Gerak23

Directions Contact the organization

Gerak23 GERAK23|PeBS DUN Dusun Tua

Sebuah gerakan sukarelawan anak muda yang melaksanakan aktiviti kebajikan

POUND NEON NIGHT ZON 3 - Light Up the Night.Jom sertai POUND Neon Night Zon 3! ๐Ÿ”ฅLuangkan masa bersama komuniti dalam sat...
21/09/2026

POUND NEON NIGHT ZON 3 - Light Up the Night.

Jom sertai POUND Neon Night Zon 3! ๐Ÿ”ฅ

Luangkan masa bersama komuniti dalam satu malam yang penuh dengan muzik, pergerakan, kecergasan dan neon vibes! โœจ

๐Ÿ“… Tarikh: 26 September 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 8.30 malam
๐Ÿ“ Tempat: Kompleks Pasar & Pusat Komuniti Taman Suntex
๐Ÿ‘ฅ Terhad kepada 100 peserta sahaja

๐ŸŽฏ Terbuka kepada penduduk & pengundi Hulu Langat serta kawasan sekitar.

๐Ÿ’ฐ DEPOSIT PENYERTAAN: RM5
Deposit akan dipulangkan semasa pendaftaran pada hari program.

โš ๏ธ Peserta yang tidak hadir akan kehilangan deposit RM5 dan deposit tidak akan dikembalikan.

๐ŸŒˆ NEON THEME
Peserta digalakkan memakai pakaian atau aksesori neon/warna terang yang bersesuaian dengan tema. Tak perlu full neon โ€” yang penting glow! โœจ

๐Ÿง˜ Jangan lupa bawa yoga/exercise mat sendiri!

๐Ÿฅช Light refreshments disediakan.

๐Ÿ“ฒ DAFTAR SEKARANG:
https://forms.gle/UxGdJEGpgiaGkQr96

โš ๏ธ Tempat adalah terhad kepada 100 peserta sahaja.

Jangan lepaskan peluang โ€” get ready to POUND! ๐Ÿฅ๐Ÿ”ฅ

Anjuran Bersama:
Pejabat Ahli Majlis MPKJ Zon 3 & PeBS MPKJ Zon 3

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA!Sempena sambutan Hari Malaysia, kami kongsikan kembali momen daripada Program Mendaki Lata Bere...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA!

Sempena sambutan Hari Malaysia, kami kongsikan kembali momen daripada Program Mendaki Lata Berembun & Lata Bomoh Ali, Hulu Langat yang telah berlangsung pada 26 Ogos 2026.

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada para peserta untuk kekal aktif melalui aktiviti pendakian, malah turut berpeluang menghayati sendiri keindahan alam semula jadi yang ada di Malaysia, sekali gus memupuk rasa cinta dan penghargaan terhadap khazanah negara.

Terima kasih kepada semua peserta, urusetia serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. โค๏ธ

Salam Hari Malaysia daripada PeBS MPKJ Zon 3! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

25/09/2025

๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ Youth Vibes Run 2025 ๐Ÿƒ

Buat julung kalinya, Youth Vibes Run 2025 diadakan sempena Hari Sukan Negara peringkat Daerah Hulu Langat Tahun 2025 anjuran Penggerak Belia Selangor (PeBS) MPKj.

๐Ÿ“Lake Valley, Bandar Tun Hussein Onn
๐Ÿ—“๏ธ 11 Oktober 2025
๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ 5KM Fun Run โ€“ Terbuka kepada semua!

Dengan hanya RM45 sahaja, anda akan dapat:
๐Ÿ‘• T-shirt eksklusif
๐ŸŽ–๏ธ Medal finisher
๐Ÿ”ข Nombor bib
๐Ÿฑ Makanan & minuman percuma!

Tempoh pendaftaran: 24 Sept โ€“ 7 Okt 2025

Daftarkan diri anda segera!
๐Ÿ‘‰ youthvibesrun.com/registration atau imbas QR dalam poster.

โ˜Ž๏ธ Info lanjut: 018-911 9942 (urusetia)

Feel the Vibes, Own the Street!
Jumpa anda di garisan permulaan! ๐Ÿ๐Ÿ”ฅ

18/09/2025

Futsal Belia MADANI Hulu Langat

Pada 15 September yang lalu, Penggerak Belia Selangor (PeBS) MPKj Zon 2 bersama ABIM Cawangan Ampang telah menganjurkan program futsal sempena Hari Malaysia di The Challenger Sports Centre.

Program ini disertai oleh para belia serta rakan-rakan PeBS yang hadir memeriahkan suasana.

Semoga usaha untuk memastikan kesihatan warga belia terus mendapat sambutan.

Terima kasih atas sokongan dan penglibatan semua!

Nantikan program menarik kami yang seterusnya!

31/08/2025

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Kemerdekaan bukan sekadar sejarah, tetapi amanah untuk kita terus memelihara, mengisi dan memperkukuhnya.

Semoga semangat perpaduan dan cinta tanah air terus subur dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

Tulus ikhlas daripada kami, Penggerak Belia Selangor MPKj.

29/08/2025
15 Jun 2025, Penggerak Belia Selangor MPKj Zon 2 bersama JPKK Kg Melaka telah menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Piala ...
17/06/2025

15 Jun 2025, Penggerak Belia Selangor MPKj Zon 2 bersama JPKK Kg Melaka telah menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Piala Tertutup Kg Melaka 2025.

Sebanyak 16 pasukan jemputan telah menyertai kejohanan ini, masing-masing menunjukkan aksi bertenaga dan semangat kesukanan yang membanggakan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Sany Hamzan, Ahli Parlimen Hulu Langat, yang turut hadir memberi sokongan kepada belia dan komuniti setempat.

Kejohanan ini bukan sekadar tentang mencari juara, tetapi juga menjadi wadah menyatukan komuniti, membangkitkan semangat belia, dan memelihara warisan sukan tradisional kita.

Terima kasih kepada semua yang terlibat, daripada pemain hingga sukarelawan, penonton dan rakan kerjasama.
Moga semangat seperti ini terus hidup dalam program-program belia yang akan datang.

Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Piala Kampung Melaka 2025Perhatian kepada semua peminat sepak takraw! Pada 15 Jun 2025 (...
13/06/2025

Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Piala Kampung Melaka 2025

Perhatian kepada semua peminat sepak takraw!

Pada 15 Jun 2025 (Ahad), gelanggang Sepak Takraw Kg Melaka bakal disajikan aksi-aksi hangat yang mengujakan daripada pasukan-pasukan jemputan yang hebat-hebat belaka!

Program ini merupakan anjuran bersama Penggerak Belia Selangor (PEBS) MPKJ Zon 2 & JPKK Kampung Melaka.

Ayuh! orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan suasana & beri sokongan kepada pemain-pemain kita

ุนูŠุฏ ุงู„ุฃุถุญู‰ ุงู„ู…ุจุงุฑูƒ | Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H / 2025Aidiladha mengingatkan kita akan makna sebenar pengorbanan....
07/06/2025

ุนูŠุฏ ุงู„ุฃุถุญู‰ ุงู„ู…ุจุงุฑูƒ | Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H / 2025

Aidiladha mengingatkan kita akan makna sebenar pengorbanan. Bukan sekadar pada zahir, tetapi juga keikhlasan hati, ketaatan, dan kasih sayang sesama insan.

Semoga ruh pengorbanan yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail terus menyemarakkan jiwa-jiwa kita dalam membina masyarakat yang lebih adil, berjiwa besar dan berjiwa pemimpin.

Ikhlas daripada kami di Penggerak Belia Selangor Zon 2 MPKj.

ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู… ุตุงู„ุญ ุงู„ุฃุนู…ุงู„

Pada 29 Mac 2025, Penggerak Belia Selangor Zon 2 MPKJ telah mengadakan program edaran kuih raya kepada ketua-ketua kampu...
30/03/2025

Pada 29 Mac 2025, Penggerak Belia Selangor Zon 2 MPKJ telah mengadakan program edaran kuih raya kepada ketua-ketua kampung serta agensi kerajaan di Zon 2 MPKJ. Semoga sumbangan kecil ini dapat menceriakan sambutan Aidilfitri dan mengeratkan hubungan dalam komuniti.

Address

Hulu Langat
43100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gerak23 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Gerak23:

Shortcuts

Share