Persatuan Cakna Mukim Paya Rambai - CAKNA

Persatuan Cakna Mukim Paya Rambai - CAKNA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Cakna Mukim Paya Rambai - CAKNA, Non-Governmental Organization (NGO), Paya Rambai, Kota Bharu.

03/11/2025
30/03/2025

SALAM LEBARAN 1445H. Semoga Ramadhan yg lalu memberi seribu keinsafan..

17/03/2025

Salam Nuzul Al Quran 1446H

28/02/2025

Ketibaan Ramadhan kali ini, kami seluruh jawatankuasa Masjid As-Solihin Mukim Paya Rambai dan anak mukim Paya Rambai raikan dengan rendah hati dan memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Ilahi. Tiada ucapan yang selayaknya meniti di bibir setiap daripada kami melainkan Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Setelah beberapa tahun penantian yang diiringi usaha langkah demi langkah, maka kami dengan secara rasminya mengisytiharkan Majlis Pelancaran Tabung Infaq Dan Wakaf Pembinaan Masjid As Solihin Mukim Paya Rambai yang akan dilangsungkan esok.

Majlis ini sekaligus membuktikan tekad kami untuk memula dan menyempurnakan pembinaan masjid bagi bangunan utama setelah bangunan fasa pertama berjaya disiapkan pada 2022.

Oleh itu, kami mengajak semua pihak dari semua lapisan masyarakat dan semua latarbelakang, untuk sama-sama kita berganding bahu memikul tanggungjawab menyiapkan dan merealisasikan impian kita untuk melihat wajah baharu Masjid As-Solihin Mukim Paya Rambai.

Tiada yang kita harapkan daripada pembinaan ini melainkan keselesaan dalam beribadah dan melicinkan lagi segala aktiviti yang dijalankan di masjid sekaligus memberi impak yang positif kepada seluruh masyarakat sesuai dengan fungsinya sebagai The Centre Of Society.

Untuk itu, infaqkanlah harta anda sebagai bekalan akhirat dan tanda sokongan serta cakna anda kepada pembinaan yang menjadi kepentingan setiap seorang daripada kita ini.
Semoga Allah mempermudah dan memberkati usaha kita semua.

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya) (al-Maidah:2)

Cukup terkenal dengan gelaran Che Awe Salam Pantai Timur (watak dalam sitcom Salam Pantai Timur yang pernah popular satu...
25/02/2025

Cukup terkenal dengan gelaran Che Awe Salam Pantai Timur (watak dalam sitcom Salam Pantai Timur yang pernah popular satu masa dulu). Arwah diuji dengan masalah kesihatan sehingga membataskan aktiviti harian beliau.
NGO CAKNA berkesempatan menziarahi arwah semasa hayat beliau..
Tiada lagi sindiran sinis dalam setiap watak yang beliau lakonkan.
Semoga arwah Che Awe a.k.a Abe Lie Tayar ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh..

13/02/2025

Alhamdulillah.. Terima kasih atas inisiatif dari YB Rohani Ibrahim yang cakna terhadap rakyat khususnya di Mukim Paya Rambai

Genap 10 tahun pemergian Murabbi Ummah Tuan Guru Tan Sri Dato' Bentara Setia Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. 12 F...
12/02/2025

Genap 10 tahun pemergian Murabbi Ummah Tuan Guru Tan Sri Dato' Bentara Setia Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. 12 Februari 2015 - 12 Februari 2025. Semoga Almarhum ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh..

Alhamdulillah.. selesai program Khatam Al Quran peringkat Mukim Paya Rambai. Program yang mengumpulkan peserta dari kela...
08/02/2025

Alhamdulillah.. selesai program Khatam Al Quran peringkat Mukim Paya Rambai.
Program yang mengumpulkan peserta dari kelas² pengajian yang terdapat dalam Mukim Paya Rambai iaitu :
- Kelas Masjid Hidayah
- Kelas Masjid Poksu Somad
- Kelas Masjid Hijau AsSaadah
- Kelas Pondok Pohon Getah
- Kelas Pondok ASG
- Kelas Masjid Padang Pa'da Jaafar
- dan orang perseorangan.

Program ini amat bertuah kerana disantuni oleh YB Rohani binti Ibrahim (EXCO Kerajaan Negeri Kelantan) yang turut berkongsi pandangan beliau dan keterujaan terhadap program sebegini. Terima kasih YB Kak Ani.!!
Semoga kita semua diberkati dan dirahmati olehNya..

Address

Paya Rambai
Kota Bharu
15200

Telephone

+60179200899

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Cakna Mukim Paya Rambai - CAKNA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Cakna Mukim Paya Rambai - CAKNA:

Share