Projek Bantuan Beras - pbbtsn

Call Directions

Projek Bantuan Beras - pbbtsn Page ini ditubuhkan untuk memberi maklumat tentang projek bantuan beras kepada semua penduduk.

Sekampit beras yang bermakna untuk yang memerlukan..Semoga dipermudahkan segala urusan kita dipagi Jumaat yang berkat in...
28/08/2026

Sekampit beras yang bermakna untuk yang memerlukan..

Semoga dipermudahkan segala urusan kita dipagi Jumaat yang berkat ini..🤲

16/08/2026

Terima kasih semua yang selama ini terus mendokong projek infaq beras.. walaupun jumlah penginfaq yang kekal makin berkurang tapi setiap bulan masih dapat memberi beras kepada penduduk walaupun sedikit.

Saya tak mampu lakukan semua ini tanpa sumbangan dari semua.

Hanya Allah saja yg dapat balas kebaikan kalian semua 🤲

Projek Bantuan Beras - pbbtsn

Terharu dan sebak rasanya bila menerima msg ini. Setiap rumah ada ceritanya...Ada keluarga yang masih berjuang untuk men...
04/08/2026

Terharu dan sebak rasanya bila menerima msg ini.

Setiap rumah ada ceritanya...

Ada keluarga yang masih berjuang untuk menyediakan makanan di atas meja.

Mungkin kita yang hidup senang tak pernah merasa perit jerih untuk mendapatkan sekilo beras, tapi bagi yang hidupnya kais pagi makan pagi sekampit beras amat berharga.

"Barang siapa yang meringankan kesusahan seorang mukmin, Allah akan meringankan kesusahannya pada hari kiamat."(Hadis Riwayat Muslim)

Semoga setiap butir beras yang disumbangkan menjadi saham akhirat dan asbab keberkatan rezeki kita semua.

Saya hanya mampu mendoakan semoga Allah permudahkan segala urusan semua yang telah memberi sumbangan kepada Projek Bantuan Beras - pbbtsn dan semoga ini menjadi amal yang diterima di sisi Allah SWT.

Kebetulan ketika Encik Mazlan bertanya beras dah sampai atau belum, lori beras baru saja sampai di rumah saya. Rupanya d...
08/07/2026

Kebetulan ketika Encik Mazlan bertanya beras dah sampai atau belum, lori beras baru saja sampai di rumah saya.

Rupanya dari petang semalam mereka suami isteri tak makan nasi sebab beras telah pun habis.

Syukur beras sampai tepat pada masanya.

Sungguh tak sangka ada yang begitu mengharapkan bantuan beras ini. Bukan tak dapat bantuan zakat, tapi duit zakat sebanyak RM400 sebulan digunakan untuk membeli pampers isteri dan selebihnya untuk bayar bil dan beli beberapa keperluan lain.

Bantuan beras ini sangat membantu dalam meringankan beban kewangan mereka. Sekurang-kurangnya mereka tak perlu lagi mengeluarkan duit untuk membeli beras untuk tempoh beberapa minggu.

Projek Bantuan Beras - pbbtsn mungkin tak seberapa pada orang lain tapi percayalah ia amat bermakna bagi insan-insan yang memerlukan.

Kebaikan ataupun kejahatan yang engkau lakukan itu seperti hutang. Roda kehidupan yang berputar akan 'mengembalikan' dan...
22/04/2026

Kebaikan ataupun kejahatan yang engkau lakukan itu seperti hutang. Roda kehidupan yang berputar akan 'mengembalikan' dan 'membayar' semula segala hal itu kepada engkau semula.

🪻🌹🪻🌹🪻🌹🪻

Alhamdulillah.

Bantuan beras untuk bulan April 2026 telah berjaya memberi beras 10kg kepada 30 orang penerima bulanan.

Berbekalkan sumbangan sebanyak RM987.50 pada (6/4/2026), belian dan bayaran beras telah dibuat pada hari yang sama. Baki sumbangan selepas belian ialah RM12.50.

Terima kasih kepada semua PENGINFAQ yang masih terus memberi sokongan kepada projek kecil ini. Sungguh bukan mudah untuk teruskan Projek Bantuan Beras - pbbtsn tanpa sumbangan dari semua.

Kita cuba untuk sasarkan 10kg beras kepada 30 orang penerima setiap bulan, namun sumber kewangan kita sangat terhad sekarang ini. Kita hanya mempunyai ± 20 orang sahaja penyumbang tetap setiap bulan.

Apa pun yang Allah rezekikan kita tetap bersyukur. Terima kasih Allah yang menghadirkan insan-insan baik untuk membantu.

Semoga Allah ganjarkan pahala berlipat ganda buat semua PENGINFAQ, dimewahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dimakbulkan segala hajat dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat..🤲

Jazakumullahu Khairan Kathira 🌹🌹

Sesungguhnya sedekah yang paling baik adalah sedekah di bulan Ramadan.Alhamdulillah.Bantuan beras untuk bulan Februari t...
26/02/2026

Sesungguhnya sedekah yang paling baik adalah sedekah di bulan Ramadan.

Alhamdulillah.

Bantuan beras untuk bulan Februari telah diagihkan pada 5/2/2026 yang lalu. Seramai 30 penerima mendapat beras 10kg dan 3 beg beras 5kg diberi kepada penduduk yang memerlukan.

Pada awalnya saya hanya bercadang untuk membeli 18 beg beras 10kg dan 12 beg beras 5kg memandangkan duit sumbangan sebelum belian tidak mencukupi untuk membeli 30beg beras 10kg.

Tapi, disebabkan ada seorang penerima bertanya kerana bulan sebelumnya dia mendapat 10kg tapi bulan ini dia hanya mendapat beras 5kg, saya cuba sedaya upaya war-warkan baki jumlah yang saya perlukan untuk membeli 30beg beras 10kg.

Syukur kepada Allah. Dalam beberapa jam sahaja sumbangan bertambah dan telah mencukupi. Jumlah sumbangan pada (3/2/2026) ialah RM1025.00. Kesemuanya digunakan untuk membeli beras iaitu 30 beg beras 10kg dan 3 beg beras 5kg. Baki selepas belian dibuat ialah RM0.50.

Terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan untuk belian beras bulan Februari ini.

Semoga Allah memberkati dan merahmati para penginfaq, ahli keluarga serta setiap harta yang dibelanjakan.

Amiiin Ya Rabbal'alamiiin.

Address

Hulu Langat

Telephone

+60183848656

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Projek Bantuan Beras - pbbtsn posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share