21/09/2026
Perlawanan bolasepak persahabatan Sri Nilam All Star FC vs YB Johan FC (DWJA)
19hb September 2026
8 malam
Padang sintetik Kompleks Sukan MPKJ
Bandar Baru Bangi
Alhamdulilah pertandingan persahabatan antara Sri Nilam FC All Stars dan YB Johan FC berjalan dengan suasana penuh kemesraan & kekeluargaan yang keputusannya berkesudahan Sri Nilam FC menang dengan aggregate 3-0, di sebabkan game ini berasaskan reunion, Sri Nilam FC menurunkan pemain old boys yang majoriti umur mereka dalam lingkungan 40+ 50+ 60+
Turut memeriahkan lagi kehadiran penyokong & pemain simpanan terdiri dari legasi pemain old boys Sri Nilam FC sendiri.
Insyaallah Sri Nilam FC sedang merancang mengadakan Majlis Reunion bersama bekas pemain Sri Nilam FC dalam tahun ini. Untuk makluman pasukan ini telah di jenamakan semula pada tahun 1986 yang terdahulu Red Eagle FC (1970an) kemudiannya Setia Bersatu FC (1980) dan akhirnya telah di daftarkan pada 1992 di bawah Pertubuhan ROS, Kelab kebudayaan & Kesukanan Sri Nilam.
Sedikit kronologi Padang Pekan Batu 14 Hulu Langat:
Atas kejituan dan semangat kesukanan bekas pemain pemain bersama penduduk sekitar telah berjaya membantah cadangan sebuah syarikat untuk mengambil alih Padang Pekan batu 14 untuk di jadikan kawasan commercial deretan rumah kedai.
Akhir sekali di sini kami mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terimakasih kepada Yb Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz ADUN Dusun Tua yang turut bermain di samping menaja perlawanan tersebut dan cenderahati kepada semua pemain.
Terima kasih juga di ucapkan kepada Ahli Majlis MPKJ En.Fuad Ab Rahman dan En. Azlan Ahmad kamsi yang turut menaja perlawanan ini.
Kepada bekas pemain yang sanggup hadir walaupun bermastautin jauh, urusetia kelab mengucapkan jutaan terima kasih.
All the best sahabat-sahabat semua, semoga di panjangkan umur & sihat selalu bersama keluarga.