Persatuan Kebajikan Islam Statistik Malaysia

Directions

Persatuan Kebajikan Islam Statistik Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Kebajikan Islam Statistik Malaysia, Community Organization, Putrajaya.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Mahabbah.Allahumma Solli ‘Ala Muhammad, Wa ‘Ala Ali Muhammad.Alhamd...
25/08/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Mahabbah.

Allahumma Solli ‘Ala Muhammad, Wa ‘Ala Ali Muhammad.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya, Sambutan Majlis Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan telah berlangsung dengan jayanya di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 25 Ogos 2026. Majlis yang penuh barakah ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim.

Bagi menterjemahkan sokongan terhadap tema sambutan pada tahun ini iaitu "Madani Dihayati, Ummah Diberkati”, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Ibu Pejabat turut serta dalam perarakan kontinjen kebangsaan. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada kontinjen DOSM kerana telah berjaya merangkul tempat ketiga bagi acara perarakan di bawah kategori Kementerian.

Persatuan Kebajikan Islam Statistik (PERKISA) DOSM juga berbesar hati menerima jemputan untuk menyertai kontinjen tersebut. Pada penganjuran kali ini, PERKISA telah diwakili oleh:

1) Saudara Amerudin bin Abdul Ghani
Biro Seranta, Penerangan dan Penerbitan PERKISA

2) Saudara Muhammad Hazim bin Mohd Abd Rahim
Biro Seranta, Penerangan dan Penerbitan PERKISA

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan alunan selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Rasulullah SAW serta para sahabat. Semoga amalan mulia ini tidak hanya dihayati setiap kali tibanya 12 Rabiulawal, malah terus subur dijadikan kelaziman dalam kehidupan kita sehari-hari. Insya-Allah.

Salam Ukhuwah,
PERKISA DOSM

25 Ogos 2026 | 12 Rabiulawal 1448H

Ahli Jawatankuasa Induk dan Biro Persatuan Kebajikan Islam Statistik (PERKISA) ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 14...
24/08/2026

Ahli Jawatankuasa Induk dan Biro Persatuan Kebajikan Islam Statistik (PERKISA) ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh warga Jabatan Perangkaan Malaysia.

Semoga kita sentiasa memantapkan keyakinan, meningkatkan kecintaan, mencontohi perlakuan dan menghayati al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Teruskan berusaha untuk masa depan yang lebih cerah bagi Malaysia.




Assalamualaikum WBT.Alhamdulillah, Persatuan Kebajikan Islam Statistik Malaysia (PERKISA) telah berkesempatan mengadakan...
22/08/2026

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, Persatuan Kebajikan Islam Statistik Malaysia (PERKISA) telah berkesempatan mengadakan Kunjungan Hormat kepada Ketua Perangkawan Malaysia , YBrs. Puan Siti Asiah Ahmad, pada 21 Ogos 2026.

Sesi pertemuan dimulakan dengan kata alu-aluan serta ucapan tahniah daripada Yang Dipertua PERKISA, YBrs. Encik Wan Azhar bin Wan Mokhtar, bersempena pelantikan YBrs. Puan Siti Asiah Ahmad sebagai Ketua Perangkawan Malaysia yang berkuat kuasa pada 15 Julai 2026.

Pertemuan berlangsung dalam suasana yang santai dan mesra, diserikan dengan perkongsian pandangan serta pertukaran idea berkaitan peranan dan hala tuju PERKISA dalam memperkukuh aktiviti kebajikan, kerohanian serta pengimarahan syiar Islam dalam kalangan warga muslimin dan muslimat Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Turut dibincangkan adalah usaha untuk memperkasakan program-program PERKISA agar terus memberi manfaat kepada warga DOSM, di samping menjadi wadah yang menyatukan warga melalui aktiviti keagamaan, kebajikan dan kemasyarakatan.

PERKISA amat menghargai kesudian YBrs. Puan Siti Asiah Ahmad menerima kunjungan ini serta keterbukaan dalam berkongsi pandangan dan aspirasi bersama PERKISA.

Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat serta membuka ruang kepada pelaksanaan lebih banyak aktiviti yang bermanfaat, inklusif dan memberi impak positif kepada warga DOSM pada masa akan datang.






SESI SUMBANGAN KHAS DERMA KILAT  DARIPADA WARGA JABATAN PERANGKAAN KEPADA PUAN SITI MAWADDAH BINTI FADZIL (DOSM PULAU PI...
06/08/2026

SESI SUMBANGAN KHAS DERMA KILAT DARIPADA WARGA JABATAN PERANGKAAN KEPADA PUAN SITI MAWADDAH BINTI FADZIL (DOSM PULAU PINANG) YANG DITIMPA MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH

BISMILAHIROHMANIROHIM,

PERKISA PEDULI Kembali Lagi Kali Ini Bersama Sama Dalam Meringankan Beban Membantu PUAN SITI MAWADDAH BINTI FADZIL (DOSM Pulau Pinang) Yang Diuji Dengan Musibah Kebakaran Rumahnya Yang Mengakibatkan Keseluruhan Harta Benda Musnah Pada 23 Julai Lalu.

PERKISA Melaksanakan Kutipan Derma Kilat Daripada Seluruh Warga DOSM. Syukur Alhamdulilllah Hari Ini, Sumbangan Ini Disempurnakan Oleh YBRS PUAN SITI ASIAH AHMAD, Ketua Perangkawan Malaysia Kepada YBRS ENCIK ZAINOL JAMIL, Pengarah DOSM Pulau Pinang Yang Jua Merangkap Timbalan YDP PERKISA.

Turut Hadir Pada Sesi Ini Adalah SAUDARI SURAIYA BUSRON, Naib YDP II PERKISA; SAUDARA MOHD AZHAR MAHMUD, Setiausaha Induk PERKISA; SAUDARI SITI EISYAH ZAINAL, Naib Setiausaha Induk PERKISA, SAUDARI HJH NORAZIZAH HAMZAH, Bendahari Induk PERKISA; SAUDARA WAN MUSTAFA KAMAL HJ SANUSI, Timbalan Biro Pengajian PERKISA & SAUDARA MOHAMMAD HAIRMAN CHE OMAR, Timbalan Biro Kebajikan PERKISA.

PERKISA Mengucapkan Terima Kasih Kepada Seluruh Warga DOSM Atas Derma Ikhlas Ini. Semoga Sumbangan Ini Sedikit Sebanyak Dapat Membantu PUAN SITI MAWADDAH BINTI FADZIL Sekeluarga Dalam Melalui Kesulitan Ini. Insha Allah.

"Senantiasa Ujian Menimpa Orang Mukmin Dan Mukminah Pada Tubuhnya, Harta Dan Anaknya Sehingga Ia Berjumpa Dengan ALLAH Dalam Keadaan Tidak Memiliki Dosa" - Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi

PERKISA PEDULI
PERKISA DOSM
21 Safar 1448H / 12 Ogos 2026M






Alhamdulillah, merafak kesyukuran ke hadrat Ilahi atas pelantikan YBrs. Encik Wan Mohd Shahrulnizam bin Wan Mohd Najuri ...
15/07/2026

Alhamdulillah, merafak kesyukuran ke hadrat Ilahi atas pelantikan YBrs. Encik Wan Mohd Shahrulnizam bin Wan Mohd Najuri sebagai Timbalan Ketua Perangkawan Program Ekonomi berkuat kuasa pada 15 Julai 2026 (Rabu).

Persatuan Kebajikan Islam Statistik Malaysia (PERKISA) mendoakan agar amanah yang dipertanggungjawabkan ini dapat digalas dengan penuh dedikasi serta mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. untuk terus memacu kecemerlangan Jabatan demi kesejahteraan ummah dan negara.




Alhamdulillah, merafak kesyukuran ke hadrat Ilahi atas pelantikan YBrs. Puan Norhayati binti Jantan sebagai Timbalan Ket...
15/07/2026

Alhamdulillah, merafak kesyukuran ke hadrat Ilahi atas pelantikan YBrs. Puan Norhayati binti Jantan sebagai Timbalan Ketua Perangkawan Program Sosial dan Pembangunan Teknikal berkuat kuasa pada 15 Julai 2026 (Rabu).

Persatuan Kebajikan Islam Statistik Malaysia (PERKISA) mendoakan agar amanah yang dipertanggungjawabkan ini dapat digalas dengan penuh dedikasi serta mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. untuk terus memacu kecemerlangan Jabatan demi kesejahteraan ummah dan negara.




Alhamdulillah, merafak kesyukuran ke hadrat Ilahi atas pelantikan YBrs. Puan Siti Asiah Ahmad sebagai Ketua Perangkawan ...
15/07/2026

Alhamdulillah, merafak kesyukuran ke hadrat Ilahi atas pelantikan YBrs. Puan Siti Asiah Ahmad sebagai Ketua Perangkawan berkuat kuasa pada 15 Julai 2026 (Rabu).

Persatuan Kebajikan Islam Statistik Malaysia (PERKISA) mendoakan agar amanah yang dipertanggungjawabkan ini dapat digalas dengan penuh dedikasi serta mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. untuk terus memacu kecemerlangan Jabatan demi kesejahteraan ummah dan negara.




MAJLIS SANTUNAN KASIH (MAJLIS KESYUKURAN, YASSIN & DOA SELAMAT)BERSEMPENA PERSARAAN YBHG DATO' SRI DR MOHD UZIR MAHIDIN ...
11/07/2026

MAJLIS SANTUNAN KASIH
(MAJLIS KESYUKURAN, YASSIN &
DOA SELAMAT)

BERSEMPENA PERSARAAN
YBHG DATO' SRI DR MOHD UZIR MAHIDIN
DrUzir Mahidin

Terima Kasih Kepada YBRS PUAN SITI ASIAH AHMAD, Timbalan Ketua Perangkawan Ekonomi, Pengarah Bahagian & Negeri Dan WARGA DOSM Yang Hadir. Kami Juga Menzahirkan Ucapan Penghargaan Buat AJK SURAU AR RAHMAN P16 Atas Kesudian Menerima Kami Untuk Melaksanakan Majlis Yang Bermakna Ini Di Premis Ini.

Semoga Allah Rahmati Persaraan KP Kami. Terima Kasih YBHG DATO' SRI DR Sentiasa Menyokong Semua Perjalanan Jihad PERKISA (Melalui Semua Program Kami) Di Sepanjang Menerajui DOSM. Semoga Semua Ehsan DATO' SRI DR Ini Akan Menjadi Asbab DATO' SRI DR Sekeluarga Sihat, Tenang Dalam Persaraan & Sentiasa Dalam Keberkatan & KasihNya Insha Allah. Aamiin.

6.7.2026
Ar Rahman P16

Salam Kasih Dari Kami,
PERKISA DOSM

07/07/2026
06/07/2026

Majlis Santunan Kasih: Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Persaraan YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia

Address

Putrajaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebajikan Islam Statistik Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share