Mohamad Shafiq Abdul Halim

Directions

Mohamad Shafiq Abdul Halim Bertentangan dengan fahaman sosialisme

18/09/2026
Hari ini genap 42 bulan saya melapor diri kepada pihak SPRM. Bulan hadapan, helaian ketiga kertas A4 p**a akan bermula.S...
17/09/2026

Hari ini genap 42 bulan saya melapor diri kepada pihak SPRM. Bulan hadapan, helaian ketiga kertas A4 p**a akan bermula.

Sehingga hari ini, saya masih tertanya-tanya apakah sebenarnya kesalahan yang telah saya lakukan. Adakah saya mengambil rasuah, memberi rasuah, atau menyembunyikan dan merahsiakan sesuatu perbuatan rasuah?

Hakikatnya, saya berdepan keadaan ini kerana Azam Baki tidak memaafkan saya. Namun, pada pandangan saya, beliau juga tidak seharusnya terus mempercayai rakaman video yang telah disunting oleh pihak tertentu sehingga akhirnya saya menjadi mangsa keadaan.

Kini Azam Baki sudah tidak lagi menerajui SPRM. Persoalannya, adakah kepimpinan baharu akan melihat perkara ini dengan pendekatan yang berbeza dan lebih adil?

Bagi saya, SPRM seharusnya benar-benar berfungsi sebagai sebuah suruhanjaya yang bebas, berintegriti serta melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi kepentingan negara dan rakyat.

Kesan daripada apa yang saya anggap sebagai penganiayaan ini amat besar. Saya disekat daripada ke luar negara dan turut berdepan kesukaran untuk melepasi tapisan keselamatan bagi mendapatkan pekerjaan dengan syarikat di Malaysia.

Sudah hampir tiga tahun saya meneruskan kehidupan dengan bantuan sahabat serta hasil perniagaan kecil-kecilan.

Hari ini saya bersama Pergerakan Pemuda Gombak membincangkan hala tuju dan strategi gerak kerja Pemuda, termasuk penguku...
16/09/2026

Hari ini saya bersama Pergerakan Pemuda Gombak membincangkan hala tuju dan strategi gerak kerja Pemuda, termasuk pengukuhan organisasi, penyusunan program, penglibatan generasi muda serta usaha memperluas pendekatan kepada masyarakat di Gombak.

Perbincangan ini penting bagi memastikan Pemuda Gombak mempunyai perancangan yang jelas, gerak kerja yang tersusun dan mampu memainkan peranan yang lebih aktif dalam membawa suara serta aspirasi anak muda.

PASTI Bella akan pandai menyimpan rahsia dan menelan segala yang pahit. Biarlah kunyit asal dia tetap bersamaku selamany...
15/09/2026

PASTI Bella akan pandai menyimpan rahsia dan menelan segala yang pahit. Biarlah kunyit asal dia tetap bersamaku selamanya.

14/09/2026

Level Perdana Menteri Malaysia pergi melawat Ketua Menteri / Menteri Besar sahaja di India. Kalau Negara lain dia hantar Duta atau ekspatriat sahaja jumpa. Nampak tak level Anwar Ibrahim.

Alhamdulillah, Bahagian Gombak telah mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Parti Wawasan Negara bagi Bah...
14/09/2026

Alhamdulillah, Bahagian Gombak telah mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Parti Wawasan Negara bagi Bahagian Gombak.

Pembentukan jawatankuasa ini mengambil kira kepelbagaian latar belakang dan keupayaan generasi muda, dengan menghimpunkan ilmuwan agama, golongan profesional serta pemuda daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Saya mahu Pergerakan Pemuda ini menjadi wadah politik yang inklusif, berani dan berwibawa dalam membawa suara anak muda serta memperjuangkan isu dan kepentingan mereka di setiap peringkat.

Pemuda bukan sekadar pelapis kepimpinan. Pemuda ialah kekuatan yang menentukan arah masa depan.

Ada ahli yang bertanya kepada saya tentang pandangan saya mengenai keadaan politik semasa selepas Persidangan Agung UMNO...
14/09/2026

Ada ahli yang bertanya kepada saya tentang pandangan saya mengenai keadaan politik semasa selepas Persidangan Agung UMNO dan Muktamar PAS.

Ini pandangan peribadi saya, dimana daripada ucapan-ucapan perwakilan yang saya dengar, saya melihat banyak penekanan hanya diberikan kepada usia sesebuah parti dan jumlah jentera yang dimiliki.

Persoalannya, adakah perkara yang sama menjadi ukuran pengundi di Malaysia?

Sebagai contoh, kita boleh melihat DAP mereka tidak mempunyai jumlah cawangan yang begitu banyak, tetapi parti itu mampu memenangi kerusi dengan majoriti puluhan ribu undi. Selepas PRU13, kita juga dapat melihat rakyat menolak dominasi parti-parti tertentu dan memberikan peluang kepada parti-parti baharu. Perubahan itu akhirnya menyumbang kepada kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14.

Jadi, adakah usia parti dan jumlah jentera benar-benar menjadi ukuran kekuatan sesebuah parti? Atau perkara ini boleh menyebabkan sesebuah parti menjadi terlalu yakin sehingga memandang rendah kepada kekuatan dan kehendak rakyat?

Pada akhirnya, rakyat mengundi berdasarkan apa yang memberi kesan kepada kehidupan mereka. Rakyat melihat apa yang mereka hadapi setiap hari dan apa yang mereka harapkan daripada kerajaan serta pemimpin yang mereka pilih.

Hari ini, ramai rakyat semakin letih melihat perbincangan politik yang terlalu banyak berkisar tentang pembahagian kerusi dan siapa yang mahu menjadi parti dominan. Sedangkan rakyat di bawah mahukan perkara yang lebih dekat dengan kehidupan mereka. Mereka mahu pembelaan terhadap masalah yang mereka hadapi dan pemimpin yang benar-benar memahami denyut nadi kehidupan rakyat.

Ahli politik perlu turun ke bawah, mendengar masalah rakyat dan memperjuangkan isu yang benar-benar memberi kesan kepada kehidupan mereka. Sebab itu, peluang untuk menang dalam pilihan raya sepatutnya dibina berdasarkan sejauh mana sesebuah parti mampu menyentuh keperluan asas rakyat dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Di sinilah sepatutnya ukuran sebenar dalam menentukan pembahagian kerusi pilihan raya. Rakyat bukan sekadar mahu pemimpin yang mempunyai kedudukan dan duduk di kerusi yang empuk. Rakyat mahu pemimpin yang dikenali, dipercayai, turun padang dan bersungguh-sungguh memperjuangkan isu mereka.

Pada akhirnya, bukan usia parti atau banyaknya jentera yang menentukan kemenangan. Yang menentukan ialah sejauh mana rakyat percaya bahawa kita benar-benar berada di pihak mereka.

-Shafiq Halim-

Address

Putrajaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohamad Shafiq Abdul Halim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share