Dewan Muslimat PAS Kawasan Tasek Gelugor

Directions

Dewan Muslimat PAS  Kawasan Tasek Gelugor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dewan Muslimat PAS Kawasan Tasek Gelugor, Community Organization, Tasek Gelugor.

27/09/2026
27/09/2026
Alhamdulillah selesai HARI KELUARGA PAS TASEK GELUGOR. Julung-julung kalinya dibuat, mengumpulkan keluarga AJK kawasan, ...
27/09/2026

Alhamdulillah selesai HARI KELUARGA PAS TASEK GELUGOR.

Julung-julung kalinya dibuat, mengumpulkan keluarga AJK kawasan, dewan-dewan dan ahli PAS.

Program sebegini dapat mengeratkan ukhuwwah sesama ahli PAS dan dapt berkenalan dengan ahli keluarga masing-masing.

I'Allah kita teruskan lagi masa hadapan
Taniah Lajnah Pembangunan Insan dan Kerukunan Keluarga PAS Kawasan Tasek Gelugor atas penganjurannya.
🥰

"Guru adalah titik bermulanya semua kerjaya" Selamat Hari Guru buat semua para pendidik di dunia ini. Hanya Allah sahaja...
16/05/2026

"Guru adalah titik bermulanya semua kerjaya"

Selamat Hari Guru buat semua para pendidik di dunia ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasamu. Tanpamu, siapalah kami.

Selamat Hari Pekerja👷‍♂️1 Mei merupakan hari yang bersejarah di mana hari ini adalah simbol penghargaan kepada para peju...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja👷‍♂️

1 Mei merupakan hari yang bersejarah di mana hari ini adalah simbol penghargaan kepada para pejuang pencari rezeki. Hargai penat lelah mereka dalam membanting tulang dan bekerja keras demi keluarga.

Teruskan melangkah dengan semangat, ikhlas dan berdedikasi 💪
Semoga setiap usaha kita diberkati dan dihargai. Semoga Allah memberkati rezeki dan usaha kita semua.



Pergi ke bendang melihat padi,Padi menguning tanda berjaya,Puasa sebulan telah dilalui,Kini Syawal disambut ceria.Dewan ...
21/03/2026

Pergi ke bendang melihat padi,
Padi menguning tanda berjaya,
Puasa sebulan telah dilalui,
Kini Syawal disambut ceria.

Dewan Muslimat Pas Kawasan Tasek Gelugor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Minal Aidin Wal Faizin.

Semoga Syawal kali ini lebih bermakna dan membawa kebahagiaan kepada semua. Taqabballahu Minna Waminkum Taqabbal Ya Karim.

1 Syawal 1447h

Baru-baru ni, kita dikejutkan dengan sebuah insiden kebakaran yang melibatkan 4 buah rumah di Permatang Kerai Besar. Dew...
23/02/2026

Baru-baru ni, kita dikejutkan dengan sebuah insiden kebakaran yang melibatkan 4 buah rumah di Permatang Kerai Besar.

Dewan Muslimat Kawasan Tasek Gelugor merakamkan ucapan takziah atas insiden kebakaran yang berlaku. Sungguh masih terkejut dengan apa berlaku.

Dan hari ini Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial mengambil kesempatan untuk menziarahi mangsa yang terlibat serta menyampaikan sedikit sumbangan.

Manakala pada sesi petang p**a diadakan majlis tahlil dan slot berbuka puasa bersama-sama mangsa kebakaran.

Mari mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan dan tabah atas ujian yang berat ni. Moga Allah mengangkat darjat mereka di bulan yang mulia🤲

Dewan Muslimat PAS Kawasan Tasek Gelugor ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Isla...
18/02/2026

Dewan Muslimat PAS Kawasan Tasek Gelugor ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam.

Ramadan adalah bulan tarbiah, bulan penyucian jiwa dan medan untuk kita memperkukuhkan hubungan dengan Allah SWT melalui ibadah puasa, solat tarawih, tilawah al-Quran, sedekah serta amal kebajikan.

Sama-samalah kita merebut peluang terbaik untuk kita meningkatkan ketakwaan dan memperbaiki diri agar menjadi Muslimah yang lebih beriman, berilmu dan berakhlak mulia.

Semoga Ramadan kali ini menjadi titik perubahan ke arah kehidupan yang lebih diberkati dan diredhai Allah SWT.


Alhamdulillah pada hari Ahad lepas Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial Dewan Muslimat PAS Kawasan Tasek Gelugor ber...
04/02/2026

Alhamdulillah pada hari Ahad lepas Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial Dewan Muslimat PAS Kawasan Tasek Gelugor berkesempatan menziarahi mereka yang diuji baru-baru ni.

Hebat ujian mereka. Dari anak kecil hingga ke dewasa mereka kuat dan cekal.

🌹Ada yang diuji dengan sakit tua
🌹Ada yang diuji dengan pembedahan di kepala
🌹Ada yang diuji dengan terjatuh sehingga perlu dirawat
🌹Dan yang lagi pilu, si anak kecil yang terkena seterika panas

Di kesempatan ini, kami merakamkan ucapan takziah dan mendoakan kesembuhan buat mereka. In shaa Allah.

Selamat Kembali Ke SekolahSemoga terus bersemangat menuntut ilmu untuk semua anak-anak di semua peringkat persekolahan.U...
12/01/2026

Selamat Kembali Ke Sekolah

Semoga terus bersemangat menuntut ilmu untuk semua anak-anak di semua peringkat persekolahan.

Untuk ibu ayah.. Doakan semoga anak-anak kita dapat menuntut ilmu dengan itqan (bersungguh-sungguh), mendengar kata guru, dan berkawan baik-baik dengan kawan-kawan.

Ikhlas daripada:
Saf Kepimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan Tasek Gelugor

Address

Tasek Gelugor

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Kawasan Tasek Gelugor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby non profit organizations