29/07/2026
TELAH BERLANGSUNG | Program Bicara Sakinah dan Fit@YADIM Siri 2/2026
Hulu Langat, 29 Julai 2026 β Program Bicara Sakinah dan Fit@YADIM Siri 2/2026 anjuran Bahagian Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH) sedang berlangsung di Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH), Hulu Langat dengan penyertaan lebih 90 orang peserta.
Program ini menghimpunkan komuniti setempat yang terdiri daripada ahli-ahli persatuan dan NGO sekitar Hulu Langat, warga Kelas Al-Quran INDAH serta warga kerja YADIM dalam suasana penuh ukhuwah dan pengisian ilmiah.
Acara dimulakan dengan Senaman Terapi yang dikendalikan oleh Tuan Haji Jalaludin bin Haji Md. Nor, Pengerusi Kelab Warga Emas Batu 14, Hulu Langat. Seterusnya, para peserta menikmati sarapan pagi secara Kongsi Rezeki (Potluck) yang mencerminkan semangat kebersamaan dan silaturahim.
Program diteruskan dengan slot perkongsian ilmiah bertajuk βJangan Biarkan Dunia Mendidik Anakβ yang disampaikan oleh DMY Khairul Hanin, mengupas peranan ibu bapa dalam membentuk keluarga yang berteraskan nilai-nilai Islam serta cabaran mendidik anak-anak dalam era semasa.
Majlis kemudiannya disempurnakan dengan perasmian penutup oleh YB Senator Puan Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Penganjuran program ini merupakan kesinambungan kepada inisiatif yang telah dimulakan pada tahun lalu dan kini diteruskan melalui Siri 2/2026, selepas kejayaan Siri 1 yang telah diadakan pada Januari 2026. Diharapkan program seumpama ini terus menjadi wadah memperkukuh institusi keluarga, menyemai kefahaman Islam serta mengeratkan hubungan antara YADIM dan masyarakat melalui pengisian yang bermanfaat dan berimpak.