atas Baginda. Semoga keberkatan dan rahmat Allah sentiasa mengiringi kita sekeluarga. 🀍

Ikhlas daripada kami,

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kelantan.

DPMM Kelantan kali ini membawakan LEADERS TALK with DATUK DR. CHEF WAN | Gastronomy, Business & LegacyDi sebalik kejayaa...
24/08/2026

DPMM Kelantan kali ini membawakan LEADERS TALK with DATUK DR. CHEF WAN | Gastronomy, Business & Legacy

Di sebalik kejayaan seorang ikon masakan negara, ada perjalanan membina jenama, perniagaan, reputasi dan legasi yang bukan tercipta dalam sehari.

Kali ini, Datuk Dr. Chef Wan akan berkongsi sendiri pengalaman, perspektif dan strategi beliau β€” daripada dunia gastronomi sehingga berjaya membawa nama serta warisan Malaysia ke persada dunia. πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“… 7 September 2026 | 2:00 petang
πŸ“ H Elite Design Hotel, Kota Bharu

Apa yang menanti anda:
- Sesi perkongsian eksklusif bersama Datuk Dr. Chef Wan
- Strategi & ilmu perniagaan
- Peluang networking bersama komuniti usahawan
- Makan malam eksklusif
- Cenderahati eksklusif

Ini bukan sekadar sesi motivasi.
Ini peluang untuk belajar daripada pengalaman sebenar seorang ikon yang telah membina jenama merentas generasi.

🎟️ TEMPAT ADALAH TERHAD.

πŸ‘‰ Daftar sekarang dengan scan QR Code pada poster.
Jangan tunggu sehingga SOLD OUT baru nak cari tiket!

Tag rakan bisnes anda yang WAJIB berada dalam dewan bersama anda. πŸ‘‡

https://megainspire.bcl.my/event/leaderstalkchefwan

πŸ” ππ„ππ‚π€ππ€πˆπ€π. 𝟏 π“πŽπŠπŽπ‡.π’πˆπ€ππ€ πƒπˆπ€?Ada sesetengah tokoh yang membina nama.Ada p**a yang membina jenama.Dan ada yang berjaya...
22/08/2026

πŸ” ππ„ππ‚π€ππ€πˆπ€π. 𝟏 π“πŽπŠπŽπ‡.
π’πˆπ€ππ€ πƒπˆπ€?

Ada sesetengah tokoh yang membina nama.

Ada p**a yang membina jenama.
Dan ada yang berjaya membina kedua-duanya sehingga menjadi sebahagian daripada sejarah industri tanah air.

Pada πŸ• π’πžπ©π­πžπ¦π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ”, DPMM Negeri Kelantan akan membawakan sebuah 𝐸π‘₯𝑐𝑙𝑒𝑠𝑖𝑣𝑒 𝐡𝑒𝑠𝑖𝑛𝑒𝑠𝑠 π‘†π‘’π‘ π‘ π‘–π‘œπ‘› bersama seorang tokoh yang mempunyai perjalanan luar biasa dalam dunia perniagaan, gastronomi, media dan penjenamaan.
Tetapi sebelum kami mendedahkan siapa beliau…

Cuba teka berdasarkan 6 pencapaian ini:

πŸ† 01 β€” IKON KULINARI MALAYSIA
Lebih empat dekad mewarnai dunia gastronomi dan memperkenalkan citarasa Malaysia kepada khalayak yang lebih luas.

πŸ“š 02 β€” PENULIS BUKU TERLARIS
Menghasilkan puluhan karya berkaitan masakan dan gastronomi yang menjadi rujukan serta koleksi ramai peminat makanan.

πŸ₯‡ 03 β€” PENERIMA PELBAGAI ANUGERAH
Diiktiraf melalui pelbagai anugerah atas sumbangan dan pencapaian dalam bidang kulinari serta keusahawanan.

πŸ’Ό 04 β€” USAHAWAN F&B BERJAYA
Berjaya mentransformasikan kepakaran dan reputasi dalam dunia makanan kepada empayar perniagaan serta jenama tersendiri.

πŸ“ˆ 05 β€” SYARIKAT TERSENARAI DI BURSA MALAYSIA
Perjalanan daripada membina nama kepada membina sebuah perniagaan yang mencapai tahap pasaran modal.

πŸ“Ί 06 β€” PERSONALITI TELEVISYEN POPULAR
Wajah yang telah menghiasi kaca televisyen dan menjadi begitu dekat dengan masyarakat Malaysia.

πŸ€” DAH BOLEH TEKA?
Kalau anda rasa anda sudah tahu siapa tokoh ini…
Jangan jawab dulu. 😏
Kerana teka-teki ini akan berakhir tidak lama lagi.

πŸ”₯ ISNIN | 24 OGOS 2026
FULL REVEAL
Siapakah tokoh yang akan bersama DPMM Negeri Kelantan pada 7 September ini?

Dan yang lebih penting…

APA YANG BOLEH KITA PELAJARI DARIPADA PERJALANAN BELIAU?

πŸ‘€ Nantikan.

DPMM Negeri Kelantan
Exclusive Business Session

πŸ“… 7 September 2026
πŸ“ H ELITE Boutique Hotel, Tunjung, Kota Bharu










20 Ogos 2026MAJLIS MAKAN MALAM PENGHARGAAN PETUGAS-PETUGAS & SUKARELAWAN  GEMA DPMM MARA.Pihak Pengurusan DPMM Kelantan ...
21/08/2026

20 Ogos 2026

MAJLIS MAKAN MALAM PENGHARGAAN PETUGAS-PETUGAS & SUKARELAWAN GEMA DPMM MARA.

Pihak Pengurusan DPMM Kelantan berbesar hati mengadakan Malam Penghargaan kepada krew-krew dan sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan GEMA DPMM MARA pada 17 Ogos yang lepas.

Semoga ukhwah yang terjalin dapat memberikan kerjasama yang lebih padu dalam aktiviti Dewan pada masa hadapan.
InshaAllah.



19/08/2026

TAHUKAH ANDA? Sebuah perjuangan besar ekonomi Melayu pernah bermula dari bumi Kelantan.

Ada sejarah yang sekadar tercatat di atas kertas.
Dan ada sejarah yang menjadi warisan perjuangan sebuah bangsa. ❀️

Tidak ramai yang mengetahui bahawa perjalanan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mempunyai akar sejarah yang sangat dekat dengan Negeri Kelantan.

Dari bumi Serambi Mekah inilah lahirnya semangat untuk menyatukan suara, kekuatan dan kepentingan para peniaga Melayu β€” sebuah perjuangan yang kemudiannya berkembang menjadi gerakan lebih besar dalam memperkasakan ekonomi Melayu di Malaysia.

Bagi kami di DPMM Negeri Kelantan, sejarah ini bukan sekadar sesuatu untuk dikenang.

Ia adalah amanah untuk diteruskan.

Generasi terdahulu telah membuka jalan dengan keberanian dan kesatuan. Hari ini, menjadi tanggungjawab generasi kita p**a untuk memastikan DPMM terus relevan, terus menjadi suara usahawan dan terus melahirkan lebih ramai usahawan Melayu yang berdaya saing.

Dari Kelantan bermula sebuah sejarah.
Dari sebuah perjuangan, lahir sebuah legasi.
Dan legasi ini mesti terus kita pertahankan. πŸ€πŸ‡²πŸ‡Ύ

Semoga DPMM terus menjadi wadah yang menyatukan, memperjuangkan dan mengangkat martabat ekonomi bangsa untuk generasi yang akan datang.

πŸ”₯ 𝗔𝗗𝗔 π—¦π—˜π—¦π—¨π—”π—§π—¨ π—¬π—”π—‘π—š π—•π—˜π—¦π—”π—₯ π—”π—žπ—”π—‘ π—•π—˜π—₯π—Ÿπ—”π—žπ—¨ π——π—œ π—žπ—˜π—Ÿπ—”π—‘π—§π—”π—‘β€¦DPMM Negeri Kelantan akan mengadakanβ€œπ™€π™“π˜Ύπ™‡π™π™Žπ™„π™‘π™€ π˜½π™π™Žπ™„π™‰π™€π™Žπ™Ž π™Žπ™€π™Žπ™Žπ™„π™Šπ™‰ 𝙒𝙄𝙏𝙃…”...
19/08/2026

πŸ”₯ 𝗔𝗗𝗔 π—¦π—˜π—¦π—¨π—”π—§π—¨ π—¬π—”π—‘π—š π—•π—˜π—¦π—”π—₯ π—”π—žπ—”π—‘ π—•π—˜π—₯π—Ÿπ—”π—žπ—¨ π——π—œ π—žπ—˜π—Ÿπ—”π—‘π—§π—”π—‘β€¦

DPMM Negeri Kelantan akan mengadakan

β€œπ™€π™“π˜Ύπ™‡π™π™Žπ™„π™‘π™€ π˜½π™π™Žπ™„π™‰π™€π™Žπ™Ž π™Žπ™€π™Žπ™Žπ™„π™Šπ™‰ 𝙒𝙄𝙏𝙃…”

πŸ“… 7 September 2026

Kali ini, kita bukan sekadar mengajak usahawan datang mendengar ceramah.

Kita mahu membawa anda bertemu dan mendengar sendiri kisah perjalanan seorang tokoh usahawan terkemuka tanah air β€” seorang figura yang telah membina nama, reputasi dan pengaruh melalui perjalanan yang panjang dalam dunia gastronomi, perniagaan, penjenamaan dan kehidupan.

Daripada minat kepada kerjaya.
Daripada kepakaran kepada perniagaan.
Daripada nama kepada jenama.
Dan akhirnya… daripada kejayaan kepada LEGASI.

Beliau telah melalui pelbagai fasa.

Ada kejayaanβœ…
Ada cabaranβœ…
Ada kritikanβœ…
Ada jatuh bangunβœ…

Namun satu perkara yang pasti…

Nama beliau sudah menjadi sebahagian daripada sejarah industri makanan Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Persoalannya…

❓ SIAPAKAH TOKOH YANG AKAN BERSAMA KITA PADA 7 SEPTEMBER INI?

🀫 Kami belum boleh dedahkan lagi…

Tetapi kami boleh beri satu petunjuk:

Β«Beliau bukan sekadar tahu tentang makanan.

Beliau tahu bagaimana membina sebuah NAMA.Β»

πŸ‘€ Nantikan TEASER #2 DPMM Negeri Kelantan.

Mungkin anda sudah boleh meneka siapa…







SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH | GEMA 2026 NEGERI KELANTANAlhamdulillah, selesai sudah Gerakan Ekoniaga Madani (GEM...
18/08/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH | GEMA 2026 NEGERI KELANTAN

Alhamdulillah, selesai sudah Gerakan Ekoniaga Madani (GEMA) 2026 Negeri Kelantan. Sebuah perjalanan yang tidak mungkin dapat dijayakan tanpa kepercayaan, sokongan dan komitmen daripada begitu ramai pihak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih khususnya kepada MARA Negeri Kelantan atas kepercayaan serta peluang yang diberikan untuk kita bersama-sama menjayakan agenda memperkasa usahawan.

Terima kasih juga kepada kepimpinan DPMM, agensi-agensi kerajaan, institusi kewangan, rakan strategik, penaja, urus setia serta seluruh usahawan dan peserta yang hadir dan memberikan sokongan luar biasa.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada GEMA 2026 Negeri Kelantan.

Semoga kita bertemu lagi dalam kolaborasi dan program yang lebih besar selepas ini, InsyaAllah.

Terima kasih MARA Negeri Kelantan atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada kami untuk bersama-sama menjayakan ...
17/08/2026

Terima kasih MARA Negeri Kelantan atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada kami untuk bersama-sama menjayakan GEMA 2026 Negeri Kelantan.

InsyaAllah, kolaborasi dan kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang demi membina usahawan yang lebih berdaya saing, berilmu, berdaya tahan serta mampu berkembang ke tahap yang lebih tinggi.

Apa yang bermula hari ini bukan sekadar sebuah program, tetapi satu langkah dalam membina ekosistem keusahawanan yang lebih kuat dan saling menyokong.

Semoga segala usaha dan komitmen ini terus memberi manfaat kepada lebih ramai usahawan, khususnya di Negeri Kelantan.

Bersama kita membina, memperkasa dan mengangkat usahawan ke hadapan.

ALHAMDULILLAH, SELESAI GEMA 2026 NEGERI KELANTAN! Satu hari yang penuh dengan ilmu, inspirasi, networking dan peluang ba...
17/08/2026

ALHAMDULILLAH, SELESAI GEMA 2026 NEGERI KELANTAN!

Satu hari yang penuh dengan ilmu, inspirasi, networking dan peluang baharu.

Terima kasih kepada semua peserta, usahawan, agensi, panel, rakan strategik serta seluruh pasukan yang telah bersama-sama menjayakan Gerakan Ekoniaga Madani (GEMA) 2026 Negeri Kelantan.

Di sebalik sebuah program, ada banyak tenaga, masa dan komitmen yang dicurahkan. Penat itu ada, tetapi melihat usahawan hadir, berkenalan, berkongsi pengalaman dan membuka ruang kerjasama baharu, itulah kepuasan yang sukar digambarkan.

Semoga GEMA 2026 bukan sekadar berakhir di dewan hari ini, tetapi menjadi permulaan kepada lebih banyak peluang, jaringan perniagaan dan kejayaan usahawan Kelantan.

Terima kasih kepada semua yang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

Majlis Amanah Rakyat
MARA Negeri Kelantan
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
Ketua Polis Kelantan
Rural Capital Berhad
Tekun Nasional
CGC
Unifi
AKPK
Bank Islam
Jabatan Pembangunan Kemahiran

Jumpa lagi di GEMA seterusnya! πŸ™ŒπŸ”₯

Address

Kota Bharu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DPMM Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share