Malaysian Environmental Health Officer & Asst Officer Association Myenvheat

Directions Website

Malaysian Environmental Health Officer & Asst Officer Association Myenvheat Persatuan Pegawai dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Malaysia

🍞 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗖𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝘃𝘀 𝗨𝗟𝗧𝗥𝗔-𝗣𝗥𝗢𝗖𝗘𝗦𝗦𝗘𝗗 𝗙𝗢𝗢𝗗𝗗𝗨𝗔 𝗜𝗦𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗘𝗭𝗔, 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗠𝗣𝗨𝗥 𝗔𝗗𝗨𝗞Minggu ini media sosial hangat dengan adua...
09/11/2026

🍞 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗖𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝘃𝘀 𝗨𝗟𝗧𝗥𝗔-𝗣𝗥𝗢𝗖𝗘𝗦𝗦𝗘𝗗 𝗙𝗢𝗢𝗗
𝗗𝗨𝗔 𝗜𝗦𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗘𝗭𝗔, 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗠𝗣𝗨𝗥 𝗔𝗗𝗨𝗞

Minggu ini media sosial hangat dengan aduan berkaitan produk roti kilang. Dalam masa yang sama, banyak hantaran mengaitkannya dengan isu "ultra-processed food" (UPF) dan menggambarkan roti tersebut seolah-olah beracun.

Sebagai pengamal kesihatan persekitaran, kami ingin menjelaskan bahawa 𝗱𝘂𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗶𝗻𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗲𝘇𝗮 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶.

━━━━━━━━━━━━━━━

🔴 𝟭. 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗖𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡
𝗜𝘀𝘂 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻, 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗴𝗲𝗿𝗮

▪️ Gejala seperti muntah, cirit-birit dan sakit perut muncul dalam beberapa jam hingga beberapa hari selepas makan.
▪️ Punca: kuman, toksin, bahan cemar, atau makanan rosak/luput.
▪️ Perlu disiasat dengan bukti: sejarah makanan, spesimen klinikal, sampel produk dan maklumat batch.
▪️ Satu dua aduan belum cukup untuk membuktikan sesuatu produk menjadi punca. Siasatan masih berjalan dan keputusan makmal belum keluar.

━━━━━━━━━━━━━━━

🟡 𝟮. 𝗨𝗟𝗧𝗥𝗔-𝗣𝗥𝗢𝗖𝗘𝗦𝗦𝗘𝗗 𝗙𝗢𝗢𝗗 (𝗨𝗣𝗙)
𝗜𝘀𝘂 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻, 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴

▪️ UPF ialah kategori makanan yang diproses secara industri dengan bahan tambah seperti pengemulsi dan pengawet.
▪️ 𝗛𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗿𝗼𝘁𝗶 𝗸𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗴𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶 𝗨𝗣𝗙, tidak kira jenama.
▪️ Bahan tambah yang digunakan 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan telah dinilai keselamatannya.
▪️ Kajian menunjukkan kaitan UPF dengan penyakit kronik bergantung pada 𝗷𝗲𝗻𝗶𝘀 makanan. Minuman manis, daging diproses, serta sos dan perencah paling kerap dikaitkan dengan risiko. Roti bijirin penuh p**a 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 dikaitkan dengan risiko tersebut, malah dikaitkan dengan risiko diabetes yang lebih rendah.

━━━━━━━━━━━━━━━

✅ 𝗔𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗯𝘂𝗮𝘁?

▪️ Pilih roti 𝗯𝗶𝗷𝗶𝗿𝗶𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵 / 𝗴𝗮𝗻𝗱𝘂𝗺 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵 berbanding roti putih jika boleh.
▪️ Pelbagaikan sumber karbohidrat: nasi, capati atta, ubi, oat.
▪️ Baca label: tarikh luput, senarai ramuan, kandungan gula dan garam.
▪️ Jangan panik dan jangan sebarkan dakwaan sebelum siasatan selesai.

━━━━━━━━━━━━━━━

🚨 𝗝𝗶𝗸𝗮 𝘀𝘆𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗰𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻:

1️⃣ Dapatkan rawatan segera.
2️⃣ 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗸𝗶 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗻𝗴𝗸𝘂𝘀𝗮𝗻. Jangan buang!
3️⃣ Ambil gambar 𝗸𝗼𝗱 𝗯𝗮𝘁𝗰𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗹𝘂𝗽𝘂𝘁.
4️⃣ Catat 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗯𝗲𝗹𝗶.
5️⃣ Laporkan ke 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 atau melalui 𝗦𝗶𝗦𝗣𝗔𝗔.

Maklumat lengkap membolehkan siasatan dibuat dengan cepat dan adil, kepada pengadu dan juga pengeluar.

Tularkan maklumat yang betul, bukan andaian. 🙏





🪔✨ SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI ✨🪔Deepavali Valthukkal! 🌸Malaysian Environmental Health Officers & Assistant Officer...
07/11/2026

🪔✨ SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI ✨🪔

Deepavali Valthukkal! 🌸

Malaysian Environmental Health Officers & Assistant Officers Association (MyEnvHeat) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat Hindu yang meraikannya.

Semoga cahaya Deepavali membawa kebahagiaan, keharmonian, kesejahteraan dan kemakmuran kepada semua. 🪔💜

Raikan kepelbagaian budaya, eratkan perpaduan dan semarakkan semangat muhibah dalam masyarakat majmuk Malaysia. 🇲🇾

Tulus Ikhlas Daripada:
Malaysian Environmental Health Officers & Assistant Officers Association (MyEnvHeat)




🎉 RECAP SEGA 2022 | MENUJU 5 TAHUN MyENVHEAT 🎉Pada 22 Februari 2027, MyENVHEAT bakal genap lima tahun sejak penubuhannya...
04/11/2026

🎉 RECAP SEGA 2022 | MENUJU 5 TAHUN MyENVHEAT 🎉

Pada 22 Februari 2027, MyENVHEAT bakal genap lima tahun sejak penubuhannya secara rasmi.

Menjelang ulang tahun ke-5 ini, kita menelusuri kembali antara inisiatif terawal persatuan, iaitu SEGA 2022 – Tinjauan Tempoh Bertugas, Latar Belakang Akademik dan Gred Perjawatan.

📊 SEGA 2022: DATA AWAL, SUARA PROFESION

Tinjauan yang dilaksanakan pada 15 Februari hingga 2 Mac 2022 berjaya mengumpulkan 543 responden dalam kalangan Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP).

Dapatan yang dihebahkan pada 7 Disember 2022 memberikan gambaran awal yang penting:

🔹 31.7% responden mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda.

🔹 86.0% daripada responden berijazah tersebut masih berada dalam Kump**an Sokongan berdasarkan struktur perjawatan ketika tinjauan dilaksanakan.

Walaupun tinjauan ini tidak mewakili keseluruhan profesion, dapatan tersebut membuka ruang perbincangan mengenai hubungan antara kelayakan akademik, pengalaman perkhidmatan dan peluang perkembangan kerjaya PKP/PPKP.

Lima tahun kemudian, persoalannya masih relevan: Sejauh manakah landskap kerjaya dan pembangunan profesion kita telah berubah?

📢 SEGA AKAN KEMBALI PADA TAHUN 2027!

Kali ini, kita mahu SEGA menjadi lebih menyeluruh dan mampu menghasilkan maklumat yang lebih bermakna untuk perancangan masa depan profesion.

💬 KAMI MAHU MENDENGAR PANDANGAN ANDA!

Selain gred perjawatan semasa, tempoh perkhidmatan dan latar belakang akademik, apakah maklumat tambahan yang wajar dikumpulkan dalam SEGA 2027?

Kongsikan cadangan anda di ruangan komen. Setiap pandangan amat berharga dalam usaha memperkukuh pembangunan profesion PKP dan PPKP di Malaysia.

Lima tahun membina suara. Kini masa untuk memperkukuhnya dengan data.

🖤 SALAM TAKZIAH | إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَMalaysian Environmental Health Officers & Assistant Officer...
02/11/2026

🖤 SALAM TAKZIAH | إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Malaysian Environmental Health Officers & Assistant Officers Association (MyEnvHeat) merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita atas pemergian:

ALLAHYARHAM MOHD AZIZUL BIN SULONG

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu

Sesungguhnya, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan buat keluarga, sahabat serta warga profesion Kesihatan Persekitaran.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosanya serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah. 🤲

Salam takziah daripada seluruh warga Malaysian Environmental Health Officers & Assistant Officers Association (MyEnvHeat).



*MyENVHEAT mohon KKM senaraikan PKP/PPKP dalam Portal Pertukaran S**a Sama S**a (P3S), Kajian Kesan Penempatan Jauh Dari...
16/10/2026

*MyENVHEAT mohon KKM senaraikan PKP/PPKP dalam Portal Pertukaran S**a Sama S**a (P3S), Kajian Kesan Penempatan Jauh Daripada Pasangan & Keluarga*

Tahukah anda, dalam tempoh setahun lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Health Performance Unit (HPU) dan Bahagian Sumber Manusia telah membangunkan portal Pertukaran S**a Sama S**a (P3S) bagi membantu kakitangan Kementerian Kesihatan mendapatkan peluang pertukaran secara s**a sama s**a? (Rujuk https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2025/10/1270170/kkm-lancar-sistem-p3s-mudahkan-pertukaran-penempatan-jururawat)

Walaubagaimanapun, profesion Pegawai dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran masih tiada dalam senarai ini.

Justeru, Persatuan Pegawai dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Malaysia (MyENVHEAT) telah menyuarakan aduan menerusi SiSPAA kepada HPU bagi memohon agar profesion ini turut mendapat tempat sebagai salah satu daripada profesion yang mendapat manfaat ini dengan kadar segera.

Syukur, HPU telah memberikan respon dengan segera (rujuk gambar).

Justeru adalah diharapkan agar cadangan YB Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad agar kajian dibuat bagi menilai tahap keseriusan masalah dihadapi Pegawai Perubatan berkaitan penempatan yang jauh daripada pasangan dan ahli keluarga (rujuk https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/kkm-pertimbang-kaji-kesan-penempatan-jauh-pegawai-perubatan/) dapat diperluaskan juga kepada lain-lain profesion khususnya Pegawai dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Sama-sama kita nantikan hasilnya agar manfaat ini dapat dinikmati bersama.

12/10/2026
Apakah masih relevan penganjuran Hari S**an Negara serta acara-acara padang yang lain sewaktu negara dilanda jerebu pada...
08/10/2026

Apakah masih relevan penganjuran Hari S**an Negara serta acara-acara padang yang lain sewaktu negara dilanda jerebu pada tahap kritikal??

https://haris**annegara.my/





𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 & 𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒Malaysian Environmental Health Officers & Assistant Officers Association (MyEnvHeat) merakamkan setinggi...
11/07/2026

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 & 𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒

Malaysian Environmental Health Officers & Assistant Officers Association (MyEnvHeat) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada:

Ts. Dr. Shafizi bin Abdul Wahab

atas pelantikan menjalankan tugas sebagai Anggota Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia Sesi Ke-3 (2026–2029) bagi tempoh 9 Julai 2026 hingga 8 Julai 2029.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan profesion Kesihatan Persekitaran serta memperkukuh pembangunan Profesion Kesihatan Bersekutu di Malaysia. Semoga terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan iltizam dalam menggalas amanah demi kemajuan profesion serta kesejahteraan masyarakat.

Ikhlas daripada
Malaysian Environmental Health Officers & Assistant Officers Association (MyEnvHeat)



Address

Leederville, WA

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysian Environmental Health Officer & Asst Officer Association Myenvheat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby non profit organizations