Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok

Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok, Non-Governmental Organization (NGO), Kota Bharu.

Lensa yang terakam sempena ceramah & booth pameran Kesihatan Kelantan (Larangan Merokok, Pencegahan Merokok & va**ng, Ke...
18/05/2025

Lensa yang terakam sempena ceramah & booth pameran Kesihatan Kelantan (Larangan Merokok, Pencegahan Merokok & va**ng, Kesihatan Mental, IKBAR & Fisioterapi) sempena Festival Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Kelantan
Tarikh : 14 - 17 Mei 2025

18/05/2025

RANGKUMAN VIDEO BOOTH PAMERAN KESIHATAN SEMPENA FESTIVAL HARI BELIA NEGARA 2025 PERINGKAT NEGERI KELANTAN!🌟
Berlangsung di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Daly'a Beauty! 🎉
📅 Tarikh: 14 - 17 Mei 2025
📍 Lokasi: Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu
🔥 Booth pameran Kesihatan merangkumi :
✅ Pameran Larangan Merokok, Pencegahan Merokok/Vaping, Iniasiatif Kelantan Bebas Asap Rokok (IKBAR), Kesihatan Mental dan Fisioterapi
Terima kasih kepada pengunjung yang hadir, para petugas pameran, penceramah-penceramah, urusetia, Quit smoking clinic, HPUSM, Persatuan Perubatan Keluarga USM-Famous, Medical Students Society of USM (MedSoc) & Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan ✨
Terbaik belako set kito! 🔥💪🏻

29/10/2024

Video kenangan Perasmian Operasi Mega Bersepadu Akta 852
========================================
Tarikh : 20 Oktober 2024 (Ahad)
Tempat : Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan

Operasi Mega Akta 852 2024 Peringkat Negeri Kelantan di daerah Kota Bharu yang diserta oleh pelbagai agensi yang terdiri...
21/10/2024

Operasi Mega Akta 852 2024 Peringkat Negeri Kelantan di daerah Kota Bharu yang diserta oleh pelbagai agensi yang terdiri daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, MPKB-Bri, PDRM, Jabatan Kastam, KPDN & LKTN yang mana majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan. Sidang media juga dibuat selepas program perasmian bersama-sama penggiat-penggiat media nasional di negara ini.

Lensa yang terakam pada Program Perbincangan Meja Bulat Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) Peringkat Negeri Kelantan 2024
23/09/2024

Lensa yang terakam pada Program Perbincangan Meja Bulat Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) Peringkat Negeri Kelantan 2024

Lensa yang sempat diambil semasa Program Walkabout "Premis Bersih, Bebas Asap" (BeBAs) Peringkat Negeri Kelantan 2024
21/09/2024

Lensa yang sempat diambil semasa Program Walkabout "Premis Bersih, Bebas Asap" (BeBAs) Peringkat Negeri Kelantan 2024

21/09/2024

RANGKUMAN VIDEO PERBINCANGAN MEJA BULAT & PROGRAM WALKABOUT PREMIS BERSIH, BEBAS ASAP (21 SEP 2024)
============================
YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyertai Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap atau ringkasnya “BeBAs” di Laman Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Program ini merupakan simbolik kerjasama di antara pengusaha premis makanan dengan agensi kerajaan, agensi swasta, rakan sukarelawan, badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO).
Konsep walkabout ini menitikberatkan transformasi tingkah laku dan pemerkasaan masyarakat dalam memastikan peraturan kebersihan makanan dan larangan merokok di premis makanan sentiasa dipatuhi.
Program Walkabout ini merupakan lokasi ketujuh (7) semenjak ia pertama kali diadakan pada Februari yang lalu.
Pada sesi walkabout kali ini, pemeriksaan telah dijalankan melibatkan 12 premis di dimana kesemua premis makanan tersebut telah berjaya mendapat pengiktirafan premis “Bersih dan Selamat” (BeSS).
Program Walkabout BeBAs ini merupakan komitmen KKM terhadap kesihatan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. Premis yang telah diperiksa dan didapati bersih serta memenuhi kriteria tertentu akan diberi Pengiktirafan BeSS.
Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dato’ Dr Zaini bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, YBrs. Dr Ahmad Faris bin Awang, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), YBrs.Ts Mahamad Sukor bin Senapi, Pengarah Pematuhan dan Pembangunan Industri, YBhg. Tuan Hilmi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, YBrs. Dr. Hafidzah binti Mustaqim, ADUN Kota Lama, dan YBrs. En Ahmad Nazri bin Che Omar, Pengerusi Persatuan Peniaga Kecil Bumiputera Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu Kelantan serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian, Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

16/09/2024

Video kenangan Program Advokasi Kelantan Bebas Asap Rokok (KBAR) bersama NGO Persatuan Perubatan Keluarga USM-Famous, Persatuan Anggota Kesihatan Kelantan (PEAKK) & SAHABAT IKBAR di Medan Selera Laman Siti Khadijah & persekitaran Pasar Siti Khadijah pada 14 September 2024 (Sabtu) yang lepas.

14 September 2024 (Sabtu) Program Advokasi Kelantan Bebas Asap Rokok (KBAR) oleh NGO Persatuan Perubatan Keluarga USM-Fa...
14/09/2024

14 September 2024 (Sabtu)
Program Advokasi Kelantan Bebas Asap Rokok (KBAR) oleh NGO Persatuan Perubatan Keluarga USM-Famous , Persatuan Anggota Kesihatan Kelantan (PEAKK) & Sahabat IKBAR di Laman Siti Khadijah & kawasan sekitar Pasar Siti Khadijah Kota Bharu sempena Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) yang bakal diadakan pada 21 September 2024 yang dihadiri oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

Address

Kota Bharu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share