Jabatan Amal Kubang Kerian

Jabatan Amal Kubang Kerian “Hadirmu Tidak Diundang,Gerak Kerjamu Selalu Diingati”

Al-Fatihah
24/12/2022

Al-Fatihah

انا لله وانا اليه راجعون

Pagi ini, kami dikhabarkan pemergian sahabat kami yang telah meninggalkan kita semua menghadap Allah Taala, iaitu Ahmad Tohir Bin Ahmad Yahaya (anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Baling).

Kami mendoakan semoga Allah terima segala amalan beliau dan mengangkat darjatnya disisi Allah serta ditempatkan bersama orang beriman dan orang soleh.

Saya mewakili Ahli Lembaga Pengarah dan anggota Jabatan Amal Malaysia ucapkan salam takziah kepada keluarga almarhum di atas pemergian beliau.

Hanafi Zulkapli
Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia.


‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
02/08/2022

‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

[UCAPAN TAKZIAH : VETERAN AMAL KELANTAN]

Firman Allah SWT:

(كُلُّ نَفۡسࣲ ذَاۤىِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَكُمۡ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَۗ وَمَا ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَاۤ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ)

Maksudnya: "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
[Surah Ali-Imran: Ayat 185]

Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Pak Musa (anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Gua Musang) Yang telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 7:00 malam tadi.

Semoga ahli keluarga tabah dan diberi kekuatan jiwa dalam menghadapi ujian Allah SWT ini.

Pemergian Pak Musa merupakan satu kehilangan besar buat kami di Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan. Kami mendoakan semoga roh Allahyarham sentiasa mendapat rahmat serta ditempatkan bersama para solihin dan termasuk dalam kalangan orang yang beriman.

"Beramal kerana Allah"

MOHD FIRDAUS MOHAMED NAWI
Pengarah
Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan

Baling - Misi Pemulihan Bantuan Banjir Kelantan Ke Kedah (Siri 1) 7-8 Julai 2022 Kedah diuji sekali lagi dengan banjir d...
27/07/2022

Baling - Misi Pemulihan Bantuan Banjir Kelantan Ke Kedah (Siri 1) 7-8 Julai 2022

Kedah diuji sekali lagi dengan banjir dari aliran sungai yang menyerbu deras secara tiba-tiba yang melibatkan 8 buah kampung dan lebih

Jabatan Amal Negeri Kelantan telah dikerahkan bagi Ops Bencana Baling. Seramai 40 orang kekuatan anggota telah dikerahkan bagi membantu penduduk kampung yang terkesan

Misi bermula dari jam 10pagi sehingga 4petang Yang diketuai oleh Tuan Azman Bin Isa (Timbalan Pengarah 1 Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan)

Semoga segala urusan dipermudahkan dan diberi kekuatan dengan ujian ini kerana setiap ujian dan dugaan akan mematangkan kita untuk terus melangkah kehadapan


Address

Kota Bharu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Amal Kubang Kerian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share