21/09/2026
Janji Rosmadi, yakin FIFA akan beri berita gembira.
Datuk Seri Rosmadi Ismail yakin masalah membelenggu skuad Liga Super KRW akan selesai dalam masa terdekat.
Pasukan itu terkena tempias hutang RM1.7 juta yang sebenarnya milik Kelantan FC sekaligus dikenakan sekatan perpindahan oleh FIFA.
"Rayuan sebenarnya kami dah buat kepada FIFA menerusi GS FAM, namun sehingga kini keputusan akhir belum keluar. Saya difahamkan FIFA masih lagi membuat analisa dan siasatan bagi memastikan kes ini dapat diselesaikan dengan baik.
"InshaAllah kami akan mendapat berita yang positiflah dalam masa terdekat," ujar Rosmadi yang kini orang no.2 FAM.