HUSKY Kelate Brotherhood

Directions Contact the organization

HUSKY Kelate Brotherhood Sekumpulan Pemilik SYM Husky 150 yang berpengkalan di Kelantan D.N dengan prinsip, halatuju dan pendirian tersendiri.

Group mana ni.. kita berminat nak collaborate sbb diorang ni rider kental yg mithali.. 😂😂😂😂😂
25/09/2026

Group mana ni.. kita berminat nak collaborate sbb diorang ni rider kental yg mithali..

😂😂😂😂😂


ADHOC RIDE TO DABONGTarikh : 04hb Sept 2026 (Jumaat)Masa : 6.30 pagi  - 9.30 mlmKekuatan : 5 jentera Jarak : -+ 300kmRou...
04/09/2026

ADHOC RIDE TO DABONG

Tarikh : 04hb Sept 2026 (Jumaat)
Masa : 6.30 pagi - 9.30 mlm
Kekuatan : 5 jentera
Jarak : -+ 300km

Route :
Kota Bharu ▶️ Tanah Merah ▶️ Jeli ▶️ Dabong ▶️ Kemudu ▶️ Jelawang ▶️ Lata Renyuk ▶️ Jeli ▶️ Tanah Merah ▶️ Kota Bharu

Cerita bermula petang semalam apabila, Abe Pul ggn Abe Lie ke rumah Hizat untuk servis motor tapi xleh nk buat sbb hujan ribut.. Lalu acara yang sepatutnya roti canai **** ***** (ytjt 😅😅😅) bertukar menjadi hidangan laksa dan laksam. So dikala hujan lebat dan menikmati hidangan yg lazat, terkeluar idea untuk teman sahabat kita yang lapor diri kerja baru di Dabong hari ni. Meseh dan maklum pada dia, dia cakap ok je.. x semena2 jadi la satu ride yg x dirancang.. so inilah kisahnya..

Jam 6.30 pagi kami bergerak.. sepatut berempat jadi berlima.. Abe Mea TM juga follow kami.. jumpa di Caltex Merbau jam 7.30 pg dan kami bergerak.. Plan untuk sarapan depan UMK tapi terlepas sbb ingatkan kedai tutup.. So kami sarapan di Kg Berdang.. Rezeki kami ada hamba Allah yang bayar (semoga murah rejeki). Sesampai di Kemubu kami singgah di pasar pagi di situ sementara sahabat kami, Walid Halim masuk melaporkan diri ke tempat barunya. Selepas tu, lebih kurang jam 10.30 pagi kami ke site office beliau. Beliau mengajak kami minum sebelum ke rumah sewa yang diberikan oleh majikan beliau. Kami perasan bunyi aneh pada enjin motor beliau dan bila diperiksa, minyak enjin kekeringan. Nasib baik Abe Lie bawa minyak enjin beliau yang tak jadi servis semalam.

Selesai isi minyak enjin kami ke rumah sewa Walid yang agak jauh daripada site office tadi. Sampai di sana, kami berkesempatan untuk rehat di rumah sewa Walid yang amat selesa siap aircond bagai. Walid menerima panggilan drpd Boss baru beliau yang ingin berjumpa beliau jam 3 petang. Jadi kami terpaksa ubah plan balik yang sepatutnya bertolak balik jam 3 selepas makan. So kami ke Jelawang untuk lunch. Sebelum lunch kami singgah di Resort Pipe utk recce tempat kot2 sesuai nak bawak keluarga nanti. Keluar drpd situ kami lunch di kedai Yahya Ikan Bakar di Jelawang. Semasa lunch ada penjual petai dgn kereta berhenti dan kami sapa untuk membeli. Sekali lagi rezeki kami murah apabila abang yang jual petai tadi memberikan secara percuma lebih drpd 20 papan (Ya Allah murahkan la rejeki abang petai tadi).

Hizat mendapat call drpd sahabat kami di Cameron Highlands yang otw balik ke Tanah Merah. Sementara menunggu Walid meeting dgn bossnya, kami berehat di Lata Renyuk dalam jam 4 ptg.. Lebih kurang jam 5 ptg J***t sampai dan selepas itu Walid pun tiba. Kami bertolak balik lebih kurang jam 6 ptg dan singgah di Batang Merbau untuk minum dan solat Maghrib. Sambil minum tiba seorang sahabat Husky kenalan Hizat, Bad yang turut sama. Sekej*p yang jadi tak sekej*p 😅😅😅😅

Jam 9 mlm kami bergerak ke haluan masing2. Adhoc ride yang simple dan happy.. Happy kenapa? Sebab semuanya sporting dan flow tanpa pressure atau masalah

So.. wait for the next ride.. tapi ini kali kena plan sbb takut ade yang terasa sbb x leh join yg ni..
🙈🙈🙈🙈








"1 hati, 1 jiwa, 1 Malaysia. Selamat menyambut Hari Kebangsaan!"
30/08/2026

"1 hati, 1 jiwa, 1 Malaysia. Selamat menyambut Hari Kebangsaan!"

31/07/2026
HKB PICNIC @ JERAM MENGAJI, PASIR PUTIHTarikh : 31hb Julai (Jumaat)Masa : 8 pagi - 3 petangBuat pertama kali geng kami b...
31/07/2026

HKB PICNIC @ JERAM MENGAJI, PASIR PUTIH

Tarikh : 31hb Julai (Jumaat)
Masa : 8 pagi - 3 petang

Buat pertama kali geng kami buat picnic yang semuanya bawak family dan pergi dengan kereta.. Ride off.. It's a family day.. Biasa ride je sekali-sekala beli jiwa family sambil berukhwah. sepatutnya 8 keluarga terlibat tetapi 2 mempunyai kekangan kerja dan masalah last minit.. takpe mungkin next time lebih ramai lagi join.. sesampai kami di sini disambut dgn abang jaga gate dgn bayaran RM3 dewasa dan RM2 kanak2 😂😂😂😂... Masuk ke dalam kawasan jeram agak teruja dengan fasiliti yang ada dan kawasan yang bersih.. Aktiviti santai kami dimulakan dgn brekpes nasi gorang. bihun goreng dan nasi lemak yang dibawa secara potluck.. sesambil itu geng kami start berBBQ.. habis BBQ geng kami bermandi manda.. naik dan makan lagi.. 😂😂😂😂😂..

Terima kasih pada semua yang terlibat.. it was simple & fun.. tq everyone for being so sporting.. till we meet again next...

Sign off for now..

HUSKY KELATE BROTHERHOOD

TT AIR HALIAMalam semalam small TT dgn gang nak bincang pasal nak g berkelah di Jeeam Mengaji.. lama x kena air halia ni...
25/07/2026

TT AIR HALIA

Malam semalam small TT dgn gang nak bincang pasal nak g berkelah di Jeeam Mengaji.. lama x kena air halia ni piyaw jugak 😂😂😂😂😂

TQ Monaz Nasir ❤️
15/07/2026

TQ Monaz Nasir ❤️



TQ Abe Mie for the video..
13/07/2026

TQ Abe Mie for the video..



NASI KANDAQ RIDE, PENANGTarikh : 10 - 11hb Julai (Jumaat & Sabtu)Masa : 7 pagiKekuatan : 7 jentera Jarak : -+ 900kmRoute...
12/07/2026

NASI KANDAQ RIDE, PENANG

Tarikh : 10 - 11hb Julai (Jumaat & Sabtu)
Masa : 7 pagi
Kekuatan : 7 jentera
Jarak : -+ 900km
Route :
Kota Bharu ▶️ Tanah Merah ▶️ R&R Titiwangsa ▶️ Seberang Prai ▶️ Georgetown ▶️ Batu Feringgi ▶️ Teluk Bahang ▶️ Balik Pulau ▶️ Seberang Prai ▶️ Grik ▶️ R&R Titiwangsa ▶️ Tanah Merah ▶️ Kota Bharu

Adhoc ride.. dibuat selepas ride ke Batu Kirau ditunda.. kebetulan salah seorang ahli kami ada kerja dan berseloroh ajak pergi dgn kotor.. tiba2 2-3 orang On dan jadi 7 org. Gerak seawal jam 6.30 pg ke RV1 di Restoran Roti Canai Chegu di Tanah Merah.. ada member baru Husky datang join brekpes.. Abe Mae.. brekpes dan gerak semula jam 8.30 pagi direct ke R&R Banjaran Titiwangsa.. singgah ambik gambar j*p dan sambung perjalanan.

Tiba di Kulim utk makan nasi kandaq pertama tetapi kecewa sbb Kedai Nasi Kandar Pokok Ubi tutup.. so cari altenatif ke Nasi Kandar Ayam Bawang Rasheed di Seberang Prai. Settle lunch terus gerak ke homestay.. ada berlaku kekeliruan sedikit apabila kami x dibenarkan masuk bila kami bagi 7 nombor pendaftaran dan mereka ingat kami semuanya 14 org. Terpaksa cari hotel berdekatan. So masuk hotel.. petang rehat dan layan kolam..

Jam 6.30 ptg kami keluar ronda bandar Georgetown sambil bergambar dan yang wajib adalah KOMTAR. Lepas maghrib kami pekena Nasi Kandaq lagi di Mohamad Rafee Nasi Kandar.. ayam goreng dia champion.. Ssuuurrr.. Lepas tu kami ride balik Batu Ferringhi layan night market..

Esok paginya kami brekpes dekat gerai depan Hard Rock Hotel.. jam 10 kami siap2 nak check out dan terus ke Teluk Bahang.. sampai di Empangan Teluk
Bahang kena hujan lebat.. sidai kat wakaf tepi jalan tepi empangan.. Hujan renyai2 kami redah ke Balik Pulau.. jalan dia.. cam 🐍 tambahan hujan dan agak licin.. geli2 je corner..

Sampai di Balik Pulau nak kena laksa jaggus yg femes tapi malangnya tutup sbb cuti Yang Dipertua Negeri.. tukar venue.. Laksa Pak Aaq.. kena laksa dan nasik lemak.. syahdu ooii.. lepas zohor kami gerak ke Bayan Lepas dan singgah rasa durian atas bukit tu. Bincang2 x payah singgah Bayan Lepas direct ke Seberang Prai pekena cendoi dan cari jeruk.. lepas tu dalm jam 5 ptg bertolak balik.. slow je sbb jalan basah dan berkabus.. sejuk yang amat.. singgah di R&R kena kopi sbb sejuk.. jam 8.45 mlm gerak terus dan sampai ke destinasi masing2 jam 11.00 mlm

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ
Ride kali sangat smooth tanpa ada apa2 masalah.. crew yang sporting

Penang Nasi Kandaq Ride sign off..

So.. wait for the next ride







04/07/2026

Bijak ni biasanya drpd genetik.. juga drpd usaha.. kejayaan tak datang dengan mudah.. so supplement utk kesihatan bukan untuk bijak..

Address

Kota Bharu
15200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HUSKY Kelate Brotherhood posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to HUSKY Kelate Brotherhood:

Shortcuts

Share