SRITI Al-Mutadayyin Hulu Langat

Call Directions Contact the organization

SRITI Al-Mutadayyin Hulu Langat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SRITI Al-Mutadayyin Hulu Langat, Blok B, Real School, Taman Perkasa, Hulu Langat.

🎓 Akademik • Diniyyah • KAFFAH • Tahfiz • Sahsiah • Tarbiyah • Kokurikulum

✨ Melahirkan generasi soleh pintar, rabbani & murabbi.

📲 Hubungi kami untuk maklumat kemasukan & pertanyaan.

✨ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPKK 2026 ✨Khusus buat anak-anak murid SRITI Al-Mutadayyin Hulu Langat yang bakal mendud...
01/11/2026

✨ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPKK 2026 ✨

Khusus buat anak-anak murid SRITI Al-Mutadayyin Hulu Langat yang bakal menduduki peperiksaan UPKK bermula 2 hingga 5 November 2026.

Iringan doa dan harapan daripada seluruh warga SRITI Al-Mutadayyin Hulu Langat buat semua calon UPKK.

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, kelapangan fikiran serta mempermudahkan setiap urusan kalian sepanjang peperiksaan berlangsung.

Ingatlah, usaha itu sebahagian daripada ikhtiar, manakala kejayaan adalah dengan izin Allah SWT. Teruskan berdoa, bertawakal dan berikan usaha yang terbaik.

رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا

Rabbi zidni ’ilma.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku.”

Semoga segala ilmu yang dipelajari menjadi ilmu yang bermanfaat, memperoleh keputusan yang cemerlang serta menjadi anak-anak soleh dan solehah yang membanggakan agama, ibu bapa dan ummah.

Bittaufiq wannajah! Semoga Allah permudahkan dan memberkati setiap langkah kalian. آمين يا رب العالمين. 🤲🏻




📚✨ PENILAIAN AKHIR SESI 2026 (PAS) SRITI AL-MUTADAYYIN HULU LANGATJumaat, 23 Oktober 2026 – Jumaat, 30 Oktober 2026Langk...
23/10/2026

📚✨ PENILAIAN AKHIR SESI 2026 (PAS) SRITI AL-MUTADAYYIN HULU LANGAT

Jumaat, 23 Oktober 2026 – Jumaat, 30 Oktober 2026

Langkah terakhir bagi menilai usaha, mengukur kefahaman dan menyemai keyakinan dalam diri setiap anak didik. Semoga Penilaian Akhir Sesi 2026 ini menjadi medan buat anak-anak SRITI Al-Mutadayyin membuktikan kesungguhan dan ilmu yang telah dipelajari sepanjang sesi persekolahan.

🤲 Titipan doa buat anak-anak SRITI Al-Mutadayyin

Semoga Allah SWT menerangi hati mereka dengan ilmu, melapangkan fikiran mereka ketika menjawab soalan, menguatkan ingatan mereka serta mempermudah setiap urusan. Semoga dijauhkan daripada rasa gelisah dan diberikan ketenangan sepanjang menghadapi penilaian ini.

Ya Allah, kurniakanlah kejayaan yang diberkati buat anak-anak ini, bukan sahaja dalam pencapaian akademik, bahkan dalam pembentukan akhlak dan keperibadian. Jadikanlah mereka generasi yang berilmu, beramal dan sentiasa berada di bawah rahmat serta perlindungan-Mu.

Selamat maju jaya buat seluruh anak didik SRITI Al-Mutadayyin! 🌟

Terus berusaha, perbanyakkan doa dan bertawakal kepada Allah. Semoga setiap usaha membuahkan hasil yang membanggakan dan setiap ilmu menjadi cahaya yang menerangi perjalanan kehidupan. آمين يا رب العالمين.






08/10/2026

📢 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥

Pihak SRITI Selangor mengambil maklum keadaan jerebu yang sedang melanda beberapa kawasan dan sentiasa mengutamakan keselamatan, kesihatan serta kebajikan seluruh warga SRITI.

Sehubungan itu, semua Cawangan SRITI di seluruh Negeri Selangor akan ditutup sementara bermula 9 Oktober 2026 sehingga dimaklumkan semula oleh pihak SRITI Selangor.

📌 Ibu bapa/penjaga dimohon:
• Mengutamakan keselamatan dan kesihatan anak-anak.
• Tidak membuat sebarang andaian berkaitan tarikh pembukaan semula.
• Sentiasa mengikuti makluman rasmi daripada SRITI Selangor/Kawasan.
• Memberi kerjasama terhadap segala arahan dan perkembangan semasa.

Sebarang perubahan atau arahan lanjut berkaitan pembukaan semula akan dimaklumkan dari semasa ke semasa berdasarkan perkembangan keadaan jerebu.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.

𝗦𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿
"Membina Generasi Rabbani Murabbi"

🏆HANAN BASYEERAH:PESERTA TERBAIK BANAT TAQIS SRITI SELANGOR 2026🏆Syabas dan tahniah buat Hanan Basyeerah Binti Iqzuan at...
29/09/2026

🏆HANAN BASYEERAH:PESERTA TERBAIK BANAT TAQIS SRITI SELANGOR 2026🏆

Syabas dan tahniah buat Hanan Basyeerah Binti Iqzuan atas kejayaan dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Banat dalam program TAQIS Negeri Selangor! 🏆✨

Satu pencapaian yang cukup membanggakan, lebih-lebih lagi apabila anak didik kita mampu menonjol dalam program yang menghimpunkan peserta dari pelbagai SRITI di seluruh Selangor.

Kejayaan ini menjadi bukti bahawa SRITI Al-Mutadayyin Hulu Langat mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi, bukan sekadar di peringkat daerah, malah mampu tampil dan mengukir pencapaian di pentas negeri.

Sekolah mungkin kecil, tetapi kemampuan anak-anak kita tidak pernah kecil.
Tahniah Hanan Basyeerah! Terus melangkah dan terus menginspirasi. 💚🔥

🏆WAKIL SRITI HULU LANGAT KE TAQIS SRITI SELANGOR 2026🏆Syabas dan tahniah buat 4 orang wakil SRITI Al-Mutadayyin Hulu Lan...
29/09/2026

🏆WAKIL SRITI HULU LANGAT KE TAQIS SRITI SELANGOR 2026🏆

Syabas dan tahniah buat 4 orang wakil SRITI Al-Mutadayyin Hulu Langat yang telah membawa nama Hulu Langat ke Tamrin Qiyadi SRITI (TAQIS) Negeri Selangor tahun 2026.

Walaupun ini merupakan penyertaan pertama mereka dalam pertandingan debat, wakil Hulu Langat berjaya melangkah sehingga ke peringkat suku akhir, sebelum terkandas selepas berentap dengan SRITI Sungai Besar.

Lebih membanggakan, keberanian dan persembahan mereka turut mendapat pujian daripada Pengarah Program, khususnya kerana mereka merupakan first timer dalam acara debat.

Pencapaian ini menjadi satu lagi bukti bahawa SRITI Al-Mutadayyin Hulu Langat mampu bersaing di pentas yang lebih tinggi. Bukan sekadar hadir sebagai peserta, tetapi berani mencabar, bersaing dan melangkah jauh walaupun baru pertama kali turun.

First time berdebat, terus sampai suku akhir. 🔥

Tahniah dan jutaan terima kasih juga buat guru-guru pembimbing yang telah mencurahkan masa, tenaga dan bimbingan dalam mempersiapkan anak-anak ini. Di sebalik setiap keberanian mereka di pentas, ada usaha dan tunjuk ajar guru yang tidak ternilai. 🤍

Tahniah anak-anak Hulu Langat. Ini baru permulaan. In shaa allah, kita pergi lebih jauh lagi! 💚👏🏻

SUJUD SYUKUR SEBAGAI TANDA SYUKUR KEPADA ALLAH SWT❤️Alhamdulillah, selesai sudah perjuangan anak-anak Tahun 6 dalam meng...
26/09/2026

SUJUD SYUKUR SEBAGAI TANDA SYUKUR KEPADA ALLAH SWT❤️

Alhamdulillah, selesai sudah perjuangan anak-anak Tahun 6 dalam menghadapi Peperiksaan PSRA 2026.

Sebagai tanda syukur kepada Allah SWT atas kekuatan, kesabaran dan kelancaran yang dikurniakan sepanjang tempoh peperiksaan, anak-anak mengambil kesempatan untuk melaksanakan sujud syukur.

Sujud syukur merupakan tanda seorang hamba merendahkan diri di hadapan Allah SWT dan menzahirkan rasa syukur atas nikmat serta pertolongan-Nya. Ia mengajar anak-anak bahawa setiap kejayaan dan kemudahan yang diperoleh bukan semata-mata kerana usaha kita, tetapi semuanya dengan izin dan pertolongan Allah.

Kaifiyat sujud syukur secara ringkas:

1. Menghadap kiblat.
2. Berniat untuk melakukan sujud syukur.
3. Bertakbir lalu sujud.
4. Membaca zikir/doa ketika sujud.
5. Bertakbir dan bangun daripada sujud.

Semoga sujud syukur ini menjadi satu pengalaman bermakna buat anak-anak — bahawa setelah berusaha, kita berserah dan bersyukur kepada Allah SWT. 🤍

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
Semoga Allah SWT menerima segala usaha mereka dan mengurniakan kejayaan yang terbaik di dunia dan akhirat.

🌿 WAKIL SRITI HULU LANGAT KE TAQIS PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2026 🌿Alhamdulillah, seramai empat orang murid SRITI Hulu L...
26/09/2026

🌿 WAKIL SRITI HULU LANGAT KE TAQIS PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2026 🌿

Alhamdulillah, seramai empat orang murid SRITI Hulu Langat telah terpilih untuk mewakili SRITI Hulu Langat dalam Tamrin Qiyadi SRITI (TAQIS) Peringkat Negeri Selangor 2026.

📖 “Al-Quran Teras Kepimpinan”

Program yang berlangsung pada 25–27 September 2026 di YBK Global Camp, Hulu Selangor ini menjadi medan untuk para peserta membina jati diri, mengukuhkan kemahiran kepimpinan serta menyemai nilai amanah, akhlak dan keberanian berteraskan Al-Quran.

🌟 Empat wakil SRITI Hulu Langat:

1. Muhammad Iqbal Bin Mohd Hazwan
2. Muhammad Rafif Aysar Bin Aznan
3. Darwisyah Az-Zahra Binti Mohd Fiqri
4. Hanan Basyeerah Binti Iqzuan

Semoga penyertaan ini menjadi pengalaman yang bermakna dalam membentuk generasi pemimpin yang bukan sahaja mampu memimpin orang lain, tetapi terlebih dahulu mampu memimpin diri dengan petunjuk Al-Quran.

Selamat berjuang dan manfaatkan setiap ilmu serta pengalaman sepanjang TAQIS 2026! 🌿

Bittaufiq wannajah! 🤲🏻






23/09/2026

🏫 OPEN DAY SRITI AL-MUTADAYYIN 2026 🏫

Alhamdulillah, telah berlangsung Open Day SRITI Al-Mutadayyin pada Ahad, 20 September 2026.

Program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada ibu bapa yang hadir bagi mengikuti taklimat berkaitan SRITI Al-Mutadayyin, di samping anak-anak yang turut menjalani Ujian Saringan Kemasukan ke SRITI Al-Mutadayyin.

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang hadir dan meluangkan masa bersama kami. Lebih-lebih lagi, terima kasih kerana memilih SRITI Al-Mutadayyin sebagai salah satu wadah pendidikan dan pembentukan anak-anak.

Semoga segala usaha dan kepercayaan yang diberikan dapat menjadi permulaan yang baik dalam membina generasi yang berilmu, beramal dan berakhlak, in shaa Allah. 💚

SRITI Al-Mutadayyin — Membina Generasi Rabbani Murabbi.

✨ PENDAFTARAN SESI 2027 SRITI AL-MUTADAYYIN HULU LANGAT KINI DIBUKA! ✨Ibu ayah sedang mencari sekolah rendah yang bukan ...
22/09/2026

✨ PENDAFTARAN SESI 2027 SRITI AL-MUTADAYYIN HULU LANGAT KINI DIBUKA! ✨

Ibu ayah sedang mencari sekolah rendah yang bukan sahaja fokus akademik, tetapi turut membentuk adab, sahsiah & kecintaan kepada Al-Quran? 🤍

Di SRITI Al-Mutadayyin, anak-anak dibimbing dalam suasana pembelajaran yang kondusif, berdisiplin dan berteraskan Al-Quran & Sunnah. 🌿

📚 KSSR + JAIS + KAFFAH + Pra Tahfiz
❄️ Bilik darjah berhawa dingin
👩‍🏫 Guru berpengalaman & berdedikasi
🌱 Program kerohanian & pembangunan sahsiah
⚽ Aktiviti sukan & kokurikulum
🍱 Minum pagi & makan tengah hari disediakan
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
💰 Yuran bulanan RM500

🎓 Pengambilan Darjah 1 (7 tahun) hingga Darjah 6
⚠️ Tempat adalah TERHAD!

👉 Nak tahu sama ada SRITI sesuai untuk anak ibu ayah?
Jangan tunggu lama. DM kami perkataan “NAK INFO” dan kami bantu terangkan tentang pendaftaran, yuran & program SRITI. 💬

📲 WhatsApp: 011-5755 4672
☎️ Pejabat: 03-9021 1382

💚 Mungkin inilah langkah pertama untuk membina generasi yang soleh, pintar dan berdaya saing.

BITAUFIQ WANNAJAH! 🌿Seluruh warga SRITI Al-Mutadayyin Hulu Langat mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon PSRA ...
20/09/2026

BITAUFIQ WANNAJAH! 🌿

Seluruh warga SRITI Al-Mutadayyin Hulu Langat mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon PSRA 2026 yang akan menduduki peperiksaan bermula esok.

Semoga semua calon diberikan ketenangan, kelancaran dan kemudahan dalam menjawab setiap soalan. Jawablah dengan teliti, yakin dan sebaik mungkin.

Semoga segala usaha dan persediaan selama ini membuahkan hasil yang terbaik.

Selamat menduduki PSRA 2026.
Bitaufiq wannajah! 🤲🏻✨

Address

Blok B, Real School, Taman Perkasa
Hulu Langat
43100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+601157554672

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Al-Mutadayyin Hulu Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SRITI Al-Mutadayyin Hulu Langat:

Shortcuts

Share