Kelantan Future Leaders

Directions

Kelantan Future Leaders Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelantan Future Leaders, Non-Governmental Organization (NGO), Kota Bharu.

Melahirkan Negarawan Al-Qawiy Al-Amin

Pendaftaran Kelantan Future Leaders Summit (KFLS) 2026 👇🏻
https://kfli.my/programs/kelantan-future-leaders-summit-2026/apply

SALAM TAKZIAH  |  TUN DR. SITI HASMAH‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَPerginya seorang srikandi negara setela...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH | TUN DR. SITI HASMAH

‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Perginya seorang srikandi negara setelah 100 tahun bersama dan menabur jasa kepada Malaysia.

Salam takziah diucapkan kepada Tun Dr.Mahathir dan ahli keluarga atas pemergian Tun Dr.Siti Hasmah Binti Mohamad Ali pada awal pagi hari ini.

Semoga almarhumah ditempatkan dalam kalangan hambanya yang beriman dan beramal soleh.

‎اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهَا، وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنس

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempat tinggalnya, lapangkanlah kuburnya, dan bersihkanlah dia dengan air, salji, serta embun. Bersihkanlah dia dari segala dosa sebagaimana kain putih yang bersih dari kotoran.

Al-Fatihah.

☕ KOPI BIASA? TIDAK.INI KOPI UNTUK PEMIMPIN MASA DEPAN.Apa yang berlaku bila anak muda duduk semeja?Idea bertemu idea.Su...
28/09/2026

☕ KOPI BIASA? TIDAK.
INI KOPI UNTUK PEMIMPIN MASA DEPAN.

Apa yang berlaku bila anak muda duduk semeja?

Idea bertemu idea.
Suara bertemu suara.
Jaringan bertemu peluang.

Itulah Leadership Latte.

Alhamdulillah, pada 23 September 2026 lepas, KFLI telah mengadakan program Leadership Latte untuk membuka ruang kepada alumni KFL, ADN Belia dan belia Kelantan berkumpul dalam suasana santai tetapi berbincang secara serius tentang kepimpinan, masa depan anak muda dan Kelantan. Antara topik yang dibincangkan :

☕ Leadership & Networking
🗣️ Suara Belia
💡 Idea & Perkongsian
📊 Belanjawan Kelantan 2027
🤝 Dialog bersama YB Exco
🌱 Jaringan Alumni KFLI

Kami percaya, kepimpinan tidak hanya dibentuk dalam dewan seminar.

Kadang-kadang, ia bermula dengan secawan kopi dan keberanian untuk menyatakan pandangan.

Leadership Latte bukan sekadar lepak minum kopi.

Ia ruang untuk CONNECT. THINK. LEAD.

Leadership Latte,
Where conversations brew leadership.

Selesai Siri #01. Jumpa lagi pada siri #02!




28/09/2026

MAJLIS PELANCARAN INISIATIF KEBAJIKAN & DAURAH FIQH WANITA

Alhamdulillah, pada 18 September 2026 lalu telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Inisiatif Kebajikan dan Daurah Fiqh Wanita, yang turut menjadi platform pelancaran tuala wanita lestari anjuran kumpulan Cyberwau Kohort FLA-01 bersekali dengan program Inisiatif Bantuan Ibu Tunggal & Anak Yatim DUN Kelaboran.

Inisiatif Tuala Wanita Lestari ini diperkenalkan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai pengurusan haid, di samping mengetengahkan alternatif yang lebih ekonomi dan mesra alam melalui penggunaan tuala wanita yang boleh dibasuh dan digunakan semula. Penghasilan tuala wanita ini turut melibatkan kerjasama bersama Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) melalui bengkel jahitan komuniti.

Majlis turut diserikan dengan Daurah Fiqh Wanita yang disampaikan oleh Ustazah Asmak Husin. Di dalam daurah ini, para ibubapa dan peserta diberi pendedahan mengenai perkara berkaitan fiqh wanita, termasuk tanda-tanda baligh, haid serta kepentingan ibu bapa untuk lebih cakna terhadap perubahan dan keperluan anak-anak apabila memasuki fasa baligh.

Majlis turut diserikan dengan sesi pembahagian Tuala Wanita Lestari kepada para peserta. Dihasilkan daripada bahan yang boleh digunakan semula, inisiatif ini diperkenalkan sebagai salah satu usaha untuk menyediakan pilihan penjagaan haid yang lebih menjimatkan dan mengurangkan penggunaan produk pakai buang.

Semoga Projek Tuala Wanita Lestari: Solusi Inovasi Helwani terus menjadi langkah kecil yang membawa manfaat yang berpanjangan, khususnya dalam aspek pendidikan, kebajikan dan pemberdayaan wanita.

Tahniah kumpulan Cyberwau, Kohort FLA-01!



☕️ Jom sertai Pelancaran Leadership Latte!Khas buat Kohort KFL, ahli AMRAQ serta seluruh belia Kelantan.Ayuh kita berkum...
22/09/2026

☕️ Jom sertai Pelancaran Leadership Latte!

Khas buat Kohort KFL, ahli AMRAQ serta seluruh belia Kelantan.

Ayuh kita berkumpul, berkenalan, bermain, bertukar idea dan membina jaringan bersama dalam suasana santai tetapi penuh inspirasi.

🔥 Antara pengisian menarik:

🎮 Indoor Games & Aktiviti Permainan santai, menyeronokkan dan menguji kerjasama serta semangat kepimpinan.

🗣️ Dialog Santai suara belia bagi Belanjawan Kerajaan Negeri & Masa Depan Belia bersama YB Tuan Haji Zamakhshari bin Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Kerajaan Negeri Kelantan. Satu ruang untuk belia berkongsi pandangan dan berbincang tentang masa depan belia Kelantan.

🤝 Networking bersama anak muda dari pelbagai latar belakang.

📅 23 September 2026 (Rabu)
⏰ 1.00 petang – 5.00 petang
📍 Pusat Belia Kelantan, Kota Bharu

Daftar segera: https://kfli.my/programs/leadership-latte-01/apply

Terhad untuk 50 orang sahaja!

Sip. Play. Lead. ☕️🔥

Leadership Latte, lebih daripada sekadar kopi… ia tentang kepimpinan!

☕️ LEADERSHIP LATTEA place to meet. A space to grow. A platform to lead.Kepimpinan tidak semestinya bermula di atas pent...
22/09/2026

☕️ LEADERSHIP LATTE

A place to meet. A space to grow. A platform to lead.

Kepimpinan tidak semestinya bermula di atas pentas.

Kadang-kadang, ia bermula di satu meja kecil.
Dengan secawan kopi.
Dengan perbualan yang bermakna.
Dengan idea yang dikongsi.
Dan dengan keberanian untuk mengenali orang baharu.

Memperkenalkan LEADERSHIP LATTE; sebuah ruang engagement KFLI yang menghimpunkan alumni KFLI dan belia Kelantan untuk bertemu, belajar, berkongsi, mencipta dan memimpin dalam suasana yang lebih santai dan terbuka.

Setiap Rabu, kita akan bertemu dengan pelbagai aktiviti:

☕ LEARN — perkongsian & pembangunan kepimpinan
🤝 CONNECT — networking & kenalan baharu
🎮 PLAY — games & cabaran
🏸 MOVE — sukan & rekreasi
💡 CREATE — kreativiti & digital
💬 DISCUSS — diskusi & idea anak muda
🌱 SERVE — komuniti & kesukarelawanan

Yang menarik, setiap penglibatan boleh menjadi sebahagian daripada KFLI Legacy League melalui XP, challenge, achievement dan Leadership Houses.

Kerana bagi KFLI, alumni bukan sekadar mereka yang pernah menyertai program.

Alumni adalah sebahagian daripada perjalanan yang masih berlangsung.

803 alumni telah dilahirkan.
Kini masanya untuk kita terus menghidupkan potensi mereka.

☕️ Leadership Latte
Connect. Grow. Serve. Lead.

📍 Pusat Belia
🗓️ Setiap Rabu

Jumpa di Leadership Latte.
Bawa idea. Bawa kawan. Bawa semangat.





SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026Semoga semangat perpaduan terus menjadi kekuatan kita dalam membentuk masa depan neg...
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026

Semoga semangat perpaduan terus menjadi kekuatan kita dalam membentuk masa depan negara yang lebih baik.

Bersama membina Malaysia yang lebih berdaya tahan, bersatu dan berdaya saing.

Ikhlas daripada Kelantan Future Leaders Institute (KFLI)

02/09/2026

OFFICIAL RECAP | KELANTAN FUTURE LEADERS SUMMIT (KFLS) 2026

“Empowering Youth For Sustainable Future”

SATU PERSIDANGAN. SATU ASPIRASI. SATU GENERASI PEMIMPIN MASA HADAPAN.

Tirai Kelantan Future Leaders Summit (KFLS) 2026 di Kelantan Trade Centre (KTC) telah dilabuhkan dengan penuh inspirasi

Lebih 400 belia dan pelapis kepimpinan berhimpun, berkongsi idea, mencetuskan pandangan baharu dan membina gagasan demi mencorak masa depan Kelantan.

ANTARA SOROTAN KFLS 2026:

🎙️ Keynote Speech
Amanat dan pandangan strategik daripada Tan Sri Dato’ Sri Hj. Syed Zainal Abidin dalam membentuk hala tuju kepimpinan masa hadapan.

🎙️KELTalks:
Perkongsian inspirasi daripada 5 tokoh panel daripada pelbagai kluster kepimpinan.

📋Pembentangan Pelan Pembangunan Belia Kelantan 2033
Hasil percambahan idea dan perbincangan melalui Focus Group Discussion (FGD) Kluster PESTEL.

Pelancaran KFLI Legacy League
Satu langkah baharu dalam memperkukuh pembangunan serta kesinambungan kepimpinan belia Kelantan.

Perasmian Penutupan
Disempurnakan oleh YB Tuan Haji Zamakhshari bin Muhamad,Exco Belia, Sukan, NGO & Perpaduan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh peserta, panel, urus setia, rakan strategik dan semua pihak yang bersama-sama menjayakan KFLS 2026.

Kerana perubahan tidak bermula dengan menunggu.
Perubahan bermula apabila anak muda berani tampil, bersuara dan mengambil tanggungjawab.

Kita bukan sekadar membina masa depan.
Kita sedang menentukan arahnya.

MENUJU KELANTAN KE HADAPAN.



31/08/2026
MENCORAK MASA DEPAN BELIA, MEMBINA KELANTANBelia hari ini bukan sekadar pewaris masa hadapan, tetapi penggerak perubahan...
31/08/2026

MENCORAK MASA DEPAN BELIA, MEMBINA KELANTAN

Belia hari ini bukan sekadar pewaris masa hadapan, tetapi penggerak perubahan pada hari ini!

Menerusi ucapan perasmian penutupan oleh YB Zamakhshari Mohamad, Exco Belia, Sukan, NGO & Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, peserta didedahkan dengan perspektif dan aspirasi tentang peranan anak muda dalam pembangunan Kelantan.

Daripada ilmu kepada tindakan.
Daripada potensi kepada kepimpinan.
Membina belia berilmu, berdaya dan berani mencipta perubahan.

Turut dibentangkan Pelan Pembangunan Belia Kelantan 2033 sebagai antara usaha mempersiapkan generasi yang akan meneruskan amanah pembangunan negeri pada masa hadapan.

Ayuh bersama membina Kelantan Ke Hadapan melalui generasi muda yang berani belajar, memimpin dan bertindak!

Belia Berilmu, Pemimpin Berdaya, Masa Depan



KELTALKS | BUILDING FUTURE LEADERSPemimpin masa hadapan dibentuk dengan ilmu, inovasi dan keberanian untuk mencipta peru...
30/08/2026

KELTALKS | BUILDING FUTURE LEADERS

Pemimpin masa hadapan dibentuk dengan ilmu, inovasi dan keberanian untuk mencipta perubahan.

KELTALKS menghimpunkan lima tokoh daripada lima kluster untuk berkongsi pengalaman, kepakaran dan perspektif dalam membina generasi pemimpin yang berilmu, berintegriti, inovatif dan berdaya saing.

✨ Lima panel. Lima kepakaran. Satu aspirasi.

🔹 YB Tuan Badli Bin Bakar — Kluster Korporat
🔹 YB Prof. Madya Dr. Hanif — Kluster Penyelidikan
🔹 YBrs. Al-Fadhil Ustaz Afizhan — Kluster Bina Insan
🔹 YBrs. Puan Sharifah Nori Bin Bahar — Kluster Usahawan
🔹 YBrs. Saudara Wan Amir Faheem Bin Wan Roslan — Kluster Anak Muda

💡 Daripada ilmu kepada inspirasi, daripada inspirasi kepada tindakan.
Kerana masa depan Kelantan bergantung kepada generasi yang kita bentuk hari ini.

KELANTAN KE HADAPAN
“Membina Pemimpin, Mencipta Masa Depan.”



Address

Kota Bharu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelantan Future Leaders posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share