Persatuan Penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 5

Directions Website

Persatuan Penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 5 Page Rasmi Persatuan Penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 5 untuk infomasi kepada semua penduduk

6 September 2026NOTIS PEMBERITAHUANAssalamualaikum dan salam sejahtera.Makluman kepada semua penduduk Bandar Permata Lun...
10/09/2026

6 September 2026

NOTIS PEMBERITAHUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Makluman kepada semua penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 5.
Pihak Persatuan Penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 5 telah memasang 1 unit bonggol di Lorong Permata 3/4 jalan kawasan padang permainan. Pemasangan bonggol di laluan utama ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan serta mengurangkan kelajuan kenderaan yang melalui jalan utama di kawasan perumahan kita.

Mohon semua penduduk mengambil maklum dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut. Sebarang kemalangan, kerosakan kenderaan atau perkara yang tidak diingini adalah atas tanggungjawab sendiri.

Terima kasih atas kerjasama semua.

Persatuan Penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 5
Bersatu Bersama Komuniti

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69 🇲🇾Malaysia MADANI: Kesejahteraan DinikmatiSemoga semangat kemerdekaan terus me...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69 🇲🇾

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita, memperkukuh perpaduan dan membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

Ikhlas daripada:
Persatuan Penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 5

NOTIS PEMBERITAHUANAssalamualaikum dan salam sejahtera.Makluman kepada semua penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 5. Pihak...
29/08/2026

NOTIS PEMBERITAHUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Makluman kepada semua penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 5. Pihak Persatuan Penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 5 telah memasang 1 unit bonggol di Lorong Permata 6/4, berhadapan Dewan Komuniti. Pemasangan bonggol di laluan utama ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan serta mengurangkan kelajuan kenderaan yang melalui jalan utama di kawasan perumahan kita.

Mohon semua penduduk mengambil maklum dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut. Sebarang kemalangan, kerosakan kenderaan atau perkara yang tidak diingini adalah atas tanggungjawab sendiri.

Terima kasih atas kerjasama semua.

Persatuan Penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 5
Bersatu Bersama Komuniti

📢 MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENDUDUK BPL FASA 5Pihak Persatuan Penduduk telah memasang beberapa banner peringatan had laju 3...
27/08/2026

📢 MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENDUDUK BPL FASA 5

Pihak Persatuan Penduduk telah memasang beberapa banner peringatan had laju 30 km/j di beberapa lokasi yang mudah dilihat di sekitar kawasan perumahan kita.

Diharapkan semua penduduk serta pengguna jalan raya dapat mematuhi had laju yang ditetapkan dan memperlahankan kenderaan, khususnya ketika melalui kawasan rumah, simpang dan kawasan yang sering dilalui kanak-kanak.

Langkah ini adalah demi keselamatan kita bersama, terutama anak-anak dan pejalan kaki di kawasan kejiranan.

🚗 Pandu perlahan, utamakan keselamatan.
🏡 Kawasan kita, tanggungjawab kita bersama.

Terima kasih atas kerjasama semua.

Persatuan Penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 5

Bersatu Bersama Komuniti

Gambar-Gambar ketika berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar Terbuka Wanita Piala El Embun Tahun 2026 Anjuran Persatuan Pen...
26/08/2026

Gambar-Gambar ketika berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar Terbuka Wanita Piala El Embun Tahun 2026 Anjuran Persatuan Penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 5

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ 🌙Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 5.Marilah k...
24/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ 🌙

Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 5.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat serta mencontohi akhlak mulia dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat, keberkatan dan kasih sayang Allah SWT. 🤲🏻

Ikhlas daripada
Persatuan Penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 5

LEGACY VC JUARA KEJOHANAN BOLA TAMPAR TERBUKA WANITA PIALA EL EMBUN 2026LUNAS, 22 Ogos — Legacy VC dari Pulau Pinang mun...
24/08/2026

LEGACY VC JUARA KEJOHANAN BOLA TAMPAR TERBUKA WANITA PIALA EL EMBUN 2026

LUNAS, 22 Ogos — Legacy VC dari Pulau Pinang muncul juara Kejohanan Bola Tampar Terbuka Wanita Piala El Embun 2026 selepas menewaskan Kerian VC dari Perak dengan keputusan 31-25 pada aksi final yang berlangsung sengit.

Kemenangan itu membolehkan Legacy VC membawa pulang piala, medal serta hadiah wang tunai RM350, manakala Kerian VC selaku naib juara menerima medal dan hadiah wang tunai RM250.

Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga, Sumud VC dari Kedah berjaya menewaskan MMVC dari Perak dengan keputusan 31-21 untuk menduduki tempat ketiga. Sumud VC menerima medal serta hadiah wang tunai RM150.

Kejohanan anjuran Persatuan Penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 5 itu menghimpunkan 12 pasukan dari sekitar utara dan turut mencuri perhatian dengan penyertaan pemain antarabangsa, termasuk seorang pemain dari Turki serta pemain dari negara ASEAN, iaitu Thailand dan Indonesia.

Kehadiran pemain luar negara berkenaan sekali gus menambah kemeriahan serta meningkatkan tahap persaingan kejohanan bola tampar wanita pada tahun ini.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Puan Elyani Yusuf, Pengarah Urusan El Embun Sdn Bhd, selaku penaja utama kejohanan.

Kejohanan berkenaan bukan sahaja menjadi medan persaingan pasukan wanita, malah turut menjadi platform memperkukuh hubungan serta perkembangan sukan bola tampar dalam kalangan pemain dari Kedah, Pulau Pinang, Perak dan negara ASEAN.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 5.Untuk makluman pihak Persatuan tel...
23/08/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 5.

Untuk makluman pihak Persatuan telah memasang banner Di Larang Membuang Sampah di Jalan utama ke kawasan perumahan kita untuk peringatan kepada semua Penduduk agar tidak membuang apa jenis sampah sekalipun walaupun ranting dan dahan pokok di kawasan tersebut dan di kawasan belakang zink..

Tindakan tegas akan diambil dan aduan kepada pihak berwajib akan di buat jika tuan/puan tertangkap membuang sampah di dua kawasan yang tidak sepatutnya..

Kerjasama daripada semua Penduduk diucapkan ribuan terima kasih

Bersatu Bersama Komuniti

🇲🇾 JOM KIBARKAN JALUR GEMILANG! 🇲🇾Sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-69, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semang...
16/08/2026

🇲🇾 JOM KIBARKAN JALUR GEMILANG! 🇲🇾

Sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-69, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotik dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

🏠 1 RUMAH, 1 BENDERA 🇲🇾
Ayuh kita warnai Bandar Permata Lunas Fasa 5 dengan Jalur Gemilang sebagai tanda cinta dan bangga kepada Malaysia!

MALAYSIA MADANI, JIWA MERDEKA! 🇲🇾

Persatuan Penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 5

14/07/2026

Part 3- Sekitar Kejohanan Bola Tampar Piala YB Khairul Anuar Ramli Adun Lunas Tahun 2026

Address

NO 1595 LORONG PERMATA 6/4 BANDAR PERMATA LUNAS
Lunas
09600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 5 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby non profit organizations