02/09/2026
🌿 CERAMAH KHAS MAULIDUR RASUL | CINTA YANG MENGHIDUPKAN 🌿
24 Ogos 2026 | Surau An-Nawawi E1 IPKKM
Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT, Ceramah Khas Maulidur Rasul bertajuk “Cinta Yang Menghidupkan” anjuran Surau An-Nawawi Blok E1 IPKKM telah berjaya dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada warga KKM dan para jemaah.
Majlis ilmu pada kali ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Seri Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, yang telah mengupas dengan penuh bermakna tentang kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta bagaimana cinta kepada Baginda ﷺ seharusnya diterjemahkan dalam kehidupan seharian.
Kehadiran para jemaah yang memenuhi ruang surau jelas memperlihatkan semangat dan kecintaan warga KKM terhadap majlis ilmu serta kecintaan kepada Rasulullah SAW. Semoga segala ilmu, nasihat dan peringatan yang disampaikan dapat menjadi bekalan untuk kita memperbaiki diri serta meningkatkan kecintaan dan penghayatan terhadap sunnah Rasulullah SAW.
Turut diadakan jualan buku-buku terbitan YBhg. Dato’ Seri Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, yang mendapat sambutan yang baik daripada para hadirin.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato’ Seri Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri atas kesudian meluangkan masa dan menyampaikan ilmu kepada para jemaah.
Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada seluruh warga KKM, para jemaah, AJK Surau An-Nawawi serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Semoga usaha kecil ini terus menjadi sebahagian daripada usaha kita mengimarahkan surau, menyuburkan majlis ilmu dan menghidupkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
“Cinta Yang Menghidupkan.” ❤️