Kelab Kilat Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz

Kelab Kilat Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz Kelab Kilat SJTM adalah salah satu dari cawangan yang bernaung di bawah Kelab Kilat Kebangsaan.

Kelab Kilat ditubuhkan bagi menganjurkan aktiviti sosial dan sukan bagi ahli-ahli yang terdiri daripada kakitangan SJTM

Putrajaya || 15 Februari 2025JEST X ROAR X SSDProgram kayuhan hasil kolaborasi 3 pasukan telah berjaya diadakan dengan d...
16/02/2025

Putrajaya || 15 Februari 2025

JEST X ROAR X SSD

Program kayuhan hasil kolaborasi 3 pasukan telah berjaya diadakan dengan disertai kira-kira hampir 40 org pengayuh.

Program hasil cetusan idea Pengarah Urusan TNB REMACO, TH Abidin Sarjo telah berlangsung dengan jayanya bermula dari kompleks sukan air Putrajaya melalui laluan di sekitar Putrajaya sejauh 40km.

Pelbagai jenis basikal dari road bike, foldie sehingga ke full suspension telah turut serta pada kayuhan kali ini.

Tahniah kepada semua peserta yang terlibat, tidak lupa juga kepada pasukan sokongan yang terlibat.

p/s: bulan ramadhan biasanya ada kayuhan singgah sahur πŸš΄β€β™‚οΈπŸš΄β€β™€οΈπŸš΄πŸš΅β€β™‚οΈπŸš΅β€β™€οΈπŸš΅





24 Januari 2025 || Arena Al-Jazari SJTMProgram Total Wellness KKSJTM bagi sukan bola tampar telah julung kali diadakan d...
24/01/2025

24 Januari 2025 || Arena Al-Jazari SJTM

Program Total Wellness KKSJTM bagi sukan bola tampar telah julung kali diadakan di Arena Al-Jazari petang ini.

Sambutan menggalakan dari ahli-ahli KKSJTM telah membuatkan sesi petang ini sangat meriah. Sesi seterusnya akan diadakan pada Selasa minggu hadapan sebelum bermulanya henti tugas Unit 2.

Semoga budaya sukan di SJTM terus mekar dengan pelbagai kejohanan yang bakal berlangsung di peringkat stesen, GenCo dan TNB.

Ayuh SJTM!!!

Ayuh turun beramai-ramai Selasa ini!!




18 Januari 2025 || Uitm Seri IskandarPasukan bola sepak KKSJTM Jimah Jaguar telah menyertai kejohanan Brown Cup 2025 ber...
20/01/2025

18 Januari 2025 || Uitm Seri Iskandar

Pasukan bola sepak KKSJTM Jimah Jaguar telah menyertai kejohanan Brown Cup 2025 bertempat di padang UiTM Seri Iskandar, Perak.

Kejohanan anjuran Kelab Kilat TNB Janamanjung Sdn. Bhd. telah berlangsung dengan meriah dengan disertai 8 pasukan dari seluruh negara.

Jimah Jaguar telah diundi di dalam kumpulan A bersama pasukan tuan rumah serta KK Temenggor & KK Setiawan.

Jimah Jaguar muncul naib juara kumpulan di belakang KK Janamanjung seterusnya bertemu pasukan KK Kuala Lumpur pada peringkat separuh akhir. Perlawanan berakhir 0-0 pada waktu biasa dibawa kepada penentuan sepakan penalti. Jimah Jaguar akhirnya terpaksa menelan kekalahan dengan keputusan 3-4.

Di perlawanan akhir pasukan tuan rumah telah berjaya merangkul kejuaraan Brown Cup edisi pertama dengan keputusan Janamanjung 3 - 0 KK Kuala Lumpur.

Semoga kejohanan ini menjadi satu pengalaman berharga buat semua pemain.

*Keputusan Perlawanan*

*Match 1*
Jimah Jaguar 0 - 1 Janamanjung

*Match 2*
Jimah Jaguar 2 - 1 Sg.Perak

⚽⚽ Zakaria

*Match 3*
Jimah Jaguar 2 - 0 KK Setiawan

⚽️ Amir
⚽ Zakaria

*Semi Final*
Jimah Jaguar 0 (3) - (4) 0 KK Kuala Lumpur

Foto ihsan dari page TNB Janamanjung Sdn. Bhd.

2 Januari 2025 || SJTM2025 bermula!!!Aktiviti KKSJTM bagi tahun 2025 dimulakan dengan program memancing.Seramai kira-kir...
14/01/2025

2 Januari 2025 || SJTM

2025 bermula!!!

Aktiviti KKSJTM bagi tahun 2025 dimulakan dengan program memancing.

Seramai kira-kira 40 orang ahli telah menyertai program memancing yang diadakan di sekitar stesen sempena tahun baru.

Pemancing stesen telah berjaya mendaratkan banyak ikan sepanjang pertandingan berlangsung.

Para pemenang telah menerima hadiah mengikut tangkapan yang terberat. Hadiah telah disampai kan YDP Kelab Kilat selepas majlis bacaan yaasin mingguan stesen pada pagi jumaat.


20 Disember 2024 || Padang Sintetik Persint 4 PutrajayaPerlawanan Persahabatan menentang DOSH πŸ‘πŸ‘
12/01/2025

20 Disember 2024 || Padang Sintetik Persint 4 Putrajaya

Perlawanan Persahabatan menentang DOSH πŸ‘πŸ‘

12/01/2025

16 Disember 2024 || Padang MBS Seremban

Satu perlawanan persahabatan bola sepak di antara KKSJTM dan pasukan Grid Negeri Sembilan telah berlangsung di padang MBS di tengah bandar Seremban.

Perlawanan berlangsung pada sebelah petang telah berjalan lancar dengan kedua-dua pasukan telah mempamerkan semangat yang tinggi.


9 Disember 2024 || Halftime Kota SeriemasPasukan bola sepak KKSJTM telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang pa...
12/01/2025

9 Disember 2024 || Halftime Kota Seriemas

Pasukan bola sepak KKSJTM telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Kg Sawah FC yang terdiri dari kakitangan kontraktor sokongan di stesen.

Perlawanan berlangsung dalam keadaan baik tanpa sebarang insiden tidak diingini meskipun cuaca hujan renyai sepanjang perlawanan berlangsung.

Meskipun pasukan KKSJTM tewas namun pada perlawanan ini pemain menunjukkan peningkatan yang ketara sehingga mampu untuk menjaringkan 3 gol.

Perlawanan diadakan bagi mengeratkan hubungan antara pemain stesen dan kakitangan kontrak yang sama-sama bekerja bagi memastikan stesen beroperasi dengan baik.


Presint 4 Putrajaya || 29 Nov 2024Perlawanan persahabatan diantara Jimah Jaguar dan pasukan Ibu Pejabat Remaco telah dia...
30/11/2024

Presint 4 Putrajaya || 29 Nov 2024

Perlawanan persahabatan diantara Jimah Jaguar dan pasukan Ibu Pejabat Remaco telah diadakan di Padang Sintetik (A) Presint 4 Putrajaya semalam.

Perlawanan bertujuan bagi mengeratkan hubungan sesama ahli KKSJTM dan kakitangan dari ibu pejabat Remaco.

Pasukan ibu pejabat bermula garang dengan menjaringkan gol pertama pada awal permainan.

Pasukan KKSJTM cuba bangkit dengan beberapa siri serangan ke kubu pihak lawan namun berjaya dipatahkan.

Keputusan Penuh:

Jimah Jaguar 0 - 3 Remaco HQ

Banyak peluang lagi untuk memperbaiki prestasi pasukan dalam perlawanan seterusnya


Anjung Floria || 23 November 2024TNB Energy Walk & Run Seramai kira-kira 60 ahli & keluarga KK SJTM telah menyertai prog...
23/11/2024

Anjung Floria || 23 November 2024

TNB Energy Walk & Run

Seramai kira-kira 60 ahli & keluarga KK SJTM telah menyertai program khas sempena sambutan ulang tahun TNB yang ke-75 tahun ini.

Satu acara yang disertai ramai anggota kerja TNB serta orang awam dalam 2 kategori iaitu larian sejauh 7.5km dan berjalan 3km.

Acara berjalan meriah dengan barisan pengurusan TNB turut sama berjalan bersama anggota kerja yang terlibat.

Ahli-ahli KK SJTM telah berjaya menghabiskan kategori masing-masing tanpa sebarang kecederaan.

Tahniah kepada semua peserta!! U are awesome!!


WE READY 4 TNB ENERGY NIGHT WALK & RUN!!βœ…οΈ Registrationβœ…οΈRace packFloria Putrajaya nantikan kehadiran kami esokπŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈπŸƒ...
22/11/2024

WE READY 4 TNB ENERGY NIGHT WALK & RUN!!

βœ…οΈ Registration
βœ…οΈRace pack

Floria Putrajaya nantikan kehadiran kami esok
πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈπŸƒπŸšΆβ€β™‚οΈπŸšΆβ€β™€οΈπŸšΆ




#7.5km
&Run

27 Oktober 2024 || Teluk Batik, PerakSeramai 16 wakil Jimah East Sikal Team dari KKSJTM  telah menyertai program Janaman...
28/10/2024

27 Oktober 2024 || Teluk Batik, Perak

Seramai 16 wakil Jimah East Sikal Team dari KKSJTM telah menyertai program Janamanjung Fellowship Ride 2024 edisi ulang tahun Ke-75 TNB.

Kayuhan sejauh 75km telah berjaya diharungi semua peserta tanpa sebarang kecederaan.

Kayuhan ini bukan sahaja menjadi 1 wadah untuk menggalakkan cara hidup sihat dan aktif tetapi juga menjadi 1 peluang untuk bertemu rakan lama dan baru.

Edisi kali ini juga menyaksikan penyertaan pasukan ibu pejabat TNB REMACO 'ROAR' yang ditubuhkan dengan sokongan padu dari Pengarah Urusan TNB Remaco Tuan Haji Abidin Sarjo.

Insyaallah JEST akan kembali lagi!!!




JMFR kami datang!!!!Jumpa esokπŸ‘πŸ‘
25/10/2024

JMFR kami datang!!!!

Jumpa esokπŸ‘πŸ‘

Address

Precinct 4
Putrajaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Kilat Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share