Koperasi Dewan Melayu Kelantan Berhad

Koperasi Dewan Melayu Kelantan Berhad Kenali KODEWAN

KODEWAN adalah koperasi yang ditubuhkan oleh Usahawan Melayu Negeri Kelantan untuk be

Selamat Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir dan Batin                                             تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنكُم
Maksudnya: “Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu.”

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan dan mempererat ukhuwah sesama kita.

Ikhlas daripada
Mejar Bersekutu (PA) Ts Mohd Ali Amin
Pengerusi
Koperasi Dewan Melayu Kelantan Berhad
(KODEWAN)

🌙 Tahukah kita kenapa Ramadan begitu istimewa?Kerana pada bulan inilah Allah menurunkan Al-Quran, sebagai petunjuk untuk...
07/03/2026

🌙 Tahukah kita kenapa Ramadan begitu istimewa?

Kerana pada bulan inilah Allah menurunkan Al-Quran, sebagai petunjuk untuk seluruh manusia.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah:185:

📖 “Bulan Ramadan ialah bulan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia, serta penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara yang benar dengan yang batil.”

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.
Ia adalah masa untuk kita kembali mendekati Al-Quran, membaca, memahami dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan.

🤲 Salam Nuzul Al-Quran
Semoga hati kita sentiasa dekat dengan kalam Allah.

RAMADAN BULAN KEAMPUNAN DAN PEROLEHI KETENANGANSabda Nabi SAW;عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ...
18/02/2026

RAMADAN BULAN KEAMPUNAN DAN PEROLEHI KETENANGAN

Sabda Nabi SAW;
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya : “Daripada Abi Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Ramadan Mubarak, Maaf Zahir Batin.

Ts. Mohd Ali Amin Bin Ab.Latif
Pengerusi KODEWAN &
Ahli Lembaga Pengarah KODEWAN

MAJLIS MENANDATANGANI MOU BAGI PENYELIDIKAN PROGRAM PADANAN INDUSTRI (IMaP) KPT.KODEWAN terlibat sama dalam program ini ...
25/03/2025

MAJLIS MENANDATANGANI MOU BAGI PENYELIDIKAN PROGRAM PADANAN INDUSTRI (IMaP) KPT.

KODEWAN terlibat sama dalam program ini berkaitan industri Kenaf Negara di bawah seliaan Lembaga Kenaf & Tembakau Negara.

KODEWAN telah diwakili oleh Tuan Pengerusi (Ts. Mohd Ali Amin) serta Pengarah Projek Pembangunan Ladang Kenaf KODEWAN (En. Azhan Ammar) dalam menandatangani MOU tersebut.

𝐉𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐊𝐃𝐘𝐌𝐌 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔Sekalung Tahniah diucapkan kepada YBHG. Dato' Amran bin Haji Abd Kadir Timbalan Ketua Pegawai ...
02/10/2024

𝐉𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐊𝐃𝐘𝐌𝐌 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Sekalung Tahniah diucapkan kepada YBHG. Dato' Amran bin Haji Abd Kadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia diatas pengurniaan Darjah Dato' Paduka bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.) bersempena Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Sempena Perayaan Ulangtahun Keputeraan Ke Bawah DYMM Sultan Muhammad Ke V Yang Ke 55 Tahun 2024.

Ikhlas Daripada
Pengerusi, Anggota Lembaga & Warga Kerja Koperasi Dewan Melayu Kelantan Berhad

21/06/2024
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KODEWANKali Ke - 6& Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha.MAT KODEWAN kali ini telah dirasmikan ol...
21/06/2024

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KODEWAN
Kali Ke - 6
&
Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha.

MAT KODEWAN kali ini telah dirasmikan oleh En. Amran Bin Abd Kadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA) yang bertempat di Ladang Kluster KODEWAN Kg. Tok Bok Machang.

MAT turut dimeriahkan dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha dimana KODEWAN telah menyembelih 4 ekor lembu korban yang menjadi bahagian ahli2 KODEWAN untuk diagihkan pada penduduk kampung sekitar.

Alhamdulillah, projek ternakan lembu korban KODEWAN pada kali pertama ini telah berjaya dijual keseluruhannya. Pihak KODEWAN akan menyasarkan tambahan pelaburan sekali ganda untuk projek ini bagi mengoptimumkan pendapatan KODEWAN dalam projek lembu ternakan pada masa akan datang. Berdasarkan audit berdaftar KODEWAN, KODEWAN sekali lagi mengumumkan Dividen tahunan pada kali ini sebanyak 10% sepertamana tahun-tahun lalu.

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 , 𝗔𝗤𝗜𝗤𝗔𝗛 & 𝗡𝗔𝗭𝗔𝗥 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟰Sukacita dimaklumkan Koperasi Dewan Melayu Kelantan Berhad (KODEWAN) ak...
13/06/2024

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 , 𝗔𝗤𝗜𝗤𝗔𝗛 & 𝗡𝗔𝗭𝗔𝗥 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟰

Sukacita dimaklumkan Koperasi Dewan Melayu Kelantan Berhad (KODEWAN) akan menganjurkan Program Ibadah Korban, Aqiqah & Nazar bagi tahun 2024/1445H

Pihak KODEWAN membuka tawaran serta mengalu-alukan kepada mana-mana pihak yang ingin melakukan ibadah korban, aqiqah & nazar melalui KODEWAN dengan harga untuk 1 bahagian bermula serendah RM400.
--------------------------------------------------------------------------
Pihak KODEWAN juga membekal Lembu, untuk Ibadah Korban tahun ini.

Boleh hubungi kami begi keterangan / maklumat lanjut..
https://go.wasap.my/ibadahkorban2024 - En Azhan
https://go.wasap.my/ibadahkorban2024 - En Azhan

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa daripada KODEWAN.Jangan juga kita lupa untuk terus titipkan doa kepada saudara kita di b...
11/03/2024

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa daripada KODEWAN.

Jangan juga kita lupa untuk terus titipkan doa kepada saudara kita di bumi Palestin.

𝑺𝒆𝒎𝒐𝒈𝒂 𝒊𝒃𝒂𝒅𝒂𝒉 𝒅𝒊 𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏 𝒎𝒖𝒍𝒊𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒅𝒊𝒃𝒆𝒓𝒌𝒂𝒕𝒊 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑺.𝑾.𝑻

YB ZAMAKHSHARI MUHAMAD - EXCO BELIA, SUKAN, NGO & PERPADUAN MASYARAKAT Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kelantan ...
17/01/2024

YB ZAMAKHSHARI MUHAMAD - EXCO BELIA, SUKAN, NGO & PERPADUAN MASYARAKAT

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kelantan bersama Koperasi Dewan Melayu Kelantan Berhad telah diterima untuk sesi kunjung hormat kepada Yb Exco Zamakhashari pada tengahari ini 17 Januari 2024, bertempat dipejabatnya Mabna MBI. Antara agenda yang dibincangkan adalah isu pembangunan ekonomi belia dan program serta kerjasama yang akan dilaksanakan kelak. Isu status DPMM Negeri Kelantan juga telah dijelaskan kepada YB Exco agar tiada lagi kekeliruan yang cuba diganggu-gugat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Semoga hasil kunjungan ini akan memberi manfaat dua hala kepada semua pihak khususnya ahli DPMM Negeri Kelantan itu sendiri.

Address

Aras 1&2 No171 Business Centre (KBC), Jalan Kuala Krai
Kota Bharu
15050

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Sunday 09:00 - 17:30

Telephone

+60124474989

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Dewan Melayu Kelantan Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Koperasi Dewan Melayu Kelantan Berhad:

Share